Why Breastfeeding is Best for Babies & Mothers
September 11, 2009POLL (Sticky Mode)
September 11, 2009Jam 6 petang dapat panggilan telephone dari Abang Mezah (my borther in law). Bagitahu Tok Cek kita dah tenat. Nafas dah tercungap2. Terkejut sangat dengar. Rasa sedih sangat hari tu balik kampung, langsung tak tengok Tok Cek pasal tak sempat sampai dek kerana masa melawat terlalu singkat.
Kata Pok Su, keadaan Tok Cek semakin tenat selepas pembedahan tengkuk untuk buat salur penafasan. Tengkuk Tok Cek ditebuk gara2 alat bantuan pernafasan itu ada orang lain nak guna. alasan entah apa2 ntah, itulah masalah Hospital Kerajaan.. sentiasa tak cukup alatan.. sungguh kecewa sebab kami hanya mampu pergi hospital kerajaan aje.. :(. Tok Cek pulak dah guna hampir 2 minggu, masih belum boleh bernafas sendiri dengan baik lagi.
Jam 7 malam baru dapat contact Papa selepas buka G TALK. Hanset Papa tak dapat dihubungi. Tak ada line katanya. Pastu Papa bergegas kemas barang dan balik ke rumah. Hendak atau tak nak kena balik kampung juga malam ini. Takut tak sempat. Dalam pada itu, aku berdoa terus berdoa kepada Yang Maha Kuasa atas segala2nya, andai kata sudah tiba masanya Tok Cek pergi, aku redha namun berikanlah kesempatan untuk kami menemuinya dulu.
Jam 8 malam Papa sampai rumah. Berbuka, mengemas pakaian dan siapkan apa yang patut untuk balik ke kampung.
Jam 9 malam gerak ke Shah Alam. Seperti sebelum ini,pergi Shah Alam tinggalkan Ash dekat sana. Tak nak bawa Ash sekali sebab kesian dekat dia. Maybe kitaorang akan banyak bergerak dan menunggu di Hospital Temerloh itu nanti.
Jam 10 malam gerak ke Pandamaran. Ambil Kak Ja.Dia tumpang balik sekali sebab Abang Mezah kena kerja.
Jam 11 malam gerak ke Hospital Temerloh. Katanya semua orang ada dekat hospital. Bermalam disana. Dekat Jengka 8, tak ada sesiapa pun yang tinggal.
Sabtu
Jam 2 pagi sampai Hospital Temerloh. Kaum keluarga yang sudah sampai semua berhimpun dekat tempat kereta hospital ni. Macam pergi berkelah pula. Mama, Aboh, Fatin, Kak Cek, husbandnya Aizam dan anak Marha serta kawannya Aizam pun dah ada. Mereka antara yang sampai awal (kecuali mereka yang memang duduk Jengka). Lepas itu kami sampai. Mak Itam dan family bergerak dari Simpang Rengam esok dengan menaiki keretapi.
Kami semua tidur dekat sini. Yang mana mengantuk tuh tidur dalam kereta. Budak2 sibuk main tak kira jam dah pukul berapa. Aku pula tak dapat melelapkan mata, risau pasal Tok cek, lagipun aku dah perkena nescafe pekat 2 tin dah.
Jam 5 pagi kami semua bersahur di kantin hospital. Masa ni semua lauk dan sayur dah nak habis dah. Makan ajelah yang mana ada. Janji isi perut untuk hari esok.
Jam 6 pagi pergi solat subuh di Surau. Baca Yasin untuk Tok Cek supaya keadaannya bertambah baik.
Jam 7 pagi, gerak balik ke Jengka 8. Tengahari baru datang balik masa melawat nanti. Mandi dan berehat sambil memejamkan mata.
Jam 12 tengahari pergi balik semula ke Hospital. Melawat Tok cekdi bilik ICU tingkat 4. Bersebelah dengan Dewan Bedah dan bilik kawalan H1N1.

Bilik ICU

Dewan Bedah
Masa ini kali pertama aku melawat Tok Cek selama 15 hari Tok Cek dalam ICU ni. suspek Kanser Usus, bilaa dah belah besar dekat perut, check2 rupanya sakit Tok Cek hanya Apendiks. Disebabkan Tok Cek yang sudah berusia dan lemah jantung, keadaan Tok Cek semakin hari semakin teruk.
Bila masuk.. MasyaAllah… kesiannya Tok Cek. Badan yang dulu kurus, jadi gemuk, bengkak dan sembab dek dimasukkan air. Seluruh badan dikeliling wayar2, hidung diletakkan oksigen, tengkuk dibuat saluran pernafasan ke jangtung dengan 2 3 kesan jahitan, tangan kiri dan kanan penuh dengan suntikan dan jarum untuk air dah darah. Di badan, diletakkan pita dan wayar maybe untuk bacaan jantung. Perut dibelah memanjang. Pundi kencing disalurkan tiub. Kesian sangat Tok Cek. Inilah kali pertama aku tengok Tok Cek sakit teruk begini rupa.
Masa ini Tok Cek dan kembali stabil dan boleh bernafas dengan tidak tercunggap2. Alhamdulillah.
Jam 3 petang balik semula ke Jengka. Masa melawat pun dah habis. Lagipun kami kena balik dulu sebab nak ambil Mak Itam dan family dekat stesen keretapi Jerantut.
Ahad
Jam 12 gerak ke hospital lagi sebelum balik ke KL dan Port Klang. Tok cek demam pula hari ni. Kata Doktor, dia takut nak beri Tok Cek ubat2 yang kuat. Tok Cek dah tua, badannya tak mampu nak menerima kesan ubat2 tersebut. Badan Tok Cek asyik demam aje. 🙁
Jam 2 petang. Dengan berat hati, kami terpaksa pulang ke rumah kami. Raya nanti jumpa Tok Cek lagi.
Jam 11 malam baru sampai rumah sendiri. Penatnya.. hanya Allah saja yang tahu. Sampaikan hanya sempat minum air masak aje masa bersahur. Dasyat bebenor…