Kesan Pengambilan Pil Perancang 1
1. Pengambilan dalam tempoh lama sebabkan haid sikit dan berhenti
Semua pil perancang keluarga seperti Regividon boleh menyebabkan haid menjadi pendek, sedikit dan lama kelamaan haid boleh berhenti. Ini disebabkan pil hormon ini menghalang ovari daripada aktif terutama bagi tujuan ovulasi.
Setiap bulan ovulasi perlu terjadi untuk haid yang normal iaitu lima hingga tujuh hari, jumlahnya 30 mililiter setiap haid dan ia berlaku setiap 28 hari. Apabila ovulasi terhalang, menyebabkan dinding rahim/emdometrium menjadi nipis.
Lagi lama seseorang itu mengambil pil berkenaan, maka semakin nipis dinding itu yang menyebabkan haid boleh terus terhenti. Haid yang berlaku ketika pengambilan pil perancang keluarga adalah kerana hormon estrogen dan ‘levonorgestril’ yang ada di dalam pil itu.
Bagaimanapun, ia tidak perlu dirisaukan ini kerana ia bukannya penyakit dan akan kembali normal selepas berhenti mengambil pil hormon berkenaan. Tetapi ia mengambil masa yang lama untuk ovari kembali pulih seperti biasa.
Diingatkan bahawa pengambilan pil perancang keluarga tanpa pemantauan doktor adalah tidak digalakkan kerana ia dikaitkan dengan peningkatan kecil kanser pintu rahim dan payu dara. Oleh kerana itu , Doktor menyarankan supaya melakukan saringan ujian lumuran pap untuk kanser pintu rahim dan mamogram untuk kanser payudara. Ada juga kebaikannya apabila mengambil pil ini iaitu ia boleh mencegah kanser ovari dan rahim.
Sumber : Berita Harian (Dr Suhaimi Isa, Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pantai Ampang.
2. Tekanan Darah Tinggi (Hypertension)
Seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak digalakkan mengambil hormon tidak kira untuk merancang keluarga atau selepas menopaus. Pil perancang keluarga mempunyai hormon. Oleh itu, seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak boleh langsung mengambil pil perancang tetapi kalau ada alternatif lain yang tidak menggunakan hormon adalah digalakkan.
Ada beberapa cara yang tidak menggunakan hormon iaitu alat dalam rahim/IUCD, mengikat saluran peranakan dan kondom. Di antara tiga ini Doktor mengesyorkan mengikat saluran peranakan kepada ibu-ibu yang juga pesakit darah tinggi dan sudah mempunyai ramai orang anak. Mak cik Asid dah ikat, tekanan darah dia memang tinggi, hari2 kena makan ubat, pulak tuh anaknya empat2 ceaser.
Sumber : Berita Harian (Dr Suhaimi Isa, Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pantai Ampang.
akan bersambung..
Mari sihatkan diri seluruhnya dengan mengamalkan petua2 kesihatan





















































