Cuti-Cuti Sekolah Jan 2017 Port Diskaun Glory Beach dan Rumah Terbalik

Alhamdulillah, cuti sekolah awal tahun ini kami ke PD lagi. Juga menginap di Glory Beach Resort. Sudah banyak kali menginap disini sebab harganya yang berpatutan, kolam menarik untuk anak-anak mandi-mandi.. dan pastinya beach yang dekat sangat.

Short vacation memang kami lebih gemar ke sini sebab perjalanan tak jauh mana. Cuma kekadang stress sikit sebab jalan sesak dari KL-Shah Alam ke Port Diskaun ini.

Hari pertama sampai, kami ke Rumah Terbalik. Ini pun tak jauh mana dalam 15minit dari pantai Teluk Kemang tu. Bayaran Rm25 dewasa dan Rm15 kanak-kanak.

Selepas itu, pergi Lunch KFC.. then baru check in Glory Beach Resort. Ramai betul orang, cuti sekolah sekali cuti CNY. hehe.. so lepaklah kami sehingga Selasa. Rabu baru anak-anak start sekolah.

Esok Sekolah Bermula Sesi 2017

Alhamdulillah semua dah settle untuk sekolah Kebangsaan dan Agama untuk anak-anak kesayangan saya ini. Baju dah siap iron oleh Papa mereka. Syukur alhamdulillah diatas rezeki ini. Semoga anak-anak rajin menimba ilmu hingga berjaya ke menara gading dan seterusnya berjaya dalam pekerjaan masing2.. di dunia dan di akhirat.

Mama love U alls.. ๐Ÿ™‚

 

Tahniah Buat Anakanda Berdua

Alhamdulillah dan Tahniah buat anakanda berdua. Masuk kelas Bijaksana. Mama doakan juga impian adik nak jadi pegawas macam abang kesampaian. Tapi bukan pegawas pusat sumber, hendak jadi pegawas sekolah lg 2tahun akan berjaya ye. Aamiin.

Raya 2016 8.jpg

Langkah pertama dh lepas iaitu kena masuk kelas pertama baru boleh jadi pegawas.

Langkah kedua, kekal prestasi cemerlang atas kertas dan pandangan mata guru2. Bodek cikgu2 ye. Hehe

All the best darlingย ..

Bagaimanapun, Mama harap sekolah agama nanti pun dapat masuk kelas pertama. Aamiin. Debar juga nak tunggu tu sebab tengok keputusan di kertas periksa masing2 kurang mumtaznya huhu.

14971349_10209235466176029_1300377598_n

^_^