Apa ada dengan Weekend?? hehe ada juga le kerjanya berjalan-jalan bersama family. Tadi pergi jalan-jalan ke Subang Parade. Sajalah Papa nak bawa Ash jalan-jalan. Maklumlah sepanjang minggu asyik mengamuk aje dia dengan Papa dia tuh. So hari ini nampak sangat keriangan di wajahnya. Mulutnya bising sepanjang jalan.
Pergi ke sini pun ada sebab sebenarnya. Papa nak belikan mainan untuk Ash (nak pujuk lah tuh). Tapi sebelum itu Mama hendak barang Mama dulu.
Subang.. beli dekat Poh Kong, tukar subang lama yang hilang sebelah tu je. Mahal juga emas sekarang nih.. 1 gram Rm122.00 . Dasyat betul. Kalau tukar emas sekarang memang rugi. huhuhu
Lepas beli barang Mama baru pergi cari mainan Ash. Saja Papa hendak beli cars untuk Ash. Beli yang mahal sikit katanya tahan lama. Budak-budak
macam Ash ni mana tahu sayang barang lagi. Ganas mainnya. Walaupun birthday Ash bulan ni, tapi mainan ini bukan untuk hadiah birthday Ash. Hadiahnya.. surprise… Papa dan Mama siap survey harga dah. hehe Sempat jugak lah kami isikan borang kelab Toysrus ini. Bukan apa anak dah bertambah, nanti kena banyak beli mainan… anak saudara pun sama.
Lepas dah penuhi apa yang dicari di sini, kami jalan-jalan cari makan. Oleh
kerana lama tak makan KFC, so hari ini makanlah KFC dalam Subang Parade ini. Sungguh mengecewakan di atas layanan staff di situ, pelbagai yang tak kena. So, rasa tak nak dah makan di KFC Subang ini.
Apapun sempat juga le menyenggah membeli Donuts di Big Apple buat desert dan minum petang nanti. Nyummk.. nyummk.

Sebelum pulang, sempat juga Asid membeli buah yang di idam2 nih. Lama jugalah cari, tapi tak terjumpa. Last2 jumpa di Subang Parade. Buah
Kundang. Lebih besar Kundang import dari buah kundang tempatan kita ini, beli 10 biji dah RM13.oo. Dasyat juga tuh. Takpelah mengidam punya pasal, belilah juga. Cuma sekarang nak buah Rambai. Rambai oh Rambai di mana engkau??? huhuhu
