Happy

Semalam lepas dinner tengok citer Las Vegas dengan Abang selepas tengok citer Dua Hati. Masa tengok citer Las Vegas, Asid dapat rasa Baby dah gerak2. Banyak kali. Doktor kata memang sekarang kena rasa Baby gerak sebab dah 5 bulan. Baby gerak pun rasa macam dup dup dup je. Melantun2 macam air pulak.

Apapun syukur alhamdulillah. Kalau Baby ada gerak2, tanyanya dia sihat dan yang penting Baby kena active.. hehehe 🙂 Happy sangat Mama dan Papa.

————————————————————————–

Walaupun dalam perasaan HAPPY ni, Asid sedih jugak mengenangkan kisah kawan baik Asid. Tahun depan pakwe dia nak bertunang tapi bukan dengan dia. Sedih bila dengar tentang nie, boleh dikatakan diorang couple dah lama dari diploma lagi. Sekarang lagi dua semnk habis master. Yang tak disangka rupa2nya bulan 7 lagi diorang dah break tapi dia tak bagitau Asid sebab masa tu Asid baru kahwin so dia tak kacau. Kesian dia. Couple lama2 memang satu masalah kalau dibiarkan tanpa sebarang ikatan. Macam Asid dengan Abang, kenal dan kawan 6 months je pastu risik dan kahwin. Tapi apapun semua ketentuan Ilahi, Jodoh Maut dan Ajal ditangan Tuhan. Pokok pangkalnya terletak pada hati masing2.. kalau setia beribu tahun pun still bersama.. kan??? 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *