Feb 2009 02

Kunci kepada gigi yang sihat dan cantik ialah keseimbangan gaya hidup sihat dan tabiat kesihatan gigi yang baik mampu menghalang tiga tanda awal penuaan di mulut, iaitu penyakit gusi, pereputan gigi dan penyahwarnaan.

Tips penjagaan gigi akan mengekalkan senyuman yang menarik sepanjang hayat ialah :-

  1. Memflos gigi sebelum memberus – Flos dan berus gigi dua kali sehari, gunakan berus gigi yang betul serta sekurang-kurangnya 2 minit sebelah pagi dan malam secara pergerakan membulat. Amalkan memflos sebelum member.us gigi membantu menanggalkan makanan yang terlekat di celah gigi. Kiranya sisa ini terlekat di permukaan gigi, ia akan menyebabkan kaviti, penyakit gusi dan gingivitis.
  2. Dapatkan pemeriksaan gigi dua kali setahun dan sebelum mengandung – Wanita yang mengamalkan pil perancang atau mengandung serta mengalami menopaus perlu berjumpa doktor gigi kerana mereka lebih cenderung mendapat masalah gusi, pereputan gigi dan kaviti. Wanita mengandung boleh mengalami gingivitis disebabkan perubahan hormon dan pertambahan aliran darah dalam badan. [..]

Anda Mungkin Meminati:

Oct 2011 28

Assalammualaikum,

Tengok tajuk entry kali ini ada rasa gerun sikit tak? Baca aje minor tp cuak bagai rak.

Bulan lepas, rasa bengkak dekat pipi kiri, rahang mulut tak boleh bukak seluasnya. Ingat tersalah leher, rahang lari elementnya ker? urut2 leher tak ada rasa pula sakit, cuma rasa gusi dah bengkak. Teringat juga masa kerja Klinik Gigi Rohaya dulu, check dengan Dr. Firdaus, geraham bongsu kiri den ni mesti cabut via MOS. Suggest Dr. buat masa tak sakit apa2 lagi.. tapi mengenangkan kos RM400 [masa tuh] boleh shopping macam2 tu.. jadinya den cancel lah, cakap kat Dr. ” Takpelah Dr. tunggu ia sakit lah dulu. seriau juga hari2 tengok patient buat MOS, berdarah tak ingat, kerat isi, potong tulang, patient menangis.. macam2 lagilah..hehe.. ”

hmm bila dah sakit macam ni, terpaksa lah cari klinik berdekatan. Nak pergi klinik kerajaan kat Area Shah Alam ni, adalah satu, tapi sure kena tunggu lama. Jadi en. suami suggest lah pergi Klinik Swasta aje. Klinik pergigian area Shah Alam ni memang banyak ibarat ‘cendawan tumbuh selepas hujan”.. cuma ongkosnya tak tumbuh2.. hehe

So, surf internat.. call beberapa klinik pergigian kat sini. Klinik Pergigian Doktor Firdaus .. MOS RM700 ke atas. Klinik Pergigian Sharina RM600 ke atas. Call klinik pergigian Dr. 2ue tak dapat hehe. So, antara 2 ni.. pilihlah yang murah kan.. be2anya RM100. Banyak juga tuh.

So, 29hb Sept. 2011 pergi Klinik Pergigian Sharina seksyen 9, Shah Alam. Den pergi seorang aje, bawa askar2 den tu kang.. riuh sekampung kliniknya.

Sampai jam 8 malam, klinik kosong. Doktor lelaki. Hari ni buat checkup aje sebab nak MOS pun takleh sebab  sakit, nak bukak mulut besar2 pun tak boleh. X-ray dulu kedudukan gigi geraham bongsu tuh, memang hujung.. kedudukannya terpusing dari biasa. Memang dah konpem, potong isi kulit tepi sikit. Kalau tak boleh cabut biasa, kena potong gigi or tulang sikit. Aduhh dalam hati.. takutt nya..dulu biasa cakap dekat patient, takpe sakit sikit aje.. 1@2 hari dah hilang rasa sakitnya. huhu..  sekarang.. den sendiri raso cuakkkk naya tuh. So, den diberi ubat antibiotik 2 dan pain killer. Set appointment dengan doktor yang sama, 2 minggu lagi.

[..]

Anda Mungkin Meminati:

Klinik Pergigian Seksyen 19 Shah Alam
Jan 2017 26

Alhamdulillah, pertama kali pergi ke klinik gigi di Seksyen 19, Shah Alam ni. Biasa pergi Swasta dan dulu pergi Klinik Gigi dalam UiTM, lepas itu pindah KL kerja klinik gigi swasta.. then sekarang menetap di Shah Alam. Jadi pergilah yang berdekatan dan yang lebih murah (tgk ekonomi sdr lah guana hehe)

Sebenarnya dah lama sangat tidak check gigi. Karang gigi konpem banyak giler. Huhu. Ini pergi pun sebab gigi berlubang. Takut ia merosakkan bahagian dalam lebih teruk, jadi nak pergi tampal. Ada masa sikit, jadi kita pergi hari ini.

Datang jam 8:30pg. ambil nombor. Kemudian dalam 10 minit, ambil bacaan tekanan darah. 151/100, memang darah tinggi betul ni. Nurse tanya ada rasa penat ke? tak apa nanti doktor check tekanan darah lagi di dalam. Eden jawab, maybe sebab takut kot. haha

Dekat kul 9 pg or awal dari itu, masuk dalam bilik rawatan no 6. Ramai orang tapi cepat juga nombor di panggil sebabnya bilik rawatan banyak, dan kalau ada tampalan, hanya 1 tampalan 1 hari. Jadi eden ada 4 lubang. Jadi 4 hari kena kesini. InsyaAllah orang tak kerja ni boleh lah datang bila2 iye dok? tengok aje jadual di atas 🙂

Tadi nak cuci gigi, tapi sayang alat rosak kata doktor, jadi nanti call dulu sebelum datang…. tanya alat cuci dah okay ke belum. 🙂 Esok nak datang lagi, bawak budak dua orang tu check gigi.

So kesimpulannya, okay sangat klinik gigi ni.. cepat dan rasa selesa atas layanan nurse dan doktor.. walaupun nama eden salah di sebut, dipanggil berulang-kali, nasib baik eden ke depan juga. hehe. Doktor dan Nurse ni kita bagi 5 STAR.. Excellent job. Tentang harga pula, no wonder ramai orang kan.. murah aje.

RM1 pendaftaran

RM2 tampalan

^_^

Anda Mungkin Meminati:

CAJ RAWATAN GIGI KLINIK KERAJAAN NAIK MENDADAK MULAI 1 FEB 2017
Feb 2017 02

Alhamdulillah semalam pergi lagi tampal gigi. So tinggal lagi 2 lubang yang perlu ditampal. Semalam RM3 semua sekali dengan 1tampalan di bahagaian depan sebelah kiri atas gigi.

Hmm nampaknya masing-masing sudah sedia maklum harga untuk pemeriksaan dan rawatan di klinik pergigian kerajaan sudah meningkat mendadak, start Feb 2017 sekarang tapi dilanjutkan pada bulan Mac depan. Maka, paham-paham ajelah ramai sangat orang yang pergi klinik gigi hari ini.

Itu yang fikir-fikir bila pula hendak pergi tampal 2 lubang lagi tu. Nak cuci gigi masih tidak boleh sebab alat rosak lagi. hmm maybe next week kot pergi lagi.

Bagaimanapun ini Harga Rawatan Klinik Pergigian Kerajaan pada Mac 2017 dan seterusnya. Memang naik sangat mendadak, hendak buat macam mana lagi.. negara semakin parah. Walaubagaimana ia tetap jauh murah dari kos rawatan di klinik swasta. Cuma kena menunggu lama sikit, ramai orang. Agak-agak tidak tahan sakit gigi itu.. hendak cabut, pergi aje terjah klinik swasta berdekatan. 🙂

*CAJ RAWATAN GIGI KLINIK KERAJAAN NAIK MENDADAK MULAI 1 FEB 2017*

a) Cabutan Gigi Harga Lama : RM1 ,Harga Baru : RM15

b) Cuci Gigi Harga Lama : RM 2, Harga Baru : RM 55

c) Tampalan Harga Lama : RM2 ,Harga Baru : RM25

*_Pekeliling berkuatkuasa 1/2/2017_*

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada surat pemberitahuan daripada Bahagian Kewangan bertarikh 26 Januari 2017 rujukan (24)KKM.400-9/1/3 Jld.2 berkaitan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha (KSU) Bil 4/2017 dan emel Bahagian ini bertarikh 26 Januari 2017 mengenai perkara di atas.

2. Sepertimana sedia maklum, kadar baharu bagi caj perubatan warganegara berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 akan berkuatkuasa mulai 1 FEBRUARI 2017.

3. Walaubagaimanapun, caj yang melibatkan PERGIGIAN adalah ditangguhkan pelaksanaannya sehingga 1 MAC 2017.

Surat pekeliling KSU mengenai pelaksanaan caj pergigian akan dikemukakan kelak. Kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan adalah dimohon untuk memaklumkan perkara ini kepada semua PTJ di bawah seliaan jabatan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan masing-masing.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini bolehlah menghubungi Unit Hasil, Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-8883 2408 / 3063 / 2399 / 3078.

4. Segala kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Sekian, terima kasih.

Murni Rahayu binti Ahmad Anuar

Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia Tel : 03-8883 3068 Faks : 03-8883 4364

Anda Mungkin Meminati:

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.