Tag Adik Ari

Arisha 1 Tahun 2

Akhirnya sambutan hari lahir Adik yang ditangguh2, dilaksanakan juga hari ini. Makan-makan bersama family. Makan Satay, Cake dan Chicken Pie.

Selamat Hari Lahir My Baby!

Bertahun2 cake ini juga jadi pilihan. Sebabnya sedap dan semua orang suka. :)

Oleh kerana Tuan Punya Majlis tidur. Abangnya bagi pihak melaksanakan tugas memotong kek.

Siap tolong makan kan sekali..

Orang dah kenyang, pastu semua tidur.. Adik pulak bangun. So Adik mainlah ballon sorang2x. Kesian..

Lain2 gambar akan di upload ke acidcun.fotopages.com. :)


My Toddler Now Can..?? 2

Lilypie Second Birthday tickers

  • My toddler now can drinks from a cup without assistance.
  • She can stand alone for several minutes.
  • She walks well (keep in mind that good crawlers often are late walkers).
  • She waves good-bye
  • She says “mama” and “dada”.
  • She says other one-syllable words (like “hi”, “ta”, “na”).
  • She expresses her wants with gestures and words instead of cries.
  • She engages in gibberish conservation.
  • She responds to simple commands (like “boom” for sleep).

Kenny Rogers Subang Parade 2

Hari ini Papa bawa kami sekeluarga pergi Subang Prade, makan di Kenny Rogers untuk celebrate birthday Arisha dan anniversary Mama dan Papa yang ke 4.

Tak sangka Adik dah satu tahun. Cepat betul masa berlalu. Sakit masa melahirkannya pun masih terasa lagi. :) hehe Apapun syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, Adik membesar dengan sihat dan bijak. Luv u Adik.

Usia perkahwinan kami pula mencecah tahun ke 4. Syukur juga kepada Allah S.W.T kerana dipanjangkan umur jodohnya kami, namun aku berdoa semoga hubungan ini berkekalan hingga ke pintu Syurga. InsyaAllah.

Tidak lupa ucapan terima kasih kepada Papa kerana hadiahkan bunga dan coklat pada hari anniversary kita. Pagi tuh ingat Papa dah lupa. Boleh pula tanya, “hari ni ker?”, “yang ke berapa ek”. :) rupa-rupanya dah seminggu Papa ingat. Sebab bunga tu order dari minggu lepas. nice.. :)

Sepanjang hari aku duduk merenung bunga ni… dengan senyum sendiri. Kalau ada orang tengok, sure diorang ingat aku dah angau.. hhehe :)

Adik 8 Bulan 2

Arisha sudah 8 bulan. Last checkup last week.. berat adik hampir 9 Kg. Bulan depan pula, Abang Ash 3 tahun dengan berat 16 Kg. hehe Sangat seronok bila tengok anak-anak Mama dan Papa ini membesar dengan sihat di depan mata. Semoga anak-anak Mama ini akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Berjaya di dunia dan diakhirat. Amin.

Berita penting… Adik sudah tumbuh 2 batang gigi.. satu bawah satu atas… 2 batang lagi akan menyusul.. GO GO GO BADIK!!!!

Adik sudah pandai turun dari sofa.. dan berdiri macam nak berjalan.. Tak sempat nak ambil gambar tadi sebab takut adik jatuh.. hehe sangat happy Mama. :)

Alhamdulillah saat gentir anak-anak Mama yang tidak sihat itu… sudah berlalu. Sangat sedih tengok diorang sakit. Monyok dan tak larat betul tengoknya. tapi sekarang Adik sihat dan Abang Ash pun sihat.:)

Adik semakin hari semakin pandai.. setiap masa belajar sesuatu. Daripada tak pandai meniarap, kini boleh dikatakan sudah “expert”. Sekarang tengah belajar tonggek buntut.dah lebih tinggi dari kepala.. kaki pula sudah boleh bengkok kan.. cuma belum maju ke dapan. Mungkin sikit masa lagi, adik dah boleh merangkak. Cayok cayok cayok Badik!!!.

Dari tak boleh duduk, kini dan boleh duduk (kekadang kena sandar something dekat belakang). Adik dah boleh duduk dalam kereta bulat (berkat kereta bulat Abang Ash dulu). Dari asyik mengundur ke belakang, sekarang adik dah pandai mundar mandir. Pergi ajerlah ke mana dia nak pergi. Fav place Adik.. hmm kitchen Mama. Sudah pandai tarik2 kuali. Papa selalu cakap, ” rajin2 lah ke dapur ye Badik.. biar rajin masak.. pandai masak.. jangan jadi macam —– kamu!!!”. Sabar ajelah.

Semenjak Adik pandai duduk dalam kereta bulat tuh, senang sikit kerja Mama. Nak masak, nak mandi, nak mengemas.. janji ada benda yang adik boleh main, yang lain pasti bereh.

Adik makan nestum pelbagai rasa. Especially keluaran Nestle. Orang duduk sibuk suruh boikot product ni, tapi aku still beli. Bukan apa mendealah ni yang Adik suka makan. Kalau tak kasi makan kang.. jadi jekeding lak badannya macam Mok su dia.. asyik makan ikan bilis goreng jer.. itu pasal badan jadi macam ikan bilis.. kecik2!!! huhu

Adik sudah ada ‘nickname’. Bukan panggilan manja.. saja. ‘Adik Si Pemakan Kertas’. Pantang dapat kertas, buku, magazine, news paper… pasti semua tuh jadi mangsa Adik.. uish uish sabar ajerlah.

Arisha 7 Bulan 2

Alhamdulillah. Diam tak diam Adik dah 7 bulan. Bulan ini Adik tak ada injection. Tunggu umur Adik setahun bulan 6 nanti. Hmm sekarang adik dah pandai apa ye? hehe antaranya..

1) di tangga teratas.. sudah pasti “menangis”. Bila lapar, tak selesa (berak ke kembung ke sakit ke..), pandang muka orang yang tidak dikenali (kalau pegang dia, lagi dasyat nangisnya)

2) Pandai main. Especially dengan Abangnya tuh..hmm kekadang nangis gak tu sebab kena ‘pok’ ngan Abang Ash.

3) Duduk tegak. Janji ada macam2 mainan depan dia. (yang jarang tengok, kalau yang biasa..tak nak..jemu kot). Duduk ni time depan tv ajer. Pandai dah nengok tv nih.

4) Pegang botol dengan sendirinya time minum susu dan makan nestum. Kekadang nak dipegang juga ni macam princess..

5) Meniarap. So far expert mengiring ke kiri. Ke kanan masih terkial2. Lepas dah berjaya meniarap, sesi siput pulak.. bergerak mengundur belakang.

6) Pandai cakap ‘mamama’.. ntah panggil ‘Mama’ ke memang nangis dia sebut macam tuh. konfius gak ni.

7) Sangat happy bila bawa gi jalan2 naik kereta. Like brother like sister ler….



Blog Widget by LinkWithin

.:: Aku Seorang Isteri & Ibu ::. is powered by WordPress