Esok Sekolah Bermula Sesi 2017

Alhamdulillah semua dah settle untuk sekolah Kebangsaan dan Agama untuk anak-anak kesayangan saya ini. Baju dah siap iron oleh Papa mereka. Syukur alhamdulillah diatas rezeki ini. Semoga anak-anak rajin menimba ilmu hingga berjaya ke menara gading dan seterusnya berjaya dalam pekerjaan masing2.. di dunia dan di akhirat.

Mama love U alls.. 🙂

 

Selesai Bayaran Yuran Sekolah Tahun Depan

Alhamdulillah, hari ini settle pembayaran yuran dan keperluan sekolah Ashraf dan Arisha untuk tahun depan ni.

Tapi baju sekolah tempah jahit dengan mak cik diorang ni belum2 lagi terima. Post dari kampung.

Biasa beli keperluan-keperluan sekolah ni di kedai aje. Tak ada jahit menjahit ni.

Hantar jahit ini sebab nak menolong makcik diorg dapatkan sumber pendapatan. Tapi bukan senang nak tolong orang, pening kepala dibuatnya. Lama dah order, tak dapat2 lagi. Sekolah pun lg 5hari lagi. Sedih betul. 🙁

Shopping Barang Sekolah Budak2 – Batch 1

15139708_10209342601294340_460641381_n

Assalamualaikum.

Tengok list di atas banyak tak? Hampir 500 nilainya.

ini baru batch 1 pembelian barang2 sekolah Abang dan Adik ni.

Baju sekolah pegawas tak ada jual lagi, sales Kembali ke Sekolah pun belum mula.

Tapi alhamdulillah hampir 90% siap disediakan. Rezeki juga dapat sediakan awal.

Lepas ni cari baju sekolah aje.