Assalamualaikum,
Cute tak gambar blueberry cheese tart ni? Rasanya hmm secute dan sesedap rupanya. Harganya rm1/pcs. Memang sedap.. kalau korang beli dan makan pun, sure tak nyesal. Sebab Asid dah beli.. sodap.. thanks ye Diana. Lenkali boleh order lagi.
Asid beli aje sebab bab kuih2 cam gini memang takde air tangan. Tambahan lagi buat tart leceh sikit kan? Korang pandai tak buat tart macam ni? kalau pandai, sila2 buat demostrasi, siap dengan resepi atau terus aje buat jualan.. hehe boleh Asid try order. Acutrytest..
Thanks
Mana-manalah. Suka hati koranglah hendak panggil ini kek apa ke benda namanya. Hehe janji disini aku hendak cerita yang aku sebenarnya suka sangat makan kek ini start masa study dekat UiTM Jengka dulu. Selepas kena penangan kek masakan si Izan. First time aku rasa kek yang dia buat, aku sudah jatuh cinta. hehe dekat kek dialah.. takkan dekat dia kot. Nanti orang kata aku ‘homo’ lah pula.
Disebabkan itu juga, aku belajar buat kek ini dengan dia. Siap bawa Sifu Izan ke rumah aku di Jengka, 8. Takkan hendak masak dekat Kolej pula, leceh kena minta permission dari diorang.
Anyway kerana kerajinan aku yang sedikit dan adalah bahan-bahannya sikit, aku buatlah kek ini mengikut ajaran sifu aku. Bahan-bahannya seperti diatas. Kuantiti yang di ajarnya.. ikut sesuka hati. Itulah yang tak boleh tahan itu. Ada pula sesuka hati. wei Izan.. ko ajar ajaran sesat dekat aku ye? anyway thanks juga kepada ko sebab pandai jugalah aku buat kek ini. aku jerk perasan sedap.
So, cara-caranya ialah…
Masukkan menjerin/mentega/butter kedalam periuk. Cairkan. Masukkan serbuk coklat, ketulan coklat (cadberi lagi sodap). Kacau sehingga cair. Masukkan susu cair, milo dan kacau sehingga kesemuanya sebati atau hancur.
Masukkan adunan tadi ke dalam mangkuk yang berisi biskut marie original itu. Ratakan agar ke semua biskut diselaputi adunan tadi. baca seterusnya »
Puding lagi.. lagi lagi puding. hehe habis itu? Benda ini yang senang di buat. Maklum sajalah aku ini bukannya rajin nak buat kek-kek atau kueh mueh lain. hehe yang sebetulnya aku ini bukannya pandai buat kek macam Izan itu. Cukuplah jamu anak beranak dengan puding ini saja.
Oleh kerana aku buat Puding Mangga beberapa ketul saja, lepas itu bagi dengan Yaya dan keluarga pagi tadi.. stok puding mangga pun habis. So, dengan pantasnya jam 12 tengahari tadi aku buat Puding Anggur ini. Cara-cara memasaknya sama saja. Cuma airnya hanya kena 1200ml sebab serbuk puding anggur nya pun 450g.


Kebiasaannya aku buat Dadih. Kali ini aku buat Puding Perisa Mangga. Saja lah kan buat pemanis mulut. Aku masak Puding Mangga ini tadi jam 6 petang untuk dessert dinner.
Buat pun sikit. Satu kotak saja. Dapat pun 5 bekas ini sahaja. Apa sebab aku suka buat puding dan dadih ini…. sebabnya Babang Ash suka sangat makan. Oklah kan bagi dia makan, rasanya pun tidak manis sangat.
Dulu biasa beli set 6 puding.. mahal juga kan harganya kalau beli selalu. Jadi, aku kenalah rajin-rajin diri sikit masakkan untuk dia.


Resepi Puding Mangga baca seterusnya »
Jam 11 malam tadi baru sempat buat Dadih Laici. Saja buat untuk bagi orang Shah Alam. Diorang buat open house esok untuk Hulu Klang Family shj. Macam biasa dadih yang simple aku buat. Hajat nak masukkan buah Laici (tin) sekali dalam dadih tuh, hmm sori ajelah ek tak sempat nak hiris kecik2 buah laici itu. Maklumlah selepas bersusah payah tidurkan Arisha. Bila dia dah tidur barulah boleh masak.
Memang kena tunggu Arisha tidur dulu. Kalau ada Papa dia, sure aku suruh Papa dia jaga. Apakan daya Papa pergi Stadium Shah Alam tengok Selangor main bola. Suka sangatlah Papa tuh, malam tadi Selangor menang lagi 3-2 dengan Kuala Muda Naza. Hari Selasa itu hari pun Selangor menang lagi, 3-0 dengan PDRM. Papa pergi tengok juga.
Dadih Laici
1. Sediakan bahan-bahannya seperti 1 tin Susu Cair 400ml, 100g Gula Pasir, dan 1 Paket Dadih (perisa suka hati nak apa!! : Laici, Strawberi, jagung, anggur, oren, durian, coklat dan lain2).
2. Didihkan air 3000ml (3 liter) dalam periuk. Masukkan sekali dengan Susu Cair dan Gula.
3. Apabila air sudah mendidih, padamkan api dapur. Masukkan serbuk dadih. Kacau selama 5 minit.
4. Masukkan kedalam bekas yang bertutup.
5. Masukkan ke dalam peti ais sehingga sejuk. Pastu boleh makan.