Velvet – Kini Detiknya

Tajuk: Kini Detiknya
Artis: Velvet
Lagu : Sharon Paul
Lirik : Fedtri Yahya

velvet
Bintang di langit terindah
Melambai kau yang bersedihan
Tinggalkan saja sangkar lara
Pelangi di awan menanti kau dendangkan lagu cinta

Gemakan hati bergetaran
Hembuskan nafas sedamainya
Biar sang burung bersinggahan
Di halaman cinta
Sambil menyanyikan simfoni rindu

Chorus :
Kini detiknya..menjelma
Kita berdua berbicara
Dan menguntumlah setiap senyummu
Bersemi mesra kemanisan.janji

Buka rahsia hatimu
Kau luaskan kepercayaan
Tiada lagi sempadannya
Merenda asmara menyambut kau lafazkan kata cinta

Bridge :
Tak perlu kenang lagi derita lama
Tak perlu ada keraguan sewenang menghalang
Atas nama cinta tanpa curiga..berjanjilah

————————————————————————-

Satu lagi lagu yang aku suka dalam konsert akhir AF4 baru2 nie selain dari lagu Lihatlah nyanyian Faizal. Lagu kini detiknya nyanyian Velvet nie memang sesuai dengan tone dan keunikan suara velvet. Aku pun tak tahu kenapa velvet tak dapat undian mengalahkan Haziq. Ni maybe orang sabah dan sarawak hanya sibuk untuk mengundi Lotter hingga mengenepikan velvet. Dengan itu velvet terpaksa akur berada di tempat ke 5 di bawah Haziq.

Bagi aku, Velvet lebih best dari Haziq, tapi tulah nasib. Setiap orang ada pendapat masing2.Tapi aku tak marah pasal tuh.Sebab aku happy orang yang aku budget menang, memang menang iaitu Faizal. No2 mesti lotter.Tapi tulah ada jugak yang tak puas hati sebab lotter no2 bukan Farhan. Memang konsert sebelum2 nie aku lihat nyanyian Farhan menyerlah. Tapi bukan masa konsert akhir. Namun begitu, congrate kepada Farhan kerana dapat menyanyikan lagu Spain dengan baik. Bukan senang nak bawak lagu nie dan bukan calang2 orang boleh buat ek.

Aku lebih suka tengok Faizal dan LOtter. Bersemangat sentiasa.. masing2 ada gaya tersendiri. Bak kata Adlin. “Saya tak nak dengar lepas ni kamu dengan Faizal racing2 kereta..” something macam tu. Kat sini dah tahu, siapa yang bakal jadi juara dan naib juara. hehehe apapun congrate to Faizal and Lotter.. Senyum sokmolah .. Frrinnnnngggg… 🙂 🙂

Anda Mungkin Meminati: