Deco2 Sama IKEA

Assalamualaikum,

Sabtu minggu lepas, pergi jalan2 dan shopping dekat IKEA. Niatnya cuma satu, nak cari MAGNET BOARD untuk fridge magnet Asid yang hampir memenuhi pintu fridge. Pembelian board ni haruslah disegera.. sebab beberapa hari sebelum tuh ada member dalam KELAB FM MALAYSIA ada share artikel pasal fridge magnet. Tapi takkan beli tu je kan? rembet ler mendealah lain sama.. syok je jari jemari mencapai pe yang berkenan di hati.. haha sib baik green light dari papa, katanya duit shopping ke Sabah tempoh hari still ada balance.. yahooo.. hehe alhamdulillah.

Thanks Papa. 🙂

Info details kat sini >>Refrigerator How Things Work

Selamat dah digantung! 🙂

Tengok Bola ke KK, Sabah

Assalamualaikum,

Last week, Papa dengan kengkawan dan ahli penyokong Bola Sepak Selangor turun ke Kota Kinabalu, Sabah.

Nasib baik, rombongan mereka ke sana membuahkan hasil dengan memperolehi kemenangan ke atas Sabah 1:0.

Berita Selangor Vs Sabah >> Terima Kasih Syafiq!

Dari muka buku  Otai

Model tetap tshirt sabah, asyik2 nak pakai baju tu aje. Sabar jelah Adik ni.

Bungkusan2 Yang Menceriakan Hariku

Alhamdulillah,

Pagi ni ada 3 orang Encik Posmen datang hantar barang. First.. pos ekspress ada dua sampul. Isinya

dari eT

Terima Kasih daun keladi. Nanti bagi lagi.. hehe. Katanya nak datang rumah, nak pos sendiri hadiah harijadi Asid yang lepas. Tak sempat sebab dia dah deliver baby boy pada 9 April yang lepas. Tahniah buat eT sekeluarga. Penantian berakhir!

Sampul ke dua pula dari kawan maya facebook.. Kak Maria. Kenal2 sebab mempunyai hobi yang sama iaitu mengumpul FM. Kak Maria ni pembeli dan pejual FM. Sume hebat2 koleksinya berbanding Asid ni.. huhu. Asid ni pengumpul FM yang biasa2 jerk, yang budget di beli, kengkawan yang baik hati kasi dan menang beberapa FM dari giveaway/contest.

 

FM Korea

Harganya?? biarlah rahsia

Pastu, Encik Posmen dari Poslaju hantar bungkusan comel pulak.

 

Bedak Ronasutra

Dari ISMI

3 Kotak Bedak Ronasutra yang Asid menang dari Giveaway Raih Undi Ismi pun dah sampai. alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kepada penganjur. Ada 3 jenis tuh iaitu Sawo Yellow, Natural Buff dan Honey. Tak tahulah yang 3 ini sesuai ke tidak dengan kulit muka Asid. Sebab asid guna cream peach. Kalau tak sesuai, Asid bagilah sesiapa.. 🙂

Lastly Encik Posmen dari poslaju juga datang, hantar borang poslaju yang dah kehabisan. Alhamdulillah penjualan Jersy Selangor 2011/2012 ni berjalan lancar. Kalau yang belum order tuh, meh jeling2 di sini.. klik gambar di bawah