Perancang Kehamilan
Oct 2009 12

Sekarang Arisha sudah 4 bulan, so sudah masanya untuk aku mencari jenis perancang kehamilan ini. hmm hajat dari dulu hendak menggunakan kaedah Implan. Mudah dan cepat. Sekali saja lepas itu sudah tidak payah pening-pening lagi. Lepas itu, dengar pula kengkawan kebanyakkannya mengambil Suntikan saja. Dua atau tiga bulan sekali. Senang, mudah dan murah. Kalau dikira-kira, kos Implan dengan Suntikan itu lebih kurang saja. Kalau Pil Perancang pula, sudah serik. Dulu guna Pil saja. Sikap tidak konsisten aku makan, tidak makan.. akhirnya lekat Arisha. Kali ini kena betul-betul merancangnya. Maklumlah dua-dua aku ceaser. Urat-urat yang beratus-ratus putus itu sah belum sembuh. Masa untuk kembalikan kesihatan badan dan kesihatan ekonomi rumahtangga pula. :) Oleh itu, aku buatlah kajian tentang kaedah-kaedah perancangan kehamilan ini. Kongsikan.

1. Diaphragm

Kaedah ini menggunakan sejenis alat seperti cawan yang mudah lentur. Keberkesannya mampu mencapai 91%. Ianya boleh bertahan sehingga 2 tahun jika digunakan dengan cermat. Namun, penggunaannya boleh meningkatkan jangkitan saluran kencing (URTI), jangkitan kulat dan faraj serta sindrom kejutan toksin. Ada juga wanita yang mengalami alahan terhadap lateks atau getah, selain bengkak ataupun radang serviks.

Pasti aku tidak mahu menggunakan kaedah ini. Takut….

2. Intrauterine Device (IUD)

Kaedah yang paling digemari. Terdapat dalam bentuk T bersaiz kecil dan bertali halus di hujungnya. Ia selamat digunakan dalam 3 tahun. Ia tidak mengganggu hormon prolaktin sekaligus boleh menyusukan bayi tanpa takut kekeringan susu. Kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah kekejangan, sakit belakang dan haid yang banyak.

Kawan kakak Asid guna kaedah ini. Memang berkesan. Pastuh beberapa bulan tanggalkan, tup2 dapat baby. Sekarang dalam pantang. Oklah jarang anaknya sebelum ini 6 tahun.. hehe :)

3. Implan

Sejenis hormon terkandung dalam tiub kecil yang mengandungi hormon progestron dan perlu diselitkan di bawah kulit bahagian lengan. Keberkesannya sehingga 99%. Selamat bagi yang menyusukan bayi kerana tidak mengganggu peranan hormon prolakin. Kesan sampingannya termasuklah haid tidak tetap, haid terlalu sedikit, keguguran rambut, kurang minat dengan seks, penambahan berat badan dan sakit kepala.

Bunyinya macam bagus kan. Ada yang kata kosnya RM500 hingga RM700 (swasta). Untuk 2 tahun. Kalau dikira dengan kos Suntikan, lebih kurang saja (bak kata Izan). Memang asid hendak guna kaedah ini, tapi takut pula kena operate sikit dekat lengan. huhuhu

4. Kondom

Sejenis sarung daripada getah lembut dan perlu disarungkan pada zakar setiap kali sebelum melakukan persetubuhan. Keberkesanannya antara 80% hingga 90%. Ia akan jadi lebih efektif jika digunakan bersama Spermisid. Kelemahannya ialah masalah kebocoran atau air mani keluar terlebih dahulu sebelum suami menyarungkan alat ini. Malah, ada wanita yang alah kepada lateks yang terkandung dalam kondom berkenaan.

Masih dalam kategori bahaya kalau terbocor. Make sure yang berjenama sikit supaya lebih selamat. Bukan cap ayam punya. [..]

Anda Mungkin Meminati:

Pil Perancang Yasmin
Oct 2010 04

Dari Perancang Kehamilan

6. Pil Perancang

Amat efektif dan kesannya boleh berbalik iaitu kesuburan akan kembali sedia kala apabila dihentikan. Ia sesuai untuk semua peringkat umur. Terbahagi kepada dua jenis. Satu daripadanya mengandungi hormon sintetik estrogen dan progestin yang menyerupai hormon yang dikeluarkan oleh badan. Satu lagi jenis pil yang hanya mengandungi hormon progestin. Pil ini kurang efektif dan hanya sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif. Ia juga sesuai untuk wanita yang alah kepada estrogen. Pengunaannya dipercayai mampu mencegah barah ovari dan endometrium; anemia, senggugut dan haid tidak teratur. Jarang menimbulkan kesan sampingan. Kalau hendak guna kaedah ini, sikap konsisten amat penting. Makan pil pada waktu yang sama setiap hari selama 21 hari. Kemudian, berhenti selama 7 hari bagi melengkapkan kitaran 28 hari.

Sebelum ini, Asid guna kaedah injection 3 bulan sekali guna Depocon.. senang kan 3 bulan tak payah fikir pasal nak makan ubat. Senang tu memang senang, tapi ada masalahnya. Jerawat di muka naik mendadak, besar2 pula, hormon tak stabil giler, asyik nak marah aje. Berat badan pun dah naik (konpomlah naik kalau makan perancang nih!).

So, di sebabkan masalah ini, Asid pergi LKPPN Seksyen 16 ( sebelah rumah sewa masa bujang2 dulu) mintak advice tentang jenis2 perancang. Semualah dia cerita satu persatu, nak huraikan panjang sangat. Ingat nak implan je senang, kos kat sana dalam RM 300 something untuk 3 tahun (oklah tu kan tak mahal sgt), tapi katanya kesannya nanti maybe akan sama dengan injection yg aku ambil. Walaupun implan bukan Depocon pun, maybe sama kesannya. Rugi pula kalau tiba2 nak keluarkan sebelum 3 tahun.

hmm makin peninglah jadinya. Nak cuba2 pelbagai pil yang ada ni pun masalah juga sebab muka Asid dah bertambah baik semenjak tinggalkan injection tuh.

Akhirnya buat keputusan, kembali ke PIL PERANCANG YASMIN. Yang terbaik antara yang baik. Maybe korang pun tahun kelebihannya. Asid bagitahu yang mana Asid ingat, Pil ini tidak mengemukkan, hormon tidak terganggu dan boleh mencantikkan kulit. Kesan buruk pula, menyebabkan proses pembekuan darah lambat sedikit. Kalau ada luka ke, lambat sikit darah nak berhenti. Dulu, Dr pakar Asid tak suggest guna pil ini walaupun ia terbaik sebab darah lambat beku tu lah. Yelah kan, Asid dulu dia yang operate so dia tahulah mengenai keadaan Asid. Apapun Asid berserah kepada Yang Maha Esa. Kalau nak baby nanti kenalah makan makanan yang banyak menambahkan kualiti dan kuantiti darah. hehe

Pil ini bagus tapi harganya yang tak bagus..MAHAL!!. Dekat Shah Alam ini Asid baru jumpa satu tempat yang jual, iaitu Hospital SALAM, rm 72.50. Namanya dah swasta.. sume mahal kan. 3 tahun lepas, senang Guardian kecik kat KL itu ada jual. hmm pastu diorang tutup.. susah nak dapatkan stok lagi. Ada sesiapa yang tahu mana lagi nak dapatkan pil perancang ini?? Kalau ada, beritahu Asid okay. thanks

lagi info berkaitan: Cara Mengambil Pil Perancang

Komen dari Majalah Pa&Ma,
yup,saya pernah bekerja di klinik..bdasarkan pglaman n ilmu yang doktor pernah beri pada saya,yasmin is the best among pil perancang sebab ia takkan memberi apa-apa sangat kesan buruk pada tubuh badan,susu, malah.. yasmin juga berfungsi melincin kan kulit( terutama yang berjerawat n berjeragat)..menegembalikan tubuh badan kita pada bentuk asal..(takdelah terlalu kurus)..cuma ia mahal sikit sekitar rm40( di klinik) n rm38 di farmasi.. jika anda masih muda,masih galakn makan pil perancang berbanding injection.. kesan penggunaan keduanya tidak sama.. mesti cari kesesuaian dalam penggunaan pil perancang,kesan pada setiap individu tidak sama..yup,dulu kerajaan bagi saya pil regividon (peercuma la katakan)..tapi berat badan saya bertambah2..among 10 kilo,sampai orang tegur saya mengandung lagi ker?tidak menyalahkan pil peracang,tetapi pil perancang mengawal hormon kita,termasuk hormon nafsu makan ap sahaja.. alhamdulillah, setelah menggunakan novynette(nasihat ibu saya yang menggunakannya) berat badan saya kembali maintain.. takdelah mendadak naik.. cari nasihat yang terbaik untuk penggunaan pil perancang..n makan ikut schedule yerr

 

p/s: Sekarang asid tak amik pil perancang mana-mana hanya menggunakan kaedah lain. Rasa lebih mudah kot. Umur dah masuk 30 tahun ni, sedang pikir bila nak tambah sorang lagi.. mesti best :)

Baru-baru ini Asid ada terbaca ada dua jenis pil perancang yg sering menyebabkan pendarahan bila mana diambil dalam tempoh masa yang lama. Salah satunya Yasmin ni. Lupa pula dari blog mana yang pasti ia dari seorang Doktor. Insya-Allah kalau asid jumpa lagi, asid sertakan linknya di sini. All the best semuanya.

Kita hanya boleh merancang, tetapi yang terbaik perancangan adalah dariNya.

Anda Mungkin Meminati:

Dec 2010 03

Kali ini kali ke2 kami pergi ke Empire Shopping Gallery di Subang Jaya ni. Tujuan utamanya cari PIL wajib tuh. Apalagi Pil Yasmin di Farmasi Caring.

Dinner sekali dekat Sisters Crispy Popiah di tengah2 lorong area Food Court sana. Yang ini aje yang aku nampak ada banner tanda HALAL. Penting tuh. Maklumlah gerai sebelah ni Cina punya, sah2 x de LOGO Halal dan Cina yang prepare, tapi menyedihkan.. ramai Melayu yang makan.

Dekat SCP ini ada Set Bubur Ayam yang best. Walaupun aku tak suka sangat bubur ayam, cukuplah diorang suka makan, espc anak2 aku ni. Dan bagi aku cukuplah aje makan Popiah yang best ni (gambar spt yg di atas). :)

Anda Mungkin Meminati:

Kesan Pengambilan Pil Perancang
Mar 2011 08

1. Pengambilan dalam tempoh lama sebabkan haid sikit dan berhenti

Semua pil perancang keluarga seperti Regividon boleh menyebabkan haid menjadi pendek, sedikit dan lama kelamaan haid boleh berhenti. Ini disebabkan pil hormon ini menghalang ovari daripada aktif terutama bagi tujuan ovulasi.
Setiap bulan ovulasi perlu terjadi untuk haid yang normal iaitu lima hingga tujuh hari, jumlahnya 30 mililiter setiap haid dan ia berlaku setiap 28 hari. Apabila ovulasi terhalang, menyebabkan dinding rahim/emdometrium menjadi nipis.

Lagi lama seseorang itu mengambil pil berkenaan, maka semakin nipis dinding itu yang menyebabkan haid boleh terus terhenti. Haid yang berlaku ketika pengambilan pil perancang keluarga adalah kerana hormon estrogen dan ‘levonorgestril’ yang ada di dalam pil itu.

Bagaimanapun, ia tidak perlu dirisaukan ini kerana ia bukannya penyakit dan akan kembali normal selepas berhenti mengambil pil hormon berkenaan. Tetapi ia mengambil masa yang lama untuk ovari kembali pulih seperti biasa.

Diingatkan bahawa pengambilan pil perancang keluarga tanpa pemantauan doktor adalah tidak digalakkan kerana ia dikaitkan dengan peningkatan kecil kanser pintu rahim dan payu dara. Oleh kerana itu , Doktor menyarankan supaya melakukan saringan ujian lumuran pap untuk kanser pintu rahim dan mamogram untuk kanser payudara. Ada juga kebaikannya apabila mengambil pil ini iaitu ia boleh mencegah kanser ovari dan rahim.

Sumber : Berita Harian (Dr Suhaimi Isa, Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pantai Ampang.

2. Tekanan Darah Tinggi (Hypertension)

Seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak digalakkan mengambil hormon tidak kira untuk merancang keluarga atau selepas menopaus. Pil perancang keluarga mempunyai hormon. Oleh itu, seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak boleh langsung mengambil pil perancang tetapi kalau ada alternatif lain yang tidak menggunakan hormon adalah digalakkan.

Ada beberapa cara yang tidak menggunakan hormon iaitu alat dalam rahim/IUCD, mengikat saluran peranakan dan kondom. Di antara tiga ini Doktor mengesyorkan mengikat saluran peranakan kepada ibu-ibu yang juga pesakit darah tinggi dan sudah mempunyai ramai orang anak. Mak cik Asid dah ikat, tekanan darah dia memang tinggi, hari2 kena makan ubat, pulak tuh anaknya empat2 ceaser.

Sumber : Berita Harian (Dr Suhaimi Isa, Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pantai Ampang.

3. Pil perancang tidak menyebabkan barah

Banyak kita dengar kesang pengambilan PIL PERANCANGAN dalam masa yang lama akan menyebabkan kanser rahim. Ada juga mengatakan bahawa ia KATA-KATA dari doktor. Ikuti penerangan dibawah oleh pakar sakit puan Dr Adilah Pusrawi.

JIKA benar pil perancang menyebabkan kanser rahim, ini adalah penemuan baru.

Ini kerana banyak kajian sebelum ini mendapati pil perancang berhormon kombinasi sebaliknya melindungi wanita daripada kanser rahim (endometrium) dan kanser ovari.

Wanita yang pernah mengambil pil perancang didapati mempunyai penurunan risiko kanser rahim dan kanser ovari sebanyak sehingga 50 peratus bergantung kepada lama tempoh penggunaannya.

Malah, kesan penurunan risiko kanser ini masih berterusan sehingga beberapa tahun walaupun setelah wanita ini berhenti mengamalkan pil terbabit.

Jarang untuk wanita seusia [35] anda mengalami menopaus. Jika benar, ia dinamakan menopaus pramatang. Ketiadaan haid mungkin disebabkan oleh gangguan hormon.

Eloklah anda berjumpa pakar sakit puan untuk menjalani pemeriksaan dan ujian berkaitan sebelum melabelkan anda sebagai menopaus. Ciri-ciri fizikal pada bahagian kemaluan dapat memberi gambaran mengenai keadaan anda.

Saiz rahim dan ketebalan lapisan haid (endometrium) serta saiz ovari dan kehadiran kantung telur juga dapat membantu. Kadangkala ujian terbabit juga perlu diulangi untuk memastikan kesahihannya.

Jika anda tidak lagi menginginkan kehamilan, anda juga boleh berbincang dengan doktor mengenai pilihan kaedah perancangan yang sesuai, sama ada kaedah kekal (mengikat tiub fallopio) ataupun kaedah sementara yang berkesan seperti implan, suntikan, alat dalam rahim dan pil.

Mari sihatkan diri seluruhnya dengan mengamalkan petua2 kesihatan

 

Info tambahan : SUNTIKAN PENCEGAH KEHAMILAN

Kesan Alahan terhadap suntikan tersebut. KESAN alahan boleh berlaku ke atas mana-mana ubat mahupun makanan. Terdapat dua jenis suntikan pencegah kehamilan di pasaran, sejenis setiap 12 minggu dalam pelarut berair dan sejenis lagi pula setiap lapan minggu dalam pelarut berminyak.
Anda mungkin mengalami alahan terhadap suntikan ini, ia boleh berlaku, tetapi dalam peratusan yang sangat rendah.
Jika anda mempunyai tindak balas alahan terhadap sesuatu, tidak semestinya keturunan anda juga mempunyai tindak balas alahan berkenaan.
Sekiranya anda juga mula mengambil atau menggunakan sesuatu pada waktu yang sama anda mula menggunakan suntikan terbabit, alahan sebenarnya mungkin berlaku terhadap bahan itu.
Jika sebenarnya anda mempunyai alahan terhadap suntikan pencegah kehamilan, maka bertukarlah kepada kaedah pencegah kehamilan lain.
Terdapat kaedah lain yang juga sangat berkesan dan tidak mengurangkan pengeluaran susu badan. Petikan: hmetro.com.my

Fakta tentang PIL PERANCANG : Pil Perancang tidak mengubati anovulasi, ia hanya menjadikan kitaran haid seseorang teratur. Tidak salah jika ingin mendapatkan pemeriksaan doktor mengenai tahap kesuburan anda.

Anda Mungkin Meminati:

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.