Selangor Kembali
December 17, 2006Happy
December 20, 2006New toll Rates…
“Toll kite masih lagi termurah di dunia“….. ini sebab gaji kite kerja pun masih murah. Kalau semua naik tapi GAJI tak naik.. Apa citer????
Aduhai.. itulah kisahnya…asyik2 naik.. semua nak naik..minyak naik, barang2 makan naik,mineral water pun naik dan sekarang toll pulak naik. Tapi itulah semua naik.. tapi gaji still macam tu jugak tak naik2. Sedih betul lah dengan orang2 kite nie.. tak ada pulak nak bising2 pasal toll naik macam minyak naik hari tu. Geram jugak bila dengar toll naik menjelang 1st Jan tahun depan maksudnya bulan depan lah. Aiseh..
Yang paling sedih bila toll naik.. kena fikir dua tiga kali nak balik kampung. Dengan kadar minyak naik dah satu hal kena spare duit lebih nak balik kampung… sekarang ditambah lagi dengan toll rates yang naik ni.. bukan seposen dua.. ni dari tiga posen hingga RM1. Hmm sedih betul lah…
Kalau nak balik Jengka tuh… Sume kena toll.. sume toll naik pulak tuh. Aiseh tu kalau balik Jengka je.. ditambah lagi kalau nak balik Chini.. orang utara ke selatan ke.. yang jauh2 tu lagilah bertambah2 budgetnya.. Aduhai. Sabar jelah ek. Maybe ramai jugak yang terasa dengan kenaikan toll kali ni… ramai juga yang bising.. tapi tulah negara kite ni still tak boleh bertindak secara bebas (walaupun sudah hampir 50 tahun BEBAS),semua jenis media massa nie tidak dibenarkan menwar2kan isu toll nie.. cuma masa 1st day selepas Datuk Seri S.Samy Vellu umumkan kenaikan toll ni.
———————————————————–
MORAL:
Jangan guna kereta tapi guna motor (save minyak dan toll) atau naik public transport walaupun sekarang ini nak dikatakan tiap2 hari PUTRA dan STAR lrt ni ada problem. Berbelanja kena BIJAK. Kurangkan membeli TOPUP phone. Guna email dan chatting dengan YM je.Ataupun pos surat pakai stamp 30 posen… Minum air masak je.. Makan nasi dan ikan manis.. BOLEH ke? Malaysia BOLEH.. semua pasti BOLEH punya!!!