Alhamdulillah. Tahun ini bertemu lagi Ramadhan dan kemudiannya Syawal. Tahun ini beraya di Ulu Klang dahulu. Raya kali ini rasa berbeza. Kalau dulu ada Arwah nenek… sekarang tiada. Sedey itu memang sedey, tapi jangan kita sedey sangat kerana setiap yang hidup.. pasti akan mati. Kita tidak boleh menidakkannya, takut2 dikira sebagai tidak menerima Qadaq & Qadar Allah.
Macam biasa, bila raya di KL ini… malam nya tidur di hotel di Banting sebab beraya ke rumah saudara. Budak2 ini memang suka sangat sebab tidur hotel. Boleh mandi kolam :). Raya kedua baru balik ke Chini..
Pertama sekali, hati sedih mengenangkan Ramadhan yang baru berlalu.. ntah tahun depan bertemu lagi ke tidak. Semoga di limpahi nikmat Allah dan bertemu Ramadhan di tahun hadapan pula amin.
Kedua, rasa gembira menyambut Hari Raya 2012 bersama keluarga tersayang. Insya-Allah Ramadhan dan Syawal tahun ini lebih baik dari tahun yang sudah. ‘Lebih Baik’ dari konteks pemikiran dan penambahan taqwa dan iman kepada Nya. Insya-Allah.
Hajat yang utama itu tidak kesampaian. Kita hanya merancang, Dia juga penentu segalanya. Bagaimanapun, Subhanallah tadi malam, sampai juga hajat tersebut. Tak kisahlah dalam bulan Syawal pun, janji tertunai kan? Syukur alhamdulillah.
Tahun ini, Raya pertama di Chini 03, Pahang.. rumah ibunda dan ayahanda Asid. Meriah tetap meriah. Syukur.
Tema color baju raya tahun ini Grey.. Kuih raya pula semua berkat dari tunjuk menunjuk.. kebanyakkan kuih dari yang Asid jual. hehe π
Semalam pergi beraya a.k.a Open House. Kali ini pergi rumah Mak Long di Seksyen 4, Wangsa Maju. Sebelum pergi rumah Mak Long, kami beraya ke rumah Achik di Sri Rampai.
Pertama sekali, Happy Depavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu.
Hari ini juga kami ada Open House di Taman Dagang, Ampang. Rumah Mak Lang. Pergi sana selepas Asar. π balik pula jam 10 malam dengan perut kekenyangan yang sungguh buncit. wakaka rasa macam nak buka zip kain tuh.
Mana tidaknya, aku rasa makanan semua. Tapi sikit-sikitlah kan. kontrol ayu sikit. Mula-mula aku makan kek lapis dan beberapa ketul biskut raya di ruang tamu. Lepas itu, pergi meja makan ambil Mee Sup dan begedil. Minum air. Kemudian makan lemang dua potong.
Kemudian, ambil Arisha. Tidurkan Arisha supaya Papa pula makan. π Lepas itu solat dan sambung balik makan nasi lemak. nyumk nyumk.. sampai balik.
Gambar Arisha saja yang sempat di ambil. Itupun masa boring dalam kereta. Maklumlah dekat Ampang ini, jem selalu. π