‘Open House’ Yang Tak Berapa Nak ‘Open’
October 10, 2009Abang Ash Peminat Bola Selangor
October 13, 2009Perancang Kehamilan
Sekarang Arisha sudah 4 bulan, so sudah masanya untuk aku mencari jenis perancang kehamilan ini. hmm hajat dari dulu hendak menggunakan kaedah Implan. Mudah dan cepat. Sekali saja lepas itu sudah tidak payah pening-pening lagi. Lepas itu, dengar pula kengkawan kebanyakkannya mengambil Suntikan saja. Dua atau tiga bulan sekali. Senang, mudah dan murah. Kalau dikira-kira, kos Implan dengan Suntikan itu lebih kurang saja. Kalau Pil Perancang pula, sudah serik. Dulu guna Pil saja. Sikap tidak konsisten aku makan, tidak makan.. akhirnya lekat Arisha. Kali ini kena betul-betul merancangnya. Maklumlah dua-dua aku ceaser. Urat-urat yang beratus-ratus putus itu sah belum sembuh. Masa untuk kembalikan kesihatan badan dan kesihatan ekonomi rumahtangga pula. 🙂 Oleh itu, aku buatlah kajian tentang kaedah-kaedah perancangan kehamilan ini. Kongsikan.
1. Diaphragm
Kaedah ini menggunakan sejenis alat seperti cawan yang mudah lentur. Keberkesannya mampu mencapai 91%. Ianya boleh bertahan sehingga 2 tahun jika digunakan dengan cermat. Namun, penggunaannya boleh meningkatkan jangkitan saluran kencing (URTI), jangkitan kulat dan faraj serta sindrom kejutan toksin. Ada juga wanita yang mengalami alahan terhadap lateks atau getah, selain bengkak ataupun radang serviks.
Pasti aku tidak mahu menggunakan kaedah ini. Takut….
2. Intrauterine Device (IUD)
Kaedah yang paling digemari. Terdapat dalam bentuk T bersaiz kecil dan bertali halus di hujungnya. Ia selamat digunakan dalam 3 tahun. Ia tidak mengganggu hormon prolaktin sekaligus boleh menyusukan bayi tanpa takut kekeringan susu. Kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah kekejangan, sakit belakang dan haid yang banyak.
Kawan kakak Asid guna kaedah ini. Memang berkesan. Pastuh beberapa bulan tanggalkan, tup2 dapat baby. Sekarang dalam pantang. Oklah jarang anaknya sebelum ini 6 tahun.. hehe 🙂
3. Implan
Sejenis hormon terkandung dalam tiub kecil yang mengandungi hormon progestron dan perlu diselitkan di bawah kulit bahagian lengan. Keberkesannya sehingga 99%. Selamat bagi yang menyusukan bayi kerana tidak mengganggu peranan hormon prolakin. Kesan sampingannya termasuklah haid tidak tetap, haid terlalu sedikit, keguguran rambut, kurang minat dengan seks, penambahan berat badan dan sakit kepala.
Bunyinya macam bagus kan. Ada yang kata kosnya RM500 hingga RM700 (swasta). Untuk 2 tahun. Kalau dikira dengan kos Suntikan, lebih kurang saja (bak kata Izan). Memang asid hendak guna kaedah ini, tapi takut pula kena operate sikit dekat lengan. huhuhu
Sejenis sarung daripada getah lembut dan perlu disarungkan pada zakar setiap kali sebelum melakukan persetubuhan. Keberkesanannya antara 80% hingga 90%. Ia akan jadi lebih efektif jika digunakan bersama Spermisid. Kelemahannya ialah masalah kebocoran atau air mani keluar terlebih dahulu sebelum suami menyarungkan alat ini. Malah, ada wanita yang alah kepada lateks yang terkandung dalam kondom berkenaan.
Masih dalam kategori bahaya kalau terbocor. Make sure yang berjenama sikit supaya lebih selamat. Bukan cap ayam punya.
5. Ligasi
Kedua-dua tiub fallopio akan diikat dan dipotong. Oleh itu, sperma tidak akan dapat sampai ke ovum. Seperti lelaki, ia juga bentuk pemandulan yang kekal selamanya. Komplikasi pembedahan yang dikhuatiri berlaku adalah jangkitan rahim. Kesan jangka panjang pula, yang boleh berlaku ialah kehamilan luar rahim, kanser servik, pendarahan dan gangguan kitaran haid.
Ingatkan kalau yang ke2 ini ceaser, memang asid hendak guna kaedah ini. Kalau konpem yang keluar baby gurl, hendak suruh Doktor ikatkan terus. Cukuplah anak dua saja. Tapi disebabkan sakit sangat masa itu, tidak terfikir langsung bab ini. hehe 🙂 mungkin ada hikmahnya kan.. 🙂
6. Pil Perancang
Amat efektif dan kesannya boleh berbalik iaitu kesuburan akan kembali sedia kala apabila dihentikan. Ia sesuai untuk semua peringkat umur. Terbahagi kepada dua jenis. Satu daripadanya mengandungi hormon sintetik estrogen dan progestin yang menyerupai hormon yang dikeluarkan oleh badan. Satu lagi jenis pil yang hanya mengandungi hormon progestin. Pil ini kurang efektif dan hanya sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif. Ia juga sesuai untuk wanita yang alah kepada estrogen. Pengunaannya dipercayai mampu mencegah barah ovari dan endometrium; anemia, senggugut dan haid tidak teratur. Jarang menimbulkan kesan sampingan.
Kalau hendak guna kaedah ini, sikap konsisten amat penting. Makan pil pada waktu yang sama setiap hari selama 21 hari. Kemudian, berhenti selama 7 hari bagi melengkapkan kitaran 28 hari.
7. Suntikan
Mempunyai kesan sampingan yang sama dengan Pil Perancang dan keberkesannya ialah 99%. Namun, ia tidak digalakkan untuk wanita yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kanser payu dara. Antara kesan sampingan yang timbul iailah haid tidak teratur, kurang bernafsu, penambahan berat badan, sakit kepala, kehilangan mineral tulang, ruam atau kulit berbintik-bintik; sering gemuruh dan penambahan bulu di badan.
Macam bagus untuk Asid. Tapi penambahan berat badan dan bulu. hm masalah ini!… lagi satu kena cucuk dekat buntut lah.. huhu 🙁
8. Spermisid
Sejenis ubat dalam bentuk krim, buih faraj atau jeli yang disapukan pada dinding faraj sebelum persetubuhan. Keberkesannya ialah 80%. Lebih berkesan jika digunakan bersama kondom atau diaphragm. Kesan sampingan yang mungkin timbul ialah radang faraj sehingga boleh meningkatkan risiko URTI. Ini kerana ada wanita yang alah terhadap spemisid. Kebanyakkan produk memerlukan penyapuan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum bersama.
Susahlah nak guna-guna krim ini. Krim muka pun kadang pakai, kadang tidak.
9. Vasektomi
Pembedahan yang menyekat vas deferen, tiub yang membawa sperma ke zakar. Melalui pembedahan, duktus sperma akan diikat dan dipotong. Ia menyebabkan saluran ke uretra akan tertutup dan sperma tidak mungkin akan dapat keluar. Ia jenis pemandulann yang kekal. Pemulihan mungkin menyebabkan ketidakselesaan untuk beberapa hari. Antara lain ialah pendarahan dan bengkak di bahagian buah zakar. Namun, pembedahan ini sama sekali tidak memberi kesan kepada kemampuan suami untuk menikmati hubungan seksualnya.
Kalau kaedah ini, hendak buat ke Papa? wakaka sah jawapannya TIDAK!!!