Perancang Kehamilan
October 12, 2009And Husbands Are Husbands
October 15, 2009Abang Ash Peminat Bola Selangor
Al-kisah bermula hari Sabtu yang lepas, selepas “Open House” . Papa hendak pergi Stadium Selayang untuk melihat bola sepak Selangor vs PDRM (2-2). Oleh kerana kesian kepada Abang Ash, merengek suruh dipakaikan selipar (masa Papa buka pintu hendak keluar). Papa tanya, “Nak bawa dia ke nih?”. “Suka hati. Kesian dia. Tapi kalau dia menangis kat sana macam mana?. Kalau sanggup bawaklah.”
Papa bawa Abang Ash. Mama pula siapkan beg galas dia dengan susu sebotol, pampers 1, kereta mainan dia 2, seluar panjang 1 (buat spare kalau bocor nanti) dan juga bekalan London Swiss Roll 2 paket.
Abang Ash happy sangat sebab dapat ikut Papa. Tahu ke tidak hendak pergi tengok bola tu? hehe.
Alhamdulillah kata Papa, Abang Ash behave betul. Tidak nangis langsung. Memula saja segan dengan kengkawan Papa, lepas itu relax saja. Aku pun suka dan relax dekat rumah. Tambahan lagi, Adik syok tidur. 🙂 Dapatlah rehat sekejap.