Aug 2009 18

Biasanya aku dok bercerita pasal aku membelibelah, sekarang turn En. abang aku pula yang membelibelah. Biasalah tengah2 bulan macam inilah yang dia suka membelibelah. Sebabnya, tak ramai orang . Dan seperti biasa jugalah dia membeli bila2 masa barang keperluan dah nak habis (penting nih!!). Contohnya susu anak, makanan anak2 (makanan kami jugalah), dan apa2 stok awal bulan dah habis. Dulu selalu membelibelah dengan aku, bila dah ada baby dan H1N1 ni, dia membelibelah sorang2 ajelah. lagi bagus kan.. kalau tak lagi banyak yang diborong.

Biasa En. Abang aku pergi membelibelah dekat Giant, seksyen 9. Dekat sangatlah dengan rumah Mak Ayah dia, selalulah dia singgah sana lepas membelibelah sebab nak tunaikan ibadah yang wajib. apa lagi solat ler

List barang2, biasanya surirumah macam aku yang sediakan. Yelah kita aje yang tahu barang apa dah habis. Kekadang bila perasan ada barang yang terlupa tulis, aku message GoogleTalk dekat dia. Tapi kekadang dia tertinggal juga apa yang aku pesan. hmm biasalah umur dia pun dah meningkat, beruban pulak dah, dan sekarang kena cari cermin mata pula. kasi terang sikit hehehe.

list brg

Antara list yang aku suruh beli:

  1. Pampers Ash dan Ari
  2. Susu Ash dan susu untuk Mama
  3. Susu F&N dah beli dekat pasar
  4. Minyak Yuyi yang besar
  5. Gula 2 kg stok bulan puasa
  6. Ubat nyamuk refill untuk spare.. maklumlah selain H1N1, denggi pun banyak kes juga
  7. Sabun baju Daia 3kg
  8. Sabun pinggan Sunlight hijau pekat
  9. Sup bunjut Adabi Ash suka makan sup ayam
  10. Sirap RosAsh pun suka minum sirap selain Ribena
  11. Honey star & kokocrunch untuk Ash lagi
  12. dan lain2 En. Abang tambah sendiri…. Shower gel dia dettol
  13. Beras Stok kalau cuti seminggu…. ada chance ke?
  14. Glukos untuk Ari
  15. Vitagen untuk Ash kekadang Mama cukai juga
  16. Syampu Papa kepala dan bahu
  17. Kurma nak beli Yusof Tayob, tapi tak ada
  18. Kereta mainan untuk ash
  19. ada juga yang tak list kat sini sbb nanti panjang sangat. hehe

Jumlahnya.. paham2 ajelah ye. Susu Ash tuh kalau 5Kg X RM24…Dah seratus lebih. Biasalah kan.. Orang dah berkeluarga. πŸ™‚ Syukur alhamdulillah sebab dapat juga kami berbelanja macam ni berbanding orang lain yang kurang berkemampuan.. πŸ™ teringat dekat kakak kita.. πŸ™


Anda Mungkin Meminati:

Sep 2009 16

Sebenarnya aku buat Agar-agar Bandung ni dah berminggu lepas. Baru aje aku ceritakan dekat sini. Bukan apa, masa tu aku nak buat dadih tapi serbuk dan bahan2 dadih tak ada. Yang ada cuma agar2 ni. Jadilah ek buat berbuka. Nasib baiklah jadi juga aku membuatnya, si ashraf tu suka. oklah tu gamoknya.

Hari semalam hingga ke hari ini aku nak buat dadih atau puding. Cari lah serbuk dekat pasar dan susu cair dekat kedai bawah ni, dua2 tak ada. Terpaksa tempah dengan Papa malam ni. Harap2 dia beli.. tapi kesian pula nanti mesti Papa balik lambat sebab hari nak hujan lebat ni. Berbuka dalam kereta lagilah Papa ek?

Kalau tahu awal, boleh order dekat sini.. online lagi. πŸ™‚

Anda Mungkin Meminati:

Raya Aidilfitri 2009 III
Sep 2009 22

Raya Ketiga

Raya ke3 ni pula kami beraya ke Chini 03, Pahang. Cuti raya papa agak panjang kali ini, sempatlah menghantar Opah, Mok Su dan Atok balik dan bermalam di sana.

Sebelum bergerak balik ke chini, sempat jugalh kitorang menyinggah tengok anak sepupu. Baru 25 hari, badan dia dah macam Arisha. Maklum ajelah kuar2 pun dah besar. Nama dia panjang, dan tak ingat pula.. seakan2 farisa nama panggilannya. Agak2 nya betul lah tuh. hehe

Nak tengok gambar lagi? klik sini.

Anda Mungkin Meminati:

Sep 2009 23

Hari Raya Ke-empat

Bangun pagi agak lewat sebab rasa macam penat sangat. Lewat2 pun masih sempat bangun ke kedai cari sarapan. Opah suruh beli mee ke mihun ke.. then masak sendiri.Β  Tapi Papa Ash kata, baik beli yang dah siap. Tak payah susah2 masak sebab semua orang penat.

So, lepas basuh muka (tanpa mandi dan gogok gigi) pergi ke kedai makan dekat Dara. Kak cek yang tunjukkan kedai makan tuh. Nasib baik ada juga yang menjual. Kalau tidak tak tahulah nak buat macam mana, nak beli bahan mentah pun susah. Peniaga masih bercuti raya. aiseh

Oleh kerana agak lama menunggu 10 keping roti canai dimasak (ramai orang ikut Q dengan jumlah order yang banyak2), kami decide beli nasi lemak. Konpem dah siap masak, just tunggu bungkus aje. Itupun lama sebab ramai orang Q, dan tunggu diorang masak telur mata 10. aiseh [..]

Anda Mungkin Meminati:

Raya Aidilfitri 2009 VII
Sep 2009 26

Raya ke Tujuh

Bangun pagi lagi hari ini. KaliΒ  ini sebab nak shopping barang dapur. Pergi Giant besar Seksyen 13, Shah Alam kena awal2 takut nanti ramai orang. Bawa Ash saja dan Adik tinggalkan dengan Nana. hmm nasib baik Arisha tak meragam sangat, cuma sempat berak atas Cunna dia hehe. Memang sayang betul Arisha dekat Cunna dia tuh.. hehe (orang kata kalau baby berak dan kencing atas kita, tanda dia SAYANG dekat kita).

Lepas solat Zohor dan lunch, kami balik ke rumah Sentul. Hantar barang2 shopping nih dulu. Terutama ayam dan daging ni. Kena cepat2 masukkan dan peti ais, kalau tidak jadi macam dulu.. jadi mangsa tong sampah saja.

Petangnya pula, sesi beraya ke rumah Nenek. Kali ini Open House pula. Raya pertama itu hari hanya untuk beraya dengan sanak saudara saja. Masa inilah bebudak beraya dapat duit raya. hehe

Anda Mungkin Meminati:

Page 1 of 512345
Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.