Category Abang Ash

Kesilapan Asuhan Yang Lazim 0

Best juga baca artikel ini. Buat penambahan ilmu pengetahuan. Tiada salahnya untuk perkembangan dan kemajuan anak-anak kita juga… hehe

Sebagai contoh, kanak-kanak 4 tahun sekarang dapat mengendalikan pemain DVD atau menggunakan telephone untuk menangkap gambar dengan mudah. Walaupun, ibu bapa berbangga dengan pencapaian demikian, mereka seperti tidak risau tentang perkembangan asas kemahiran sosial mereka.

1. Meninggalkan segalanya kepada pembantu rumah

Ibu bapa yang berjaya tidak semestinya membesarkan anak yang berjaya. Ini kerana tanggungjawab mereka terhadap kerja menghadkan masa mereka bersama anak-anak. Ibu bapa ini meninggalkan anak mereka dibawah jagaan pembantu rumah sepenuhnya, menyebabkan si kecil ini kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa.
-Luangkan masa lebih banyak bersama anak anda dan biar mereka tahu bahawa mereka masih mempunyai hubungan yang kukuh dengan anda.

Nasib baik tak ada Maid.

2. Tidak membenarkan mereka membantu

Anak anda tidak terlalu muda untuk kerja yang mudah.Anda juga tidak boleh sentiasa melakukan segalanya untuk mereka. Sesetengah ibu bapa terlalu bertolah ansur sehingga anak mereka berani mengarah mereka.Membenarkan anak melakukan kerja rumah boleh membantu mereka berkembang. Melipat selimut, mengemas katil dan membenarkan mereka menyediakan meja makan bukan sahaja meningkatkan kemahiran motor mereka malah memberikan mereka rasa tanggungjawab yang menggalakkan perkembangan sosial mereka.

Adalah juga aku suruh Ash angkat baju kotor letak dalam mesin basuh. Nak minum, ambil cawan dan botol susu dia dulu. hehe

3. Hanya memuji ‘A’

Memuji anak sememangnya membuat mereka gembira. Tetapi mereka hanya memuji apabila mereka cemerlang dalam peperiksaan? Adakah mereka dipuji apabila berlakon dalam drama sekolah? atau menyanyi semasa Hari Guru? Ketahuilah bahawa bakat anak anda dan galakkan mereka walaupun anda berpendapat mereka patut melakukan benda lain. Cuba faham dan lihat dari sudut mereka. Ingat bahawa anda tidak selalunya betul. Mungkin itu yang mereka lakukan sepanjang hidup mereka, jadi iktiraf dan hargailah kemampuan mereka.

Lepas ini kena kerap puji Ash dan Adik

baca seterusnya »

Abang dan Adik 4

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi aku dikurniakan anak2 buat pengikat kasih dan pengubat duka.

Abang Ash, anak Mama dan Papa yang sulung. Banyak harapan yang dicurahkan kepada Abang Ash. Harapan supaya menjadi anak yang soleh, taat kepada Allah dan Rasul, taat kepada Ibu Bapa, hormat orang tua, menjadi anak yang berguna… sebagai tempat menumpang susah senang tatkala Mama dan Papa tua nanti, menjadi pembimbing dan pelindung Adik selalu.

‘Janganlah Abang Ash selalu buat Adik nangis. Kesian Adik. Abang Ash mainlah elok-elok dengan Adik. Adik kan masih kecil, dia tak tahu apapun. Abang Ash pula nak masuk 3 tahun bulan depan. Abang Ash dah besar kan? Dah pandai pun. hehe :)

Adik Arissa. Baby gurl Mama yang cute dan manja ni. Selepas balik kampung hari tu, Adik asyik nak berkepit aje dengan Mama, langsung tak nak dukung dengan Papa. Ini mesti kes Mama asyik dukung Adik jer dekat kampung. Lagipun Opah tu ajar dukung ajer. Sikit2 dukung. huhu itulah sekarang ini, Adik asyik nak berdukung aje.


Adik sekarang sudah meningkat maju. Gigi dah ada 6 batang. 4 batang diatas dan 2 batang di bawah. Adik pun kalau merangkak tu sudah maju ke depan,bukan macam dulu asyik ke balakang aje. Sekarang pun adik sudah pandai duduk dengan sendirinya. Baru 2 kali bolehnya, dari merangkak, tongek2 buntut, then duduk. :)

Adik 8 Bulan 2

Arisha sudah 8 bulan. Last checkup last week.. berat adik hampir 9 Kg. Bulan depan pula, Abang Ash 3 tahun dengan berat 16 Kg. hehe Sangat seronok bila tengok anak-anak Mama dan Papa ini membesar dengan sihat di depan mata. Semoga anak-anak Mama ini akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Berjaya di dunia dan diakhirat. Amin.

Berita penting… Adik sudah tumbuh 2 batang gigi.. satu bawah satu atas… 2 batang lagi akan menyusul.. GO GO GO BADIK!!!!

Adik sudah pandai turun dari sofa.. dan berdiri macam nak berjalan.. Tak sempat nak ambil gambar tadi sebab takut adik jatuh.. hehe sangat happy Mama. :)

Alhamdulillah saat gentir anak-anak Mama yang tidak sihat itu… sudah berlalu. Sangat sedih tengok diorang sakit. Monyok dan tak larat betul tengoknya. tapi sekarang Adik sihat dan Abang Ash pun sihat.:)

Adik semakin hari semakin pandai.. setiap masa belajar sesuatu. Daripada tak pandai meniarap, kini boleh dikatakan sudah “expert”. Sekarang tengah belajar tonggek buntut.dah lebih tinggi dari kepala.. kaki pula sudah boleh bengkok kan.. cuma belum maju ke dapan. Mungkin sikit masa lagi, adik dah boleh merangkak. Cayok cayok cayok Badik!!!.

Dari tak boleh duduk, kini dan boleh duduk (kekadang kena sandar something dekat belakang). Adik dah boleh duduk dalam kereta bulat (berkat kereta bulat Abang Ash dulu). Dari asyik mengundur ke belakang, sekarang adik dah pandai mundar mandir. Pergi ajerlah ke mana dia nak pergi. Fav place Adik.. hmm kitchen Mama. Sudah pandai tarik2 kuali. Papa selalu cakap, ” rajin2 lah ke dapur ye Badik.. biar rajin masak.. pandai masak.. jangan jadi macam —– kamu!!!”. Sabar ajelah.

Semenjak Adik pandai duduk dalam kereta bulat tuh, senang sikit kerja Mama. Nak masak, nak mandi, nak mengemas.. janji ada benda yang adik boleh main, yang lain pasti bereh.

Adik makan nestum pelbagai rasa. Especially keluaran Nestle. Orang duduk sibuk suruh boikot product ni, tapi aku still beli. Bukan apa mendealah ni yang Adik suka makan. Kalau tak kasi makan kang.. jadi jekeding lak badannya macam Mok su dia.. asyik makan ikan bilis goreng jer.. itu pasal badan jadi macam ikan bilis.. kecik2!!! huhu

Adik sudah ada ‘nickname’. Bukan panggilan manja.. saja. ‘Adik Si Pemakan Kertas’. Pantang dapat kertas, buku, magazine, news paper… pasti semua tuh jadi mangsa Adik.. uish uish sabar ajerlah.

Adik Selsema dan Batuk 4

Sudah 2 hari Adik Batuk dan Selsema. Sekarang sudah berjangkit kepada Mama. Pening kepala, hidung tersumbat dan perit tekak. Pasti Adik pun rasa macam itu. Kesian Adik.

Walaubagaimanapun, harap lepas ini Adik akan bertambah sihat selepas minum ubat dari Klinik Rosli tadi. Dan Mama pula akan terus makan Panadol dan minum air 100plus sampai badan Mama sejuk. :) thanks to Papa.


Anyway, sekarang Adik sedang tidur lepas minum ubat. Mengantuk lah tuh. Abang Ash pulak ikut Papa tengok Bola. Hope diorang menang ok. :)


Happy Birthday To Cunna 5

Selamat Hari Lahir buat Cunna. Semoga panjang umur, diperbanyakkan pahala ibadahnya, sentiasa berbahagia dan Berjaya untuk SPM Tahun Depan!

Cunna2

Sabtu. Dari Sentul ke Shah Alam, bawa Arisha cucuk bulan di Klinik Rosli. Dapatkan juga ubat/krim untuk ruam di badan dia. Sangat berkesan! Thanks Doc.

Tengahari pergi ke rumah Wan2 Ash. Celebrate birthday cunna yang ke-16.(Sorilah gambar empunya birthday gurl tak amik langsung, balik2 hardisk jumpa gambar ini aje. hehe

Sebelum time lunch tuh, pergi Plaza Masalam. Cuci dan gunting rambut. Arisha tinggalkan dengan Wan2 dia. Lepas cuci rambut, kami bertiga lepak di Old Town White Coffee dekat situ. :) Saja lepaskan dahaga.

PapaAsh3

Anyway.. presents untuk Birthday Gurl ini masih dalam perbincangan. Dah rasa yang berkenan nak belikan “ITU” untuk dia. InsyaAllah. :) Harap2 tuan empunya badan suka… orang dah kasi tuh.. amik aje.. hehe :)

Blog Widget by LinkWithin

.:: Aku Seorang Isteri & Ibu ::. is powered by WordPress