Category Tip Kesihatan

Korang Pernah Pakai Aura Maya Tak? 30

Assalammualaikum,

Hari ini Asid nak share produk skin care yang Asid baru pakai. Set Aura Maya ni di ilhamkan oleh Akak Maya [Nama Panggilan Manja] bersama dengan 2 orang partnernya. Mereka bertiga merupakan pensyarah di UPM.  Produknya sudah dijamin selamat 100% daripada bahan-bahan organik.

Produk ini  masih baru dipasaran dan hanya dijual offline di outlet2 terpilih di sekitar Johor shj. Tapi kalau online, dah berlambak ni.

Actually Asid baru seminggu pakai, sudah nampak perbezaannya. Masa mula2 pakai memang rasa janggal sebab first 3 hari tu kena pakai sabun pencucinya saja. Tak boleh campur2 dengan produk lain. Pastu start pakai krim siang dan malam. Tempoh percubaan adalah 14hari. Memang rasa sedikit ketidakselesaan, maklumlah nak bagi ia serasi dengan kulit kita dulu. Dalam tempoh ini juga ‘DILARANG’ menggunakan produk2 lain. Kalau nak pakai juga, pakai aje bedak baby J&J tu aje. Insya-Allah lepas tu kulit muka rasa bertambah lembut, cerah. Dark circle pun rasa macam dah berkurang sedikit. Alhamdulillah.

AURA MAYA – SET TRIAL (ada sabun, krim mlm & krim siang)
  Krim Siang – 7grm
Krim Malam – 7grm
Sabun – 15grm

AURA MAYA – SET BIASA (ada sabun, krim mlm & krim siang)
Krim Siang – 15grm
Krim Malam – 15grm
Sabun – 30grm

SABUN SHJ – pun boleh dibeli

Produk ni dah byk kali kena klon.. kejap2 tukar kotak, tukar style…

pe pun hati2 okay..

POSTAGE VIA POSLAJU SHJ

Berminat?? boleh email ke asieda82@gmail.com atau SMS 012-331 2030

Sekarang baru nak start jaga muka.. maklumlah dah nak masuk 30-an. Rugi juga tak jaga awal2 macam Izan a.k.a mummychacha tu,kalau tak maybe muka mcm dia, budak remaja belasan tahun. :)

Lepas ni nak jaga badan pula. Lama juga tak bersauna semenjak bagi set sauna dekat kak cek semasa berpantang hari tuh. Lepas ni nak bersauna secara konsisten dan makan jamu. JAMU?? hehe lainkali kita cerita bab jamu pula. :)

Nak jaga muka dan badan bukan sekadar luaran. Dalaman pun kena juga kan? sekarang masih dalam percubaan juga makan jamu tuh, hope ada perubahan yang memberangsangkan. :)

Kesan Pengambilan Pil Perancang 1

1. Pengambilan dalam tempoh lama sebabkan haid sikit dan berhenti

Semua pil perancang keluarga seperti Regividon boleh menyebabkan haid menjadi pendek, sedikit dan lama kelamaan haid boleh berhenti. Ini disebabkan pil hormon ini menghalang ovari daripada aktif terutama bagi tujuan ovulasi.
Setiap bulan ovulasi perlu terjadi untuk haid yang normal iaitu lima hingga tujuh hari, jumlahnya 30 mililiter setiap haid dan ia berlaku setiap 28 hari. Apabila ovulasi terhalang, menyebabkan dinding rahim/emdometrium menjadi nipis.

Lagi lama seseorang itu mengambil pil berkenaan, maka semakin nipis dinding itu yang menyebabkan haid boleh terus terhenti. Haid yang berlaku ketika pengambilan pil perancang keluarga adalah kerana hormon estrogen dan ‘levonorgestril’ yang ada di dalam pil itu.

Bagaimanapun, ia tidak perlu dirisaukan ini kerana ia bukannya penyakit dan akan kembali normal selepas berhenti mengambil pil hormon berkenaan. Tetapi ia mengambil masa yang lama untuk ovari kembali pulih seperti biasa.

Diingatkan bahawa pengambilan pil perancang keluarga tanpa pemantauan doktor adalah tidak digalakkan kerana ia dikaitkan dengan peningkatan kecil kanser pintu rahim dan payu dara. Oleh kerana itu , Doktor menyarankan supaya melakukan saringan ujian lumuran pap untuk kanser pintu rahim dan mamogram untuk kanser payudara. Ada juga kebaikannya apabila mengambil pil ini iaitu ia boleh mencegah kanser ovari dan rahim.

Sumber : Berita Harian (Dr Suhaimi Isa, Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pantai Ampang.

2. Tekanan Darah Tinggi (Hypertension)

Seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak digalakkan mengambil hormon tidak kira untuk merancang keluarga atau selepas menopaus. Pil perancang keluarga mempunyai hormon. Oleh itu, seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak boleh langsung mengambil pil perancang tetapi kalau ada alternatif lain yang tidak menggunakan hormon adalah digalakkan.

Ada beberapa cara yang tidak menggunakan hormon iaitu alat dalam rahim/IUCD, mengikat saluran peranakan dan kondom. Di antara tiga ini Doktor mengesyorkan mengikat saluran peranakan kepada ibu-ibu yang juga pesakit darah tinggi dan sudah mempunyai ramai orang anak. Mak cik Asid dah ikat, tekanan darah dia memang tinggi, hari2 kena makan ubat, pulak tuh anaknya empat2 ceaser.

Sumber : Berita Harian (Dr Suhaimi Isa, Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pantai Ampang.

akan bersambung..

Mari sihatkan diri seluruhnya dengan mengamalkan petua2 kesihatan

How Healthy You Are? 0

Want to find out if you’re living a healthy lifestyle? Want to know how to live a stress free balance lifestyle? Thanks to Nestle, take the profile test to a journey of self-discovery towards improvement. Discover a few simple truths and build towards a healthier and balanced lifestyle. Take the Wellness Profiler to find out if you’re an Advocate, an Investor, a Manager or a Hopeful and gain valuable insights to your approach on nutrition and health. Here’s to the start of a new year, and to a healthier you!

Take the Nestle Wellness Profiler test today!

8 Cara Tingkatkan Kesuburan 16

Hamil tidak semudah yang disangka. Keputusan negatif yang sering diterima selepas berkali-kali mencuba tidak semestinya bermaksud anda tidak subur. Untuk meningkatkan peluang hamil, ikuti panduan berikut.

1. Hentikan penggunaan kaedah perancangan keluarga
Apabila anda bersedia untuk hamil, hentikan penggunaan apa jua kaedah perancang keluarga yang sedang digunakan. Tidak kiralah sama ada pil, suntikan, implan, IUCD ataupun yang lain-lain. Perlu anda ketahui, ada wanita yang berupaya untuk hamil sebaik sahaja berhenti menggunakan perancang keluarga. Namun, dalam keadaan tertentu, ada tubuh sesetengah wanita mengambil masa yang lama untuk memastikan hormonnya kembali normal.

2. Buang tabiat buruk
Sebaik sahaja memutuskan untuk hamil, itulah masa yang terbaik untuk anda dan suami menghentikan tabiat suka merokok mahupun minum alkohol. Ini kerana rokok dan alkohol mengurangkan peluang anda berdua menimang cahaya mata. Malah jika hamil sekalipun, ia akan meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran kurang berat badan.

3. Nikmati kepuasan
Ada sesetengah pakar berpendapat, kepuasan yang anda kecapi sewaktu bersama suami akan meningkatkan peluang kehamilan. Jadi, lupakan hal yang lain. Tumpukan perhatian anda sewaktu berasmara dengan suami. Nikmatilah keseronokan itu sepuas-puasnya. -makan jamu pun bagus ni, disamping memulihara kesihatan badan, beri tenaga, rawat keputihan, ia juga menghangat hub. suami isteri dgn merapatkan bhg alat sulit. -Jamu Serapat Bonda [RM25, 50biji/sebulan]. Berminat boleh emailkan kepada asieda82@gmail.com

4. Masa yang sesuai
Ketahui hari subur anda. Itulah kunci utama kejayaan untuk hamil. Tanpa mengetahui hari subur yang sepatutnya, peluang untuk sperma dan telur bersenyawa akan menemui jalan buntu. Apa lagi! Kiralah hari subur anda. Namun, untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat anda bolehlah dapatkan kit ovulasi di farmasi berdekatan.

5. Berat badan sihat
Wanita yang memiliki berat badan kurang (kurang daripada BMI: 20) ataupun lebih berat badan (melebihi BMI: 25) dikatakan sukar dan memerlukan masa yang agak panjang untuk hamil berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. Untuk mudah hamil, anda disarankan menjadikan senaman sebagai amalan harian. Lagipun, jika berat badan anda ideal, lebih mudahlah anda kembali langsing selepas melahirkan nanti. - bersauna dirumah pun syok ni. :)

baca seterusnya »

Tak Boleh Tidur Lena? 0

Ramai ibu bapa yang tidak boleh tidur lena di malam hari kerana anak sering menangis. Perlu diketahui bayi yang baru lahir masih belum dapat membezakan malam dan siang. Mereka cuma tahu apabila mereka perlukan sesuatu mereka akan menangis. Bayi yang baru lahir juga perlu disusukan dengan lebih kerap sama ada pada waktu siang atau malam bagi memenuhi keperluan mereka.

Tahukah anda, bayi baru lahir mempunyai perut sebesar sebiji kacang peas? Sebab itulah bayi minum sedikit tetapi kerap. Perut yang kecil itu menyebabkan susu dihadam dengan cepat tetapi tidak dapat menampung susu yang banyak dalam satu masa.

Walau bagaimanapun perkara ini tidak akan berpanjangan sekiranya anda dapat melatih bayi anda. Sebagai contoh, pada waktu malam pasang lampu kecil, cipta suasana yang suram atau susukan sambil baring. Manakala pada waktu siang biarkan suasana cerah, cuba bermain dan bercakap dengan bayi apabila dia membuka mata. Ini akan memperkenalkan bayi dengan malam dan siang.

Lama-kelamaan bayi akan semakin faham dan akan tidur lebih lama pada waktu malam dan lebih banyak berjaga pada waktu siang. Hargailah masa yang sekejap ini kerana anda tentunya akan merindui saat itu. Sentiasa tanamkan fikiran yang positif. Semoga keluarga yang dibina juga akan turut menjadi positif.

Blog Widget by LinkWithin


Fatal error: Call to undefined function footer() in /home/asida/public_html/wp-content/themes/FREEmium/footer.php on line 22