Category Umum

Wedding Anak Momi The Movie 0

31 Disember 2011

Hari terakhir untuk tahun 2011, pergi kenduri di Bandar Baru Selayang. Kawan Papa a.k.a my husband.

Untuk sekian kalinya Asid pergi kenduri Anak Momi Pulau Pinang ni. Mula2 sampai, rasa macam ” betul ke majlis? ke orang lain punya ni?”. My husband said, eh betullah tuh. Tengok kete Tuan Rumah ni.

ok fine.

Majlis untuk jemputan kami di malam hari. Oklah kan. Tinggalkan arisha dengan Wan2, kami bertiga aje pergi. Ashraf makan nasi minyak + Kuah Kurma Daging Kambing dan Ayam goreng.. habis. Cayalah Babang minat benor dia gulai edisi mamak punya.

Asid pula.. suka giler Teh Tarik Panas nya.. super beb…

Telemovie Biar Mimpi Sampai ke Bintang 0

Biar mimpi sampai ke bintang..

Best citer nii, nasib baik ada yg upload ke youtube.. :) hari tuh tgk separuh jalan aje.

‘Ra One’ Best Giler 2

Assalammualaikum,

Lama tak update, Alhamdulillah sibuk dengan bisnes cadar, tudung, sauna dan Aura Maya serta produk skin care Kayla. Syukur sibuk itu bermaksud adalah juga yang masuk tu ye. ^_^

Kali ini nak citer pasal movie Ra One.  Lakonan Kareena Kaapor dan semestinya actor bollywood pujaan hati Shah Rukh Khan eh sorry Dato’ Shah Rukh Khan.

Cerita dah tengok 2 minggu lepas dekat Astro First, masa penonton ramai ni seronok tengok. hehe dalam masa 2 hari tuh, budak2 ni asyik tengok Ra One memanjang. Onn aje tv sure channel 490. sabar jelah. Den pun ikut sekali hehe

Cerita mengisahkan Ra One. Watak jahat dalam game ciptaan.. boleh muncul ke dunia semata-mata ingin mengalahkan musuhnya jucifer. Nak kalahkan Ra One, Jucifer keluarkan G One a.k.a Shahrukh Khan.

Nak tahu details.. korang boleh tengok sendiri cerita ni ya. Best bg peminat2 hindustan macam Asid ni. haha

akhir kata meh layan jap lagu glamor dalam citer Ra One ni iaitu Chamak Challo. ^_^

 

Selesaikan Yang Tertangguh 0

Assalammualaikum,

Alhamdulillah. Hari ini busy sikit dari Shah Alam ke KL, dari KL ke Shah Alam. Pergi kedai – pergi Pejabat Pos – pergi Poslaju – Pergi makan-makan dekat Restoran Mohd Chan lagi.. Nyummy

Apapun, rasa lega sebab benda yang tertangguh berbulan2 untuk hadiah GA asid tu.. sudah pos kepada pemenang2. Masih ada juga yang belum memberi details.. tak nak hadiah kot. Jadinya hantar yang mana ada lah kan.. :)

terima kasih semua.

tengah makan pun sempat ehem..

si Abang yang selalu bergaya dengan jam mahalnya tuh

Minor Oral Surgery ~ sakit wei 2

Assalammualaikum,

Tengok tajuk entry kali ini ada rasa gerun sikit tak? Baca aje minor tp cuak bagai rak.

Bulan lepas, rasa bengkak dekat pipi kiri, rahang mulut tak boleh bukak seluasnya. Ingat tersalah leher, rahang lari elementnya ker? urut2 leher tak ada rasa pula sakit, cuma rasa gusi dah bengkak. Teringat juga masa kerja Klinik Gigi Rohaya dulu, check dengan Dr. Firdaus, geraham bongsu kiri den ni mesti cabut via MOS. Suggest Dr. buat masa tak sakit apa2 lagi.. tapi mengenangkan kos RM400 [masa tuh] boleh shopping macam2 tu.. jadinya den cancel lah, cakap kat Dr. ” Takpelah Dr. tunggu ia sakit lah dulu. seriau juga hari2 tengok patient buat MOS, berdarah tak ingat, kerat isi, potong tulang, patient menangis.. macam2 lagilah..hehe.. ”

hmm bila dah sakit macam ni, terpaksa lah cari klinik berdekatan. Nak pergi klinik kerajaan kat Area Shah Alam ni, adalah satu, tapi sure kena tunggu lama. Jadi en. suami suggest lah pergi Klinik Swasta aje. Klinik pergigian area Shah Alam ni memang banyak ibarat ‘cendawan tumbuh selepas hujan”.. cuma ongkosnya tak tumbuh2.. hehe

So, surf internat.. call beberapa klinik pergigian kat sini. Klinik Pergigian Doktor Firdaus .. MOS RM700 ke atas. Klinik Pergigian Sharina RM600 ke atas. Call klinik pergigian Dr. 2ue tak dapat hehe. So, antara 2 ni.. pilihlah yang murah kan.. be2anya RM100. Banyak juga tuh.

So, 29hb Sept. 2011 pergi Klinik Pergigian Sharina seksyen 9, Shah Alam. Den pergi seorang aje, bawa askar2 den tu kang.. riuh sekampung kliniknya.

Sampai jam 8 malam, klinik kosong. Doktor lelaki. Hari ni buat checkup aje sebab nak MOS pun takleh sebab  sakit, nak bukak mulut besar2 pun tak boleh. X-ray dulu kedudukan gigi geraham bongsu tuh, memang hujung.. kedudukannya terpusing dari biasa. Memang dah konpem, potong isi kulit tepi sikit. Kalau tak boleh cabut biasa, kena potong gigi or tulang sikit. Aduhh dalam hati.. takutt nya..dulu biasa cakap dekat patient, takpe sakit sikit aje.. 1@2 hari dah hilang rasa sakitnya. huhu..  sekarang.. den sendiri raso cuakkkk naya tuh. So, den diberi ubat antibiotik 2 dan pain killer. Set appointment dengan doktor yang sama, 2 minggu lagi.

baca seterusnya »

Blog Widget by LinkWithin


Fatal error: Call to undefined function footer() in /home/asida/public_html/wp-content/themes/FREEmium/footer.php on line 22