Tag tip

Minor Oral Surgery ~ sakit wei 2

Assalammualaikum,

Tengok tajuk entry kali ini ada rasa gerun sikit tak? Baca aje minor tp cuak bagai rak.

Bulan lepas, rasa bengkak dekat pipi kiri, rahang mulut tak boleh bukak seluasnya. Ingat tersalah leher, rahang lari elementnya ker? urut2 leher tak ada rasa pula sakit, cuma rasa gusi dah bengkak. Teringat juga masa kerja Klinik Gigi Rohaya dulu, check dengan Dr. Firdaus, geraham bongsu kiri den ni mesti cabut via MOS. Suggest Dr. buat masa tak sakit apa2 lagi.. tapi mengenangkan kos RM400 [masa tuh] boleh shopping macam2 tu.. jadinya den cancel lah, cakap kat Dr. ” Takpelah Dr. tunggu ia sakit lah dulu. seriau juga hari2 tengok patient buat MOS, berdarah tak ingat, kerat isi, potong tulang, patient menangis.. macam2 lagilah..hehe.. ”

hmm bila dah sakit macam ni, terpaksa lah cari klinik berdekatan. Nak pergi klinik kerajaan kat Area Shah Alam ni, adalah satu, tapi sure kena tunggu lama. Jadi en. suami suggest lah pergi Klinik Swasta aje. Klinik pergigian area Shah Alam ni memang banyak ibarat ‘cendawan tumbuh selepas hujan”.. cuma ongkosnya tak tumbuh2.. hehe

So, surf internat.. call beberapa klinik pergigian kat sini. Klinik Pergigian Doktor Firdaus .. MOS RM700 ke atas. Klinik Pergigian Sharina RM600 ke atas. Call klinik pergigian Dr. 2ue tak dapat hehe. So, antara 2 ni.. pilihlah yang murah kan.. be2anya RM100. Banyak juga tuh.

So, 29hb Sept. 2011 pergi Klinik Pergigian Sharina seksyen 9, Shah Alam. Den pergi seorang aje, bawa askar2 den tu kang.. riuh sekampung kliniknya.

Sampai jam 8 malam, klinik kosong. Doktor lelaki. Hari ni buat checkup aje sebab nak MOS pun takleh sebab  sakit, nak bukak mulut besar2 pun tak boleh. X-ray dulu kedudukan gigi geraham bongsu tuh, memang hujung.. kedudukannya terpusing dari biasa. Memang dah konpem, potong isi kulit tepi sikit. Kalau tak boleh cabut biasa, kena potong gigi or tulang sikit. Aduhh dalam hati.. takutt nya..dulu biasa cakap dekat patient, takpe sakit sikit aje.. 1@2 hari dah hilang rasa sakitnya. huhu..  sekarang.. den sendiri raso cuakkkk naya tuh. So, den diberi ubat antibiotik 2 dan pain killer. Set appointment dengan doktor yang sama, 2 minggu lagi.

baca seterusnya »

20 Amalan Murah Rezeki 12

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT) melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah (SWT) memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1.        Menyempatkan diri beribadah
Allah (SWT)tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2.        Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT), yang menjadi sebab Allah (SWT)jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT)s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.        Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT)jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.        Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT)buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT)beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah (SWT). Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT)hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.        Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT)akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT)) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

baca seterusnya »

Tip Kesihatan di Bulan Ramadhan 0

Lakukan;

  1. Makan sahur untuk mengelakkan hypoglycemia atau kandungan gula yang rendah yang boleh menyebabkan kelesuan.
  2. Makan makanan yang lambat dihadam terutamanya sewaktu sahur. Ia mampu bertahan sehingga 8 jam. Karbohidrat kompleks seperti oats, kurma, sayuran dan nasi adalah makanan yang lambat dihadam serta mengandungi banyak fiber (serat).
  3. Minum banyak air kosong untuk mengelakkan sembelit dan penyahhidratan.
  4. Makan makanan yang mengandungi gizi yang seimbang.
  5. Mengambil suplemen kesihatan yang halal untuk lebih sokongan kepada sistem badan.


Elakkan;

  1. Tidak makan secara berlebihan ketika bersahur dan berbuka.
  2. Tidak mengambil makanan yang cepat dihadam. Ia hanya mampu bertahan sehingga 3 atau 4 jam sahaja dan boleh menyebabkan gastrik. Makanan yang cepat dihadam ialah makanan yang mengandungi karbohidrat ringan seperti gula, roti putih dan sebagainya.
  3. Mengurangkan makanan yang digoreng dan berlemak. Ia menyebabkan ketidakhadaman , sakit perut dan penambahan berat badan.
  4. Tidak meminum teh berlebihan kerana ia mengandungi theophylline yang menyebabkan kerap membuang air.

(Sri Dewi & Keluarga, Ogos 2009)

Bagaimana Nak jadi Kaya Dunia & Akhirat? 3 0

Jul30

BAHAGIAN 3

Jadikaya

Perkara yang membawa kepada kefakiran (dengan kehendak Allah taála.)

  • Tidak mendoakan kepada ibu bapa
  • Tidak membersihkan sarang labah2 dalam rumah
  • Membakar kulit bawang putih dan bawang besar
  • Tidur dalam keadaan meniarap
  • Duduk atas tangga
  • Bercekak pinggang
  • Segera keluar masjid selepas solat subuh
  • Lewat pulang dari kedai
  • Tidur selepas solat subuh
  • Doa keburukkan kepada Ibu bapa, anak dan pemimpin
  • Buang kutu yang masih hidup
  • Basuh kaki dengan tangan kanan
  • Kencing dalam air yang tenang
  • Mandi junub di tempat buang najis
  • Makan dengan dua jari
  • Berjalan di antara dua kambing dan di antara dua orang perempuan
  • Berbekam pada hari ke 7 dari awal bulan
  • Bermain-main dengan janggut
  • Ketuk gigi
  • Meletakkan tapak tangan atas hidung
  • Potong kuku dengan gigi
  • Membuka aurat di bawah pancaran cahaya matahari atau bulan
  • Menghadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil
  • Menguap ketika sedang sembahyang
  • Meludah dalam tandas
  • Letak tangan di pipi sedangkan duduk tanpa sebarang sakit
  • Tidur dalam keadaan telanjang
  • Makan semasa berhadas
  • Berjalan di hadapan Syiekh (Ulama’)
  • Memangil ayah dengan namanya
  • Membasuh dengan tanah
  • Menjahit pakaian di badan
  • Memadam pelita dengan hembusan angin ataupun mulut
  • Berpagi-pagi ke pasar secara gopoh
  • Menyapu muka dengan pakaian

P/S: Semua perkara yang disebutkan di atas merupakan amalan-amalan yang termasuk dalam bab menjaga adab-adab di mana meninggalkannya adalah lebih baik. Ini kerana ada di antaranya terdapat dalil dan di antaranya melalui pengalaman serta pengamatan para ulama’. Selebihnya Allah Taála yang mengetahui.

Petikan dari Buku keluaran Albaasith Resources

Bagaimana Nak jadi Kaya Dunia & Akhirat? 2 0

Jul29

BAHAGIAN 2

Jadikaya

Panduan Kekayaan

  • Tawakkal
  • Meninggalkan maksiat
  • Memakai cincin permata Aqiq
  • Menjaga kebersihan
  • Bersugi
  • Memberi salam masuk ke rumah
  • Sembahyang, membaca Al-Quran & ke masjid
  • Membersih sampah sarap
  • Membaca tasbih murah rezeki
  • Menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W
  • Membasuh tangan sebelum makan
  • Mengutip makanan yang tumpah
  • Membaca zikir khusus
  • Zikir, surah Al-Waqiáh & surah Yasin
  • Doa murah rezeki
  • Membaca ayat 7 surah Al-Tolaq
  • Membaca Asmaul Husna

Petikan dari Buku keluaran Albaasith Resources

Blog Widget by LinkWithin


Fatal error: Call to undefined function footer() in /home/asida/public_html/wp-content/themes/FREEmium/footer.php on line 22