Category Kelahiran

Bungkusan2 Yang Menceriakan Hariku 4

Alhamdulillah,

Pagi ni ada 3 orang Encik Posmen datang hantar barang. First.. pos ekspress ada dua sampul. Isinya

dari eT

Terima Kasih daun keladi. Nanti bagi lagi.. hehe. Katanya nak datang rumah, nak pos sendiri hadiah harijadi Asid yang lepas. Tak sempat sebab dia dah deliver baby boy pada 9 April yang lepas. Tahniah buat eT sekeluarga. Penantian berakhir!

Sampul ke dua pula dari kawan maya facebook.. Kak Maria. Kenal2 sebab mempunyai hobi yang sama iaitu mengumpul FM. Kak Maria ni pembeli dan pejual FM. Sume hebat2 koleksinya berbanding Asid ni.. huhu. Asid ni pengumpul FM yang biasa2 jerk, yang budget di beli, kengkawan yang baik hati kasi dan menang beberapa FM dari giveaway/contest.

 

FM Korea

Harganya?? biarlah rahsia

Pastu, Encik Posmen dari Poslaju hantar bungkusan comel pulak.

 

Bedak Ronasutra

Dari ISMI

3 Kotak Bedak Ronasutra yang Asid menang dari Giveaway Raih Undi Ismi pun dah sampai. alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kepada penganjur. Ada 3 jenis tuh iaitu Sawo Yellow, Natural Buff dan Honey. Tak tahulah yang 3 ini sesuai ke tidak dengan kulit muka Asid. Sebab asid guna cream peach. Kalau tak sesuai, Asid bagilah sesiapa.. :)

Lastly Encik Posmen dari poslaju juga datang, hantar borang poslaju yang dah kehabisan. Alhamdulillah penjualan Jersy Selangor 2011/2012 ni berjalan lancar. Kalau yang belum order tuh, meh jeling2 di sini.. klik gambar di bawah

 

 

 

Kesan Pengambilan Pil Perancang 1

1. Pengambilan dalam tempoh lama sebabkan haid sikit dan berhenti

Semua pil perancang keluarga seperti Regividon boleh menyebabkan haid menjadi pendek, sedikit dan lama kelamaan haid boleh berhenti. Ini disebabkan pil hormon ini menghalang ovari daripada aktif terutama bagi tujuan ovulasi.
Setiap bulan ovulasi perlu terjadi untuk haid yang normal iaitu lima hingga tujuh hari, jumlahnya 30 mililiter setiap haid dan ia berlaku setiap 28 hari. Apabila ovulasi terhalang, menyebabkan dinding rahim/emdometrium menjadi nipis.

Lagi lama seseorang itu mengambil pil berkenaan, maka semakin nipis dinding itu yang menyebabkan haid boleh terus terhenti. Haid yang berlaku ketika pengambilan pil perancang keluarga adalah kerana hormon estrogen dan ‘levonorgestril’ yang ada di dalam pil itu.

Bagaimanapun, ia tidak perlu dirisaukan ini kerana ia bukannya penyakit dan akan kembali normal selepas berhenti mengambil pil hormon berkenaan. Tetapi ia mengambil masa yang lama untuk ovari kembali pulih seperti biasa.

Diingatkan bahawa pengambilan pil perancang keluarga tanpa pemantauan doktor adalah tidak digalakkan kerana ia dikaitkan dengan peningkatan kecil kanser pintu rahim dan payu dara. Oleh kerana itu , Doktor menyarankan supaya melakukan saringan ujian lumuran pap untuk kanser pintu rahim dan mamogram untuk kanser payudara. Ada juga kebaikannya apabila mengambil pil ini iaitu ia boleh mencegah kanser ovari dan rahim.

Sumber : Berita Harian (Dr Suhaimi Isa, Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pantai Ampang.

2. Tekanan Darah Tinggi (Hypertension)

Seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak digalakkan mengambil hormon tidak kira untuk merancang keluarga atau selepas menopaus. Pil perancang keluarga mempunyai hormon. Oleh itu, seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak boleh langsung mengambil pil perancang tetapi kalau ada alternatif lain yang tidak menggunakan hormon adalah digalakkan.

Ada beberapa cara yang tidak menggunakan hormon iaitu alat dalam rahim/IUCD, mengikat saluran peranakan dan kondom. Di antara tiga ini Doktor mengesyorkan mengikat saluran peranakan kepada ibu-ibu yang juga pesakit darah tinggi dan sudah mempunyai ramai orang anak. Mak cik Asid dah ikat, tekanan darah dia memang tinggi, hari2 kena makan ubat, pulak tuh anaknya empat2 ceaser.

Sumber : Berita Harian (Dr Suhaimi Isa, Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pantai Ampang.

akan bersambung..

Mari sihatkan diri seluruhnya dengan mengamalkan petua2 kesihatan

Tak Boleh Tidur Lena? 0

Ramai ibu bapa yang tidak boleh tidur lena di malam hari kerana anak sering menangis. Perlu diketahui bayi yang baru lahir masih belum dapat membezakan malam dan siang. Mereka cuma tahu apabila mereka perlukan sesuatu mereka akan menangis. Bayi yang baru lahir juga perlu disusukan dengan lebih kerap sama ada pada waktu siang atau malam bagi memenuhi keperluan mereka.

Tahukah anda, bayi baru lahir mempunyai perut sebesar sebiji kacang peas? Sebab itulah bayi minum sedikit tetapi kerap. Perut yang kecil itu menyebabkan susu dihadam dengan cepat tetapi tidak dapat menampung susu yang banyak dalam satu masa.

Walau bagaimanapun perkara ini tidak akan berpanjangan sekiranya anda dapat melatih bayi anda. Sebagai contoh, pada waktu malam pasang lampu kecil, cipta suasana yang suram atau susukan sambil baring. Manakala pada waktu siang biarkan suasana cerah, cuba bermain dan bercakap dengan bayi apabila dia membuka mata. Ini akan memperkenalkan bayi dengan malam dan siang.

Lama-kelamaan bayi akan semakin faham dan akan tidur lebih lama pada waktu malam dan lebih banyak berjaga pada waktu siang. Hargailah masa yang sekejap ini kerana anda tentunya akan merindui saat itu. Sentiasa tanamkan fikiran yang positif. Semoga keluarga yang dibina juga akan turut menjadi positif.

Kenapa Bayi Menangis 0

Lapar bukan satu-satunya masalah yang menyebabkan bayi menangis, ada pelbagai sebab yang lain seperti penat, kembung perut, tidak selesa, perlu sendawa dan beberapa sebab lagi.

Seorang ibu mendakwa bahawa beliau boleh berkomunikasi dengan bayinya dan faham apa kehendak-kehendak si comel bila mereka menangis. Pendek kata, beliau boleh faham ‘bahasa bayi’. Dengan meneliti bunyi tangisan bayi, beliau boleh bezakan sama ada bayi tersebut, penat, letih, tidak selesa, perlu sendawa atau sebab-sebab lain.

Tangisan bayi bukanlah satu bunyi yang dihasilkan secara rawak, tetapi ia adalah satu bentuk komunikasi
oleh bayi bagi menyampaikan keinginan mereka. Tangisan adalah merupakan ‘bahasa universal’ bagi bayi. Buktinya,
teknik ini telah diaplikasikan oleh lebih dari 1000 bayi dari 30+ bangsa seluruh dunia.

untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tangisan bayi anda, dapat Rahsia Tangisan Bayi dengan klik sini

Rahsia Tangisan Bayi 0

Apabila seseorang stress, otak memproduksi lebih banyak hormon yang dikenal dengan Cortisol. Akhbar UK Guardian melaporkan, pakar sains menjumpai kandungan hormon cortisol atau lebih dikenali sebagai hormon stress yang tinggi di dalam kandungan air liur bayi yang sering dibiarkan menangis. Pelbagai kesan telah dikenal pasti sekiranya perkara ini berlaku iaitu :
1. Sering lupa dan boleh menjadi gila sekiranya semakin parah.
2. Dr. Allan Schore dari UCLA School of Medicine membuktikan bahawa hormon ini merosakkan sambungan saraf yang berfungsi membentuk otak bayi.
3. Kajian Dr. Bruce Perry di Baylor University mendapati apabila otak bayi menerima stimulasi berlebihan terhadap stress dan apabila otak yang menerima input fizikal dan emosi diabaikan (iaitu dengan membiarkan bayi menangis sendirian berulang kali), bayi berpotensi menghadapi Attention Deficit Hyperactive Disorder(ADHD) 10 kali ganda berbanding bayi biasa.
(lebih lanjut tentang ADHD dalam ebook Rahsia Tangisan Bayi)
4. Kajian juga mendapati kesihatan intelektual dan sosial bayi tidak berkembang dengan sihat.
5. Ahli neurobiology pula mendapati hormon ini dapat mempengaruhi perkembangan IQ dan EQ bayi.
6. Dr. Rao dan rakan-rakannya di National Institutes of Health membuktikan bayi yang menangis berpanjangan bukan disebabkan kolik di dalam 3 bulan pertama, mempunyai tahap IQ 9 mata kurang berbanding kanak-kanak lain pada usia 5 tahun. Mereka juga mempunyai tahap perkembangan sistem motor yang lemah.
baca seterusnya »
Blog Widget by LinkWithin


Fatal error: Call to undefined function footer() in /home/asida/public_html/wp-content/themes/FREEmium/footer.php on line 22