Tag Kehamilan

Pemakanan Ibu Hamil 3 5

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielak untuk mengelak dari kesan sampingan ketika hamil.

Makanan Mentah

Anda gemarkan makanan mentah seperti sushi? Jauhi makanan ini sementara waktu. Pengambilan makanan mentah atau separa masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti:

1. Toxoplasmosis

Penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah dan sayuran yang tidak dicuci sempurna. Ia boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius pada bayi

2. Cirit-birit

Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit-birit yang anda alami secara langsung akan memudaratkan bayi sekiranya tidak dirawat segera

3. Jangkitan cacing

Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Ia tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetapi cacing akan memakan segala zat yang diperlukan bayi

4. Keguguran, kelahiran pra-matang dan keracunan

Salah satu penyebabnya ialah berpunca daripada bakteria listeria yang banyak terkandung di dalam keju yang tidak dipasteur dengan baik

baca seterusnya »

Perancang Kehamilan 7

Sekarang Arisha sudah 4 bulan, so sudah masanya untuk aku mencari jenis perancang kehamilan ini. hmm hajat dari dulu hendak menggunakan kaedah Implan. Mudah dan cepat. Sekali saja lepas itu sudah tidak payah pening-pening lagi. Lepas itu, dengar pula kengkawan kebanyakkannya mengambil Suntikan saja. Dua atau tiga bulan sekali. Senang, mudah dan murah. Kalau dikira-kira, kos Implan dengan Suntikan itu lebih kurang saja. Kalau Pil Perancang pula, sudah serik. Dulu guna Pil saja. Sikap tidak konsisten aku makan, tidak makan.. akhirnya lekat Arisha. Kali ini kena betul-betul merancangnya. Maklumlah dua-dua aku ceaser. Urat-urat yang beratus-ratus putus itu sah belum sembuh. Masa untuk kembalikan kesihatan badan dan kesihatan ekonomi rumahtangga pula. :) Oleh itu, aku buatlah kajian tentang kaedah-kaedah perancangan kehamilan ini. Kongsikan.

1. Diaphragm

Kaedah ini menggunakan sejenis alat seperti cawan yang mudah lentur. Keberkesannya mampu mencapai 91%. Ianya boleh bertahan sehingga 2 tahun jika digunakan dengan cermat. Namun, penggunaannya boleh meningkatkan jangkitan saluran kencing (URTI), jangkitan kulat dan faraj serta sindrom kejutan toksin. Ada juga wanita yang mengalami alahan terhadap lateks atau getah, selain bengkak ataupun radang serviks.

Pasti aku tidak mahu menggunakan kaedah ini. Takut….

2. Intrauterine Device (IUD)

Kaedah yang paling digemari. Terdapat dalam bentuk T bersaiz kecil dan bertali halus di hujungnya. Ia selamat digunakan dalam 3 tahun. Ia tidak mengganggu hormon prolaktin sekaligus boleh menyusukan bayi tanpa takut kekeringan susu. Kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah kekejangan, sakit belakang dan haid yang banyak.

Kawan kakak Asid guna kaedah ini. Memang berkesan. Pastuh beberapa bulan tanggalkan, tup2 dapat baby. Sekarang dalam pantang. Oklah jarang anaknya sebelum ini 6 tahun.. hehe :)

3. Implan

Sejenis hormon terkandung dalam tiub kecil yang mengandungi hormon progestron dan perlu diselitkan di bawah kulit bahagian lengan. Keberkesannya sehingga 99%. Selamat bagi yang menyusukan bayi kerana tidak mengganggu peranan hormon prolakin. Kesan sampingannya termasuklah haid tidak tetap, haid terlalu sedikit, keguguran rambut, kurang minat dengan seks, penambahan berat badan dan sakit kepala.

Bunyinya macam bagus kan. Ada yang kata kosnya RM500 hingga RM700 (swasta). Untuk 2 tahun. Kalau dikira dengan kos Suntikan, lebih kurang saja (bak kata Izan). Memang asid hendak guna kaedah ini, tapi takut pula kena operate sikit dekat lengan. huhuhu

4. Kondom

Sejenis sarung daripada getah lembut dan perlu disarungkan pada zakar setiap kali sebelum melakukan persetubuhan. Keberkesanannya antara 80% hingga 90%. Ia akan jadi lebih efektif jika digunakan bersama Spermisid. Kelemahannya ialah masalah kebocoran atau air mani keluar terlebih dahulu sebelum suami menyarungkan alat ini. Malah, ada wanita yang alah kepada lateks yang terkandung dalam kondom berkenaan.

Bahaya. Tak pernah guna pun. baca seterusnya »

5 Cara Lancarkan Proses Kelahiran 3

Bersenam

Ini dapat membantu bayi berada dalam kedudukan yang betul apabila proses bersalin bermula. Sekali gus mengurangkan tempoh masa bersalin. Tanya pendapat doktor jenis senaman yang sesuai untuk anda. Ataupun anda boleh melihat senaman ringan di sini.

Senaman Lantai Pelvik

Senaman ini dapat mengurangkan tempoh masa di fasa kedua proses bersalin.

Berjalan

Jangan hanya berbaring. Biarkan graviti membantu. Sambil berjalan, anda boleh mengurangkan kesakitan dan mengurangkan tempoh masa bersalin.

Bertenang

Jangan kelam kabut dan gelisah. Aplikasikan teknik pernafasan yang betul sepanjang berada di dalam bilik bersalin.

Urutan

Dapatkan bantuan suami untuk mengurut bahagian tubuh yang mengalami ketidakselesaan terutamanya di bahagian belakang.



Kalendar Kitaran Haid dan Waktu Subur 8

Maklumat berikut perlu diketahui sebelum memahami waktu subur

  • Paling Subur – Dari 72jam (3 hari) sebelum ovulasi sehingga 24 jam selepas ovulasi. Jika sperma ada di dalam tiub falopain dari 72 jam sebelum ovulasi pun, persenyawaan masih boleh berlaku kerana hayat sperma masih ada.
  • Waktu Berjaga-jaga - Dalam tempoh 5 hari sebelum ovulasi sehingga 2 hari selepas ovulasi. Ovulasi masih boleh berlaku (bukannya tepat) sekitar 14 hari sebelum jangkaan.
  • Paling Kurang Subur – Lebih 5 hari sebelum ovulasi atau lebih 2 hari selepas ovulasi.

Waktu subur paling tepat dikitar 14 hari sebelum jangkaan haid berikutnya. Waktu ovulasi adalah waktu paling subur. Jika kitaran haid wanita adalah setiap 28 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke-14 (28 tolak 14). Bagi wanita yang kitaran haidnya ialah 35 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke-21 (35 tolak 14).

(Pa&Ma, Jun 2009 : Dr Adilah Ahmad)

Betulkan Kedudukan Bayi Dalam Kandungan 0

Jul15

Tip ini Asid baru jumpa dalam majalah Pa&Ma edisi Julai 2009. Kalau dulu dengar2 petua dari orang tua-tua je iaitu suruh mak bidan pusingkan, banyakkan berjalan dan paling penting banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T.

Antara tip-tipnya ialah:

  1. Berenang – Amalan ini dapat menggalakkan bayi berada di kedudukan yang betul. Namun, elakkan posisi kuak lentang.
  2. Elak silang kaki - Jangan sesekali menyilang kaki. Pastikan kedudukan lutut berada lebih rendah daripada bahagian pinggul.
  3. Temukan tangan dan lutut - Langkah sebegini dapat membantu bayi berada dalam kedudukan yang baik. Jadi, temukan tangan dan lutut setiap kali anda dalam keadaan duduk.
  4. Duduk dengan kaki terbuka - Condongkan badan ke hadapan sambil memastikan kedua-dua belah kaki terbuka (seperti mengangkang).
  5. Amalkan ÜFO - Ini bermaksud anda berkedudukan tegak, menghadap ke hadapan, dan bernafas dengan teknik yang betul. Pastikan anda praktikkan kaedah ini sebelum atau semasa proses bersalin.
Blog Widget by LinkWithin

.:: Aku Seorang Isteri & Ibu ::. is powered by WordPress