Feb 2010 17

Balik kampung. Kampung kesayangan aku Felda Kesidang Jengka 8. Kampung tempat di mana aku dibesarkan. Rasa rindu sangat dekat kampung aku ni, Alhamdulillah terlepas rindu sekejap balik dua hari tu. Tapi tak sempat hendak mendar mundir, jalan-jalan keliling kampung sebab sibuk dengan majlis kahwin sepupu aku, Atan (Zamzami). Anak Mak Andak aku dengan orang Jengka 8 jugak.

Balik hari Ahad. Sebab malamnya kenduri ada majlis Tahlil. Isninya pula baru kenduri si Atan tu.

As usual, bila kenduri Mak Andak aku ni… semua orang akan penat (namanya pun kenduri kahwin), cuma anak beranak diorang aje yang tak penat. Terutama anak perempuan dia. hmm dah masuk sesi mengata ni. Bukan mengata, hanya meluahkan perasaan dan keheranan aku yang dah memakan masa berbelas2 tahun. huhu

Masa kenduri keluarga diorang lah, diorang yang sibuk2 dan banyak kerja. Tapi boleh diorang tuh lepak2, senang lenang dekat rumah diorang (kenduri di rumah Mok Mek: Grandmother). Kalaulah rumah Mama aku dekat, sudah lama adik beradik duduk rumah aje. Time makan, tengahari, masa pengantin sampai barulah kitorang datang. Datang makan saja macam adik beradik diorang tu.

Ini tidak. Bukannya aku buat kerja banyak sangat pun, maklumlah ada baby dengan anak jantan yang tak mahu berenggang dengan Papa dia, tapi still lah buat kerja. Biasalah kenduri kan memang banyak kerja. Cuma kesian dekat Kak Na aku, Mak Su, Mak Jang dan sesiapa yang dekat rumah itulah.. mengemas, membasuh pinggan dan lain-lain lah. Kak Na aku pun ada anak kecik, boleh je buat kerj

Oleh kerana, aku geram. Niat pertamanya nak bergambar dengan pengantin tapi fikir2.. pengantin nak ke bergambar dengan aku??? hehe so aku tak bergambarlah dari awal sampai akhirnya. Nak bergambar dengan family aku pun tak ada…. tak larat dan lain-lain lah. Full stop!!! sebelum dosa aku bertambah lagi. Kuangxxx….

Petang, lepas majlis kenduri balik ke Chini. Hantar Mama, Adik dan Aboh. Kalau biar diorang naik bus, kesian nak usung ke sana ke mari Aboh tu susah. Sebab Aboh tak nampak (buta sebelah). Lagipun, orang zaman sekarang kurang berbahasa sikit. Mentang2 lah Aboh aku macam tuh, dibulinya orang OKU. huhuhu satu masa nanti, mereka pula di buli Allah S.W.T

Selesa. Hari ini.. nak sampai KL. Esok Papa ada kerja. 🙂


Anda Mungkin Meminati:

Jun 2011 05

Assalamualaikum,

Hari ini ada jemputan kenduri kahwin dekat perumahan ini. Walaupun tak pernah bersua dengan tuan puan rumah tersebut, masa ni lah nak bersua kenal. hehe 🙂

Macam biasa, sekarang cuti sekolah pastu musim panas terik, Arisha basah dengan peluh, muka habis merah panas huhu. Kesian Adik.

Anda Mungkin Meminati:

Oct 2011 09

Assalammualaikum,

semalam kenduri kahwen rumah jiran. Pergi dengan anak2 makan nasi minyak. Tema color pink purple, so kitorang masing2 pakai baju purple.

Apa yang menarik, boleh pulak hari ni semangat nak beratur panjang untuk dapatkam Kambing Biri Biri Panggang. Almaklumlah duduk makan depan meja daging panggang tuh, baunya menusuk hingga ke kalbu. haha

Inilah rupanya biri2 panggang tersebut, roti.. salad dan lain2 tak sempat sebab orang last beratur masa tuh.. kalau nak.. boleh aje tunggu lagi. Apapun rasanya memang best, balik rumah pun tergiang2 bau daging panggangnya tuh. haha

Subahanallah.

Anda Mungkin Meminati:

Jalan-Jalan Ke JB : Bahagian 2
Sep 2012 08

Selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka dan Doa Selamat EHPS kami pulang ke tempat penginapan kami di Seri Malaysia Larkin, Johor Bahru.

Malamnya pergi ke rumah Mak Wan di Taman Kempas untuk Majlis Pertunangan dan anak nikah anaknya.. Noor bersama pasangannya. Kiranya jalan-jalan ke JB ini ada 2 tujuan utama. 2 ini 1. Bagus kan? hehe

Pergi ini kami berdua aje, Asid dan Arisha. Tupasal lah banyak gambar kami aje. Papa dan Ashraf pergi tolong Bola, kalau dah hantu bola.. mana2 tempat pergi pun jadi walaupun bukan pasukan idola yang main. sabar ajelah. Rembat uncle K diorang sekali. Dah tinggal Keisya dan Umminya saja. hehe

Malam makeup tebal sikit.. hehe tak adalah makeup just pakai bedak Arab aje. Memang rasa best.

Kalau nak beli boleh roger2 asid ya : 0123312030

Keisya & umminya

 

Anda Mungkin Meminati:

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.