
Tips Buang Angin Badan
July 19, 2025
Transit & Transport Sekolah Seksyen 18/19
September 29, 2025
Untuk mereka yang suka mengumpul medal FUNRUN..
Jom sertai kami.. scan QR code terus untuk register.
Tarikh tutup esok!.. jom cepat2 register ramai k.
#ikmalcharityrun
#funrun2025
#funrunmalaysia
#runfun
#ikmal#Smapians
Soalan Lazim (FAQ) IKMAL Charity Run 2025
Tarikh Tutup Pendaftaran: 30 September 2025 (esok)
Tarikh Acara: Ahad, 16 November 2025, Dataran DBKL Kuala Lumpur
1. Apakah IKMAL Charity Run 2025 dan apa ada di sana?
Jawapan:
Ini adalah acara Larian Santai (Fun Run) sejauh 7km menggunakan laluan KL Car-Free Morning. Ia juga merupakan inisiatif pengumpulan dana untuk menyokong program pelajar dan menaik taraf kemudahan sekolah SMAP Labu. Semua yuran penyertaan anda akan disalurkan terus kepada pihak sekolah.
Sertai kami! Anda akan mendapat kit larian (race kit), pingat, sijil digital, dan makanan ringan. Selain itu, anda berpeluang merakam pemandangan KLCC, latar bandaraya ikonik, dan memenangi hadiah cabutan bertuah yang menarik.
2. Saya nak lari tapi pasangan saya nak berbasikal, dan kami nak bawa anak-anak berumur 8 dan 10 tahun. Adakah dibenarkan?
Jawapan:
IKMAL Charity Run adalah acara larian rasmi untuk peserta berumur 18 tahun ke atas sahaja. Anda dialu-alukan untuk mendaftar dan berlari.
Pasangan dan anak-anak anda boleh menyertai anda di sepanjang laluan untuk merasai pengalaman suasana bandaraya tanpa kenderaan. Namun, mereka tidak akan dikira sebagai peserta rasmi acara larian.
3. Bagaimana jika saya bukan seorang pelari?
Jawapan:
IKMAL Charity Run sesuai untuk semua tahap kecergasan, dan sekadar berjalan kaki pun tak ada masalah!
Anda hanya perlu melepasi garisan penamat dalam masa 2 jam kerana acara KL Car-Free Morning akan berakhir tepat pada jam 9 pagi. Tiada paksaan untuk berlari laju.