Category Tazkirah

Zikir Membersihkan Hati 0

Adalah disebutkan di dalam sebuah hadis bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya). Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah.”

Hadis ini juga mengatakan bahawa zikrullah adalah lebih utama daripada yang lain-lain. Zikir itu dianggap sebagai pembersih hati yang kotor, kerana setiap ibadah dikira dalam ertikata sebenarnya apabila ibadah-ibadah itu dikerjakan dengan ikhlas dan pencapaian ikhlas itu adalah bergantung kepada hati yang jernih lagi suci.

Oleh itu sebahagian ulama tasawuf mengatakan bahawa zikir yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah zikir qalbi (zikir dalam hati) bukan zikir lisani (zikir dengan lidah). Dengan mengerjakan zikir qalbi itu hati seseorang manusia terhubung dengan ALLAH buat selama-lamanya.

Hakikat ini tidaklah dapat disangkalkan lagi bahawa keadaan yang disebutkan ini adalah lebih utama dari segala ibadah kerana tercapai sama ada anggota-anggota zikir mahu pun anggota-anggota batin.

Anggota-anggota ini semuanya adalah menurut hati. Jika hati itu berhubung dengan sesuatu maka anggota-anggota lain dengan sendirinya akan terhubung dengannya. Keadaan para pencinta tidaklah tersembunyi kepada sesiapa pun.

 

Sumber: facebook

Alhamdulillah. Bertemu lagi kita dengan Fasa ke 2 Ramadhan 1

Syukur, kini Fasa ke 2 Ramadhan menjelma lagi.

Selepas Fasa pertama Ramadhan lepas [ Rahmah] iaitu Fasa Kasih Sayang Allah.  Kini Fasa ke 2 Fasa Maghfirah [ Pengampunan].

Marilah kita sama-sama merebut peluang ini dengan memperbanyakkan doa memohon keampunan dari Allah S.W.T pada waktu ini. Ini adalah bonus yang diberikan Allah kepada kita dan janganlah kita melepaskannya. Banyakkan membaca doa ini :


Allahumma innaka ‘afuuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annaa

Maknanya : Ya Allah, sesungguhnya engkau amat pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami

Terjemahan perkataan :

Ayuh mari kita sama-sama melipatkali gandakan amalan pada bulan Ramadhan ini dan meneruskannya pada malam 10 terakhir dan semoga amalan baik yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini menjadi titik permulaan perubahan ke arah kebaikan untuk diri kita semua demi mencapai keredhaan Allah.

Insya-Allah.

 

Petikan : http://belajarbahasaarab.com/blog/?p=54

Hormati Kaum Janda Dan Anak Yatim 6

HARGAILAH KAUM JANDA DAN ANAK YATIM

Janda dan Anak Yatim adalah sangat dimuliakan dalam Islam, Khalifah Umar rela mengangkut TEPUNG demi untuk memberi makan sang Janda, malah Saidina Ali di gelar “bapa kepada janda dan anak yatim” kerana keperihatinan beliau kepada golongan ini. Janda dan anak Yatim sangat dilindungi dalam Islam, Menghina Janda dan anak Yatim, sama saja menghina Rasulullah…….. kerana orang yang memelihara Janda dan anak Yatim, di syurga akan berdampingan dengan Rasulullah, bagaikan jari telunjuk dan jari tengah, yang tidak ada batasan.

Rasulullah adalah seorang anak yatim dan ibunda baginda seorang janda/balu. Mohon agar tidak menghina kaum janda. Menjadi seorang janda bukan berarti menderita. Menjadi seorang janda, selain kerana nasib ditinggalkan oleh sang suami yang meninggal dunia, atau juga akibat perceraian. Jadi tolong hargailah kaum janda dan anak yatim….

Sumber : http://hidayahamin.blogspot.com/

Tiada siapa pun antara kita yang mahu dan bercita-cita mahu menjadi JANDA mahupun ANAK_ANAK YATIM  ini. Ini adalah ketentuan Ilahi. Menjadi begini sudah cukup berat dugaan kepada MEREKA, mengapa perlu ditambahkan lagi dugaan kepada mereka?? Bahkan mengapa perlu memandang serong kepada mereka?? Sedangkan semua dipandang sama di mata Allah S.W.T kecuali amal ibadah kita??

Tidak dinafikan masyarakat kita sekarang sangat memandang serong kepada mereka seolah2 mereka ini membawa sejenis penyakit kudis buta/kusta yang boleh menjangkiti dan tiada ubatnya.

Kaum Keluarga asid juga ada golongan ini, kekadang ada dengar cerita kurang enak tentang mereka.. Asid cuma pekakkan telingga.. men-ia-kan tidak, menidakkan pun tidak.. hanya berserah kepada Allah S.W.T, memberikan kebaikan dan kemakmuran kepada seluruh kaum keluarga.. Insya-Allah.

Nota: Best jugak tengok cerita 3 Janda tuh, lawak2!

Jalan Mudah Ke Syurga 0

Tajuk macam gembaq je kan? Macam aku ni ustazah ataupun pendakwah. Aku cuma menimba ilmu. Bila dikaitkan dengan ILMU, seseorang hamba itu wajib mempelajari Ilmu, Mengamalkan Ilmu tersebut dan Menyampaikan Ilmu tersebut.

Pagi tadi, alhamdulillah aku telah menghadirkan diri untuk satu majlis ilmu.  Majlis ilmu yang lebih dikenali sebagai Kuliah Dhuha di sini. :) . Kalau ada yang tersilap, silalah betulkan.. Insha-Allah

5 Jalan Mudah ke Syurga

1. Banyakkan membaca Al-Quran

  • 1 huruf di beri 10 kebajikan
  • Ia memberi shafa’at (pertolongan) ketika mana kita di alam kubur, di Padang Masyar malah ketika hendak dicampakkan di dalam Neraka.
  • ” Janganlah kamu meninggalkan Al-Quran kurang dari 50 ayat sehari”.
  • “Jangan tinggalkan Al-Quran selama lebih 3 hari”. Nescaya hati kamu akan gelap dan lalai kepada Allah S.W.T

2. Banyakkan berselawat ke atas Rasullah S.A.W

  • Didoakan oleh Rasullah supaya dipermudahkan urusan di Padang Masyar, meniti titian Siratal Mustakim.
  • Dilebarkan jalan Titian Sirat sehingga 500 tahun

3. Menghadiri majlis2 ilmu

  • Dijanjikan Allah ganjaran keampunan dan kerahmatan.

4. Memohon ampun kepada Allah S.W.T

  • Banyakkan berdoa dan beristiqfar
  • Doa bahasa melayu pun boleh.
  • Doa hendak tidur, Bangun tidur, Masuk Tandas, Keluar Tandas, Makan, Sudah Makan dll.

5. Memperjuangkan Agama Allah

  • Diharamkan api2 neraka menjilat badan2 pejuang2 ke jalan Allah.
  • Haram menyambut perayaan/sambutan untuk agama lain selain Islam.
  • “Kamu dengan agama kamu, kami dengan agama kami”.
  • “Kami tidak menyembah apa yang kamu sembah”.

Wasiat Berantai 2

Petang jam 4 hari ini dapat message pasal wasiat Nabi Muhammad dari kenalan di Facebook. Aku sekarang memang dah tak percaya pasal wasiat ini.. dah lama tahu. So aku tak ambil port lah nak forward2 message kepada yang lain. Takut berdosa pasal benda yang kurang betul ni.

Tanpa aku sedari dan ingat.. rupa2nya aku pernah posting entry WASIAT dalam asida.net ni. Nahuzubillah. Ini semua berkat seorang insan prihatin akumusafirlalu yang memberitahu. Thanks lot bro!

Apapun untuk kesedaran bersama.. marilah kita baca ini sama2..

Soalan 24

Saya sering menerima surat berantai yang menyuruh penerima berbuat baik seperti berselawat, bersembahyang, menunaikan zakat dan haji serta sentiasa bertaubat.

Surat itu turut menceritakan mimpi Syeikh Ahmad Maeini (yang didakwa penjaga Makam Nabi Muhammad saw) kononnya beliau bermimpi didatangi Rasulullah yang berkata antara 60,000 orang yang mati, tiada satu pun yang beriman.

Si penerima disuruh mencetak 20 salinan dan dihantarkan kepada 20 orang. Dalam surat itu juga menceritakan ‘kebaikan’ yang diterima bagi orang yang mencetak dan menghantarnya seperti keuntungan dalam perniagaan, dinaikkan pangkat atau menerima anugerah.

Sebaliknya orang yang tidak mengendahkannya akan ditimpa malang dan mala petaka. Soalan saya:

  1. Siapakah Syeikh Ahmad Maeini? Adakah dia benar-benar wujud?
  2. Benarkah dalam zaman sekarang antara 60,000 orang yang mati, tiada seorang pun yang beriman?
  3. Bolehkah kita mempercayai surat berantai seperti ini dan mencetak serta mengedarkannya bagi mengelak ditimpa bencana?
  4. Surat berantai ini sama seperti SMS berantai yang menyuruh kita menghantar kalimah al-Quran (yang dieja dalam Bahasa Melayu) dengan tujuan sama. Bolehkah kedua-dua ini diabaikan begitu saja?

Jawapan :

Surat berantai atau surat beracun jika dilihat sebagai surat peringatan untuk orang lain supaya tidak lalai akan perintah Allah dan sentiasa melakukan kebaikan, boleh dianggap sebagai jalan dakwah.

Namun, unsur syirik di dalamnya menyebabkan orang yang mempercayainya menjadi sesat. Unsur syirik itu ialah percaya surat itu ada kuasa tersendiri memberi untung pada yang mencetak dan bala pada yang ingkar mencetaknya.

Ia seumpama tangkal yang ada kuasa memberi kebaikan atau malapetaka dan malang. Sesiapa yang percaya ada kuasa lain memberi kebaikan dan keburukan pada dirinya; ia adalah unsur syirik yang boleh menggugat akidah.

Soal siapa mati dalam iman dan berapa ribu jumlah mereka adalah kuasa Tuhan, tiada keperluan untuk kita mengetahuinya, tetapi lebih baik bersiap untuk mati dalam iman.

Jangan turut serta sebarkan dengan niat mengelak bencana yang bakal menimpa (jika engkar menyebarkannya melalui surat atau SMS) kerana ia mungkin menggugat akidah kita.

Petikan dari Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
Harian Metro

Copy paste from http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=167&Itemid=82

Blog Widget by LinkWithin


Fatal error: Call to undefined function footer() in /home/asida/public_html/wp-content/themes/FREEmium/footer.php on line 22