Tag shopping

Deco2 Sama IKEA 3

Assalamualaikum,

Sabtu minggu lepas, pergi jalan2 dan shopping dekat IKEA. Niatnya cuma satu, nak cari MAGNET BOARD untuk fridge magnet Asid yang hampir memenuhi pintu fridge. Pembelian board ni haruslah disegera.. sebab beberapa hari sebelum tuh ada member dalam KELAB FM MALAYSIA ada share artikel pasal fridge magnet. Tapi takkan beli tu je kan? rembet ler mendealah lain sama.. syok je jari jemari mencapai pe yang berkenan di hati.. haha sib baik green light dari papa, katanya duit shopping ke Sabah tempoh hari still ada balance.. yahooo.. hehe alhamdulillah.

Thanks Papa. :)

Info details kat sini >>Refrigerator How Things Work

Selamat dah digantung! :)

Online Shopping: Tudung Elmeera 2

Permulaan.. syukur alhamdulillah kerana Papa beri keizinan untuk aku beli tudung ini dan bayarkan sekali. Seperti biasa, dengan tangkas aku membeli dan sememangnya cepat betul aku dapatnya. Hehe anyway thanks to Who daa kerana poskan awal barang itu walaupun duit yang di ”transfer” belum ‘clear’. hehe maklum sajalah akaun dia RHB.. aku pula Maybank.

Aku beli Tudung@Elmeera ini 2 pasang. Warna biru dan hijau. Biru itu aku hendak padankan dengan jubah yang mak mentua aku kasi raya itu hari. Warna hijau itu pula tidak ada ‘match’ dengan mana-mana baju. Huhu jangan risau, nanti esok aku pujuk Papa belikan baju untuk Mama lagi.. hehe boleh Papa? itupun kalau dia baca entri ini…

Di sini aku tidak boleh tunjukkan lagi tudungnya macam mana.. nanti aku letak foto aku pakai tudung itu.. hehe esok nak pakai tudung itu. hehe :) walaubagaimana tudung itu aku sangat2 suka. Memang best bila pakai.. sejuk saja rasa. :)

Tengok sajalah foto nih.. macam paper bag kahwin Huda aje ni…. hehehe :)

Tudung Elmeera2

Tudung Elmeera3
Inilah gambar tudung.. hijau cair. Hajat nak pakai biru.. tp terbekenan nak pakai hijau pula hari ini. Sebab hendak ke Rawang. Tolong bersihkan rumah orang baru pindah. :)

Ada juga yang matchnya.. huhuhu

Raya Aidilfitri 2009 VII 0

Raya ke Tujuh

Bangun pagi lagi hari ini. KaliĀ  ini sebab nak shopping barang dapur. Pergi Giant besar Seksyen 13, Shah Alam kena awal2 takut nanti ramai orang. Bawa Ash saja dan Adik tinggalkan dengan Nana. hmm nasib baik Arisha tak meragam sangat, cuma sempat berak atas Cunna dia hehe. Memang sayang betul Arisha dekat Cunna dia tuh.. hehe (orang kata kalau baby berak dan kencing atas kita, tanda dia SAYANG dekat kita).

Lepas solat Zohor dan lunch, kami balik ke rumah Sentul. Hantar barang2 shopping nih dulu. Terutama ayam dan daging ni. Kena cepat2 masukkan dan peti ais, kalau tidak jadi macam dulu.. jadi mangsa tong sampah saja.

Petangnya pula, sesi beraya ke rumah Nenek. Kali ini Open House pula. Raya pertama itu hari hanya untuk beraya dengan sanak saudara saja. Masa inilah bebudak beraya dapat duit raya. hehe

Make Up 2

hehe Oleh kerana aku happy hari ini sebab dah terima barang yang aku order itu hari :) , jadi aku buatlah entry nak promote website ini. Tangkas juga owner pinbaju-online@blogspot.com ini berurusan. Bila aku bayar, terus dia reply message dan yang paling penting, terus hantar barang tuh.

Guna Poslaju ni.. laju jugalah kiranya sebab dia dari UPM serdang (maybe) dan aku pulak dekat KL. Semalam baru dia POS, sekarang aku dah dapat. Siap dah try dulu. hehe aku ni bukannya pandai make-up. Sekadar nak make-up sikit2 time jalan2 tuh dan paling penting untuk suamiku tersayang. :)

So, inilah mende yang aku beli. Anyway thanks ya Fiza

(pinbaju-online@blogspot.com)

makeup2


Syok giler. Sampai sekarang aku masih tersenyum. wakaka

Kalau korang nak beli. jangan malu2 atau segan2.. klik aje banner dekat bawah ni.. kalau nak beli tuh, jangan lupa taruk nama aku ek. :)

Shopping: Bila Ketua Keluarga Membelibelah 4

Aug18

Biasanya aku dok bercerita pasal aku membelibelah, sekarang turn En. abang aku pula yang membelibelah. Biasalah tengah2 bulan macam inilah yang dia suka membelibelah. Sebabnya, tak ramai orang . Dan seperti biasa jugalah dia membeli bila2 masa barang keperluan dah nak habis (penting nih!!). Contohnya susu anak, makanan anak2 (makanan kami jugalah), dan apa2 stok awal bulan dah habis. Dulu selalu membelibelah dengan aku, bila dah ada baby dan H1N1 ni, dia membelibelah sorang2 ajelah. lagi bagus kan.. kalau tak lagi banyak yang diborong.

Biasa En. Abang aku pergi membelibelah dekat Giant, seksyen 9. Dekat sangatlah dengan rumah Mak Ayah dia, selalulah dia singgah sana lepas membelibelah sebab nak tunaikan ibadah yang wajib. apa lagi solat ler

List barang2, biasanya surirumah macam aku yang sediakan. Yelah kita aje yang tahu barang apa dah habis. Kekadang bila perasan ada barang yang terlupa tulis, aku message GoogleTalk dekat dia. Tapi kekadang dia tertinggal juga apa yang aku pesan. hmm biasalah umur dia pun dah meningkat, beruban pulak dah, dan sekarang kena cari cermin mata pula. kasi terang sikit hehehe.

list brg

Antara list yang aku suruh beli:

  1. Pampers Ash dan Ari
  2. Susu Ash dan susu untuk Mama
  3. Susu F&N dah beli dekat pasar
  4. Minyak Yuyi yang besar
  5. Gula 2 kg stok bulan puasa
  6. Ubat nyamuk refill untuk spare.. maklumlah selain H1N1, denggi pun banyak kes juga
  7. Sabun baju Daia 3kg
  8. Sabun pinggan Sunlight hijau pekat
  9. Sup bunjut Adabi Ash suka makan sup ayam
  10. Sirap RosAsh pun suka minum sirap selain Ribena
  11. Honey star & kokocrunch untuk Ash lagi
  12. dan lain2 En. Abang tambah sendiri…. Shower gel dia dettol
  13. Beras Stok kalau cuti seminggu…. ada chance ke?
  14. Glukos untuk Ari
  15. Vitagen untuk Ash kekadang Mama cukai juga
  16. Syampu Papa kepala dan bahu
  17. Kurma nak beli Yusof Tayob, tapi tak ada
  18. Kereta mainan untuk ash
  19. ada juga yang tak list kat sini sbb nanti panjang sangat. hehe

Jumlahnya.. paham2 ajelah ye. Susu Ash tuh kalau 5Kg X RM24…Dah seratus lebih. Biasalah kan.. Orang dah berkeluarga. :) Syukur alhamdulillah sebab dapat juga kami berbelanja macam ni berbanding orang lain yang kurang berkemampuan.. :( teringat dekat kakak kita.. :(


Blog Widget by LinkWithin


Fatal error: Call to undefined function footer() in /home/asida/public_html/wp-content/themes/FREEmium/footer.php on line 22