Tag pemakanan

Pemakanan Ibu Hamil 3 5

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielak untuk mengelak dari kesan sampingan ketika hamil.

Makanan Mentah

Anda gemarkan makanan mentah seperti sushi? Jauhi makanan ini sementara waktu. Pengambilan makanan mentah atau separa masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti:

1. Toxoplasmosis

Penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah dan sayuran yang tidak dicuci sempurna. Ia boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius pada bayi

2. Cirit-birit

Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit-birit yang anda alami secara langsung akan memudaratkan bayi sekiranya tidak dirawat segera

3. Jangkitan cacing

Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Ia tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetapi cacing akan memakan segala zat yang diperlukan bayi

4. Keguguran, kelahiran pra-matang dan keracunan

Salah satu penyebabnya ialah berpunca daripada bakteria listeria yang banyak terkandung di dalam keju yang tidak dipasteur dengan baik

baca seterusnya »

Pemakanan Ibu Hamil 2 0

KEHAMILAN adalah detik yang istimewa bagi insan bergelar ibu. Jadi, usahlah sia-siakannya dengan mengabaikan pemakanan sepanjang tempoh kehamilan. Ketahuilah enam perkara berikut bagi kesejahteraan janin yang dikandung.

  1. Bagi wanita hamil, amalan pemakanan sihat amat penting. Ia mempergaruhi sumbangan kepada perkembangan dan tumbesaran janin. Oleh itu, demi cahaya mata yang bakal lahir, sentiasa pastikan kalori yang diambil datang daripada makanan yang bernutrisi.
  2. Sayur-sayuran, buah-buahan, gandum dan produk susu rendah lemak adalah antara sumber diet yang seimbang. Pastikan ianya sentiasa terkandung dalam pemakanan anda setiap hari.
  3. Janin di dalam rahim memerlukan bakalan kalsium yang tinggi sepanjang tempoh kehamilan. Oleh itu, si ibu perlu memenuhi tuntutan tersebut harus berusaha untuk meningkatkan pegambilan kalsiumnya. Antara sumbernya ialah susu, yogurt, soya, bayam dan badam.
  4. Zat besi penting bagi kalangan wanita hamil selain mustahak untuk perkembangan janin lantaran fungsinya dalam penghasilan hemoglobin. Tanpa hemoglobin yang mencukupi, tubuh gagal menghasilkan sel darah merah dalam jumlah yang memadai. Umumnya, zat besi mudah didapati dalam telur, daging, salmon dan buah-buahan kering.
  5. Banyakkan makanan berprotein kerana ia amat diperlukan demi kesihatan dan perkembangan otak. Selain itu, ia juga untuk pembentukan tisu bayi. Umumnya wanita hamil memerlukan 60-80gram protein setiap hari menerusi pemgambilan susu, keju dan tauhu.
  6. Pengambilan diet dari sumber ikan dan makanan laut sememangnya baik untuk wanita hamil dan bayi dan kandungan. Lemak omega-3 yang terdapat dalam ikan bagus untuk perkembangan otak.

Gizi Seimbang Untuk Wanita Hamil

(Seri Dewi & Keluarga, Mei 2009)

Pemakanan Ibu Hamil 0

Pemakanan yang sihat untuk anda berdua

Protein

Penting untuk membina tisu dalam badan. Tumbesaran bayi, uri, rahim,tisu payudara, perkembangan otak janin dan bekalan darah bergantung kepada bekalan protein yang cukup. Sumber protein yang utama ialah susu, daging, ikan, telur dan kekacang. Asid amino adalah unit asas untuk protein. Asid amino perlu adalah asid amino yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dan perlu diambil dari diet. Anda digalakkan mengambil protein yang kurang lemak.

Iron (Zat Besi)

Penting untuk menghasilkan darah. Ia merupakan bahan terpenting dalam penghasilan hemoglobin yang membawa oksigen disekeliling tubuh.  Sumber ini amat perlu bagi menghindar diri daripada anemia. Bekalan darah anda semakin bertambah semasa hamil, membuatkan keperluan zat besi semakin bertambah. Hati, daging, ginjal, ayam dan ikan adalah sumber zat besi yang terbaik. Hati juga kaya dengan vitamin A. Pengambilan vitamin A berlebihan boleh memudaratkan bayi. Mengambil makanan yang tinggi vitamin C seperti betik atau segelas jus buah-buahan akan menolong penyerapan zat besi.Makanlah lebih banyak sayuran hijau, buah-buahan kering (prun, kurma atau kismis hitam), daging, ikan salmon, telur kuning dan hati.

MAKAN UNTUK DUA?

Benar! Wanita hamil perlu makan dua kali lebih banyak daripada wanita biasa. Ia tertakluk kepada KUALITI dan bukannya KUANTITI. Meskipun nafsu makan ketika hamil meningkat, pastikan anda tetap berpegang pada pola makanan yang seimbang.

Calsium (Kalsium)

Bayi memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi janin serta melindungi anda daripada osteoporosis dan gigi rapuh. Anda dan bayi anda memerlukan mineral untuk mengekakalkan kekuatan gigi dan tulang, pembekuan darah yang normal, serta fungsi-fungsi otot-otot dan saraf. Susu dan makanan tenusu ialah sumber diet yang baik bagi kalsium kerana susu kaya dengan vitamin, paras karbohidrat dalam susu iaitu laktosa dan vitamin D yang tinggi menambah kadar penyerapan kalsium dalam tubuh. Ambillah sekurang-kurangnya 4 gelas susu sehari untuk memperoleh bekalan kalsium yang mencukupi.

Folic Acid (Asid Folik)

Asid Folik, sejenis vitamin B amat diperlukan untuk pembentukan sel2 daraah merah dan sel baru dalam badan. Kekurangannya akan menyebabkan anaemia dan bayi mendapat spina bifida (cacat saraf tunjang) dan menganggu pembentukan otak. Asid folik terdapat dalam makanan seperti hati, ginjal, sayur2an berdaun hijau, kacang,bijirin penuh,oren dan pati ragi.

Essential Fatty Acids(Asid lemak tepu)

Asid lemak ialah unit asas untuk lemak. Asid lemak tepu adalah asid lemak yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dan perlu diambil dari makanan. Asid lemak ini ialah Asid Linolik (LA) dan Asid Alfa-linolenik (ALA). LA dan ALA amat penting kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sel2 baru yang terbentuk dengan pantas.

LA diproses dalam badan menjadi Arakidonik (AA) dan ALA menjadi Asid Dokosaheksanoik (DHA). AA dan DHA penting untuk tumbesaran normal dan perkembangan otak bayi. Banyak kajian mendapati bayi2 yang ibu2 mereka makan banyak “ikan berminyak” seperti salmon, tuna, sardin, makeral, dan ikan kod mempunyai kandungan DHA yang lebih tinggi.

Karbohidrat

Penting bagi menghasilkan tenaga. Ia perlu diambil dalam jumlah yang sederhana. Makanlah pelbagai jenis sumber makanan karbohidrat kompleks yang membekalkan vitamin, mineral dan serat seperti roti, mi, kekacang, sayuran berkanji (kentang), pasta, dan karbohidrat ringkas seperti buah-buahan, susu, sayur-sayuran dan produk tenusu. Kukurangannya boleh menyebabkan anda mengalami kelesuan dan keletihan apatah lagi ketika sarat mengandung.

Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Kedua-dua jenis makanan ini sangat kaya dengan serat. Pengambilannya dengan seimbang dapat membantu anda mengelakkan diri daripada masalah sembelit yang kebiasaannya terjadi pada ibu hamil. Malah kandungan vitaminnya dapat membantu penyerapan zat besi. Namun, elakkan daripada memilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang dikategorikan sebagai “sejuk” dan “tajam”.

Air

Pengambilan sumber air tidak kiralah air kosong, susu, sup atau sebagainya perlulah dalam anggaran sembilan gelas sehari. Akan tetapi tambahkan jumlahnya jika cuaca panas. Air sangat penting bagi mengelakkan anda mengalami dehidrasi dan pendangan kabur untuk tempoh tertentu.

Vitamin B Kompleks

Sumber ini berguna untuk menjaga sistem saraf, otot dan jantung agar dapat berfungsi dengan normal. Boleh didapati di dalamm biji-bijian, kekacang, telur, sayuran hijau dan produk tenusu.

Vitamin D

Untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi anda. Boleh didapati pada minyak hati ikan, kuning telur dan susu.

Vitamin E

Untuk membentuk sel darah merah yang sihat, makanlah gandum, kekacang dan sayuran hijau.

Amalan Pemakanan Ibu Mengandung 113

Tips pemakanan untuk ibu mengandung:

  • Jauhi makanan dan minuman haram.

Antara kesan memakan dan meminum benda yang haram berdasarkan kajian ahli sufi ialah:

  • Jiwa menjadi kotor, terganggu ketenangan jiwa, gelisah dan tidak tenteram.
  • Berat untuk melakukan ibadah.
  • Hati menjadi keras, suka dengki, degil, suka membantah dan bersifat kasar.
  • Hati berat untuk menerima kebenaran
  • Susah melahirkan anak.

Antara kesan memakan dan meminum benda yang haram berdasarkan kajian pakar ilmu jiwa ialah:

  • Anak anak akan cenderung mencuri.
  • Anak anak pun akan cenderung makan dan minum benda yang haram juga.
  • Anak anak akan cenderung membuat kerosakan dan pemberontakan.
  • Anak-anak cenderung kepada perkara yang tidak bermoral.

Menjaga dari makan minum yang syubhat, iaitu makanan yang tidak confirm halal dan haramnya, kerana yang tidak pasti itu lebih menghampiri kepada haram.
Jangan makan berlebihan dan sembarangan.
Makan makanan yang cukup zat dan vitamin.
Antara makanan harian yang mengandungi zat dan vitamin yang penting untuk ibu ibu yang mengandung ialah:

  • Zat Besi
  • Kalsium
  • Protin
  • Mineral
  • Vitamin A
  • Vitamin B Kompleks
  • Vitamin C
  • Vitamin D
  • Vitamin E

—–>> Petikan http://www.mengandung.com

Blog Widget by LinkWithin


Fatal error: Call to undefined function footer() in /home/asida/public_html/wp-content/themes/FREEmium/footer.php on line 22