Tempoh Berpantang

Hari ini dah 13 hari Asid melahirkan Baby Ash dan begitu juga lah umur Baby Ash ni. Selama ini jugalah tempoh berpantang, aiseh baru 2 minggu, nampaknya lama lagilah nak berpantang, ini tak boleh makan itu tak boleh minum. huhuhu masa 4 hari kat hospital hari tu, sume boleh makan. Yang mana masakan pedas dan banyak berempah tu Asid tak makanlah, kasi Abang makan.

Lepas keluar hospital, Asid terus ke Shah Alam rumah Mama Abang (Wan Wan). Actually nak duduk barang seminggu kat Sentul, kasi masa Mama Asid (Opah) jaga Baby Ash tapi disebabkan Mama Asid datang lewat sehari dan tiada siapa yang jaga, so Asid balik Shah Alam. So sekarang Wan Wan yang mandikan Baby Ash, masak untuk Mama Baby Ash. Badan Baby Ash masih lembik dan kecik, tak berani Mama nak mandikan. hehehe 🙂 macam adik Asid dulu, leher dia lembik tak berani nak pegang, sekarang anak sendiri, takut tak takut kena pegang jugak, kalau tidak mana dia nak menyusu ek.

Hmm ni pasal makanan yang Asid semasa pantang. 🙁 Hari2 makan ikan haruan, tahu jelah ikan tu tak sedap.. huhuhu kekadang rasa nak menangis rasanya sebab makan ikan haruan ni, namun apakan daya.. nak cepat sihat kenalah makan juga. Ikan haruan yang dimasak ni bolehlah juga tekak Asid menelannya kalau dibandingkan dengan ubat Pati Haruan ni. Ya Allah rasanya.. memang prior ikan haruan di campur dengan Tongkat Ali. Kekadang berjam lamanya nak habiskan sekelas walaupun dah dicampur dengan air milo, still payah nak habiskan. Satu botol (70ml) sehari, macam kena mimun 700ml  je. Aduh.

Lainlah citer minum Air Gamat dan Jelly Gamat Healin ni. Senang sikit nak ditelannya. hehe Walaupun begitu Alhamdulillah 1st checkup selepas bersalin hari tuh, luka kesan surgery tu dah bertangkup dan bengkaknya pun dah kurang. Cuma satu je masalah, darah beku dalam rahim still banyak. Nak kata baby Ash kurang menyusu tak adalah, tapi nape darah beku ni tak keluar ek. huhu 🙁 . So Dr. kasi ubat untuk serapkan darah beku ke dalam darah. Dalam erti kata lain ‘larutkan’ (pandai2 je Asid beri istilah lain dekat ubat ni ; macam dia pulak dr. nya)

Walaupun makan kena pantang dan minum kena pantang, mandi pun kena pantang. Pantangnya jangan mandi air sejuk, jangan mandi lama, lap badan je, jangan mandi lewat malam, kalu dah lewat tu dah magrib baik tak usah mandi langsung nanti kan urat mengembang. Macam yang terjadi kepada Asid dua malam lepas, mengigil satu badan sebab mandi lewat. Nasib baik Abang kasi minum air panas dan pakai baju tebal. Baru boleh tidur.

Waktu berpantang nilah kita kena jaga betul2, kalau tak susah nanti. Dah tua karang badan tak sihat asyik sakit2 dan yang paling teruk kena penyakit meroyan. hmm itulah moral of the story. Berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian, Bersakit2 dahulu bersenang-senang kemudian. Karam Singh melaporkan dari bilik berita Shah Alam.

  1. a a hdisk rosak. mmg ada 2,tp satu dh rosak, dia berjangkit ke satu lg. Hdisk 40g murah je, boeh tengok dekat lowyat.com. ooo husband vv pandai buat web,samalah dengan husband Asid. Asid pandai sikit2 je walaipun ada belajar. Kalu belajar x practik kan mana nak pandai kan. Husband vv buat web guna programming apa? PHP,MySQL? saja tanya.

    Selangor dekat Shah Alam seksyen 4, tp ini rumah mak mentua. Actually rumah betul2 dekat Bdr Baru Sentul, Kuala Lumpur. Kalu dtg KL dtglah singgah ke rumah.

    Dah tak lamalah ek, vv nak dpt Baby. Apapun Asid doakan vv selamat melahirkan baby yg comel. Kuatkan semangat..

  2. a’a..vv suri rumah sepenuh masa jak ;)…hehe…hmm vv ada jg blog ni..tp belum lg siap ;p…biasalah…vv mana pandai buat..ni tengah tunggu hubby siapkan ;p…hehe..

    eh, hardisk rosak? xda backup ke?…hmm..sib baik vv ada hardisk lain..hehehe. eh,..ckp psl hardisk ni, kalo hardisk 40gig kat semenanjung brapa brapa harganya yek? kat sabah mahal sket…huhu :(..hehe (syok tgk hubby kat sebelah tgh siapkan web hospital ;).. ) vv pla guna pda phone surfiing internet..

    aha..nti vv cuba cari rempah jenis tu.. ;)..nanti bila bersalin ni..rasa rasanga tggl kat mak mertua ;)..sb, duk dgn mak kat kg susah..( my mom is a christian. i converted frm christ to muslim ) jd, asid fhm2 je la…hehe agak susah sket..

    huhu..lmbt vv reply ek..sb, aritu streamyx ada gangguan :(…huhu..sedihnya.sabar je la…

    Asid tggl sbelah mana kat selangor? hehe..sja nak tau.. ;)..mana tau bila ada rezeki nanti, ble gak jalan2 kat sana :p..hehe..

    eh..pjg jg vv type ek :(?…huhu..balasan sekian lama tak online ;p…hehe..
    hmmm…vv checked baby’s ctg pg td..huhuhu..sib baik xde mslh..risau sgt td :(…huhhhu…baby vv da masuk 9 bln lebih da..tgh tggu due dah ni ;)…huhuuu berdebar debar rasanya…yeah! kuatkan smgt :)…

    kim salam dgn baby Ash yg comel 😉 !

  3. Bila kite byk fikir, tekanan darah kite sure naik.
    Tak keja,maksudnya suri rumah sepenh masalah ek? samalah dengan. Asid pun blogger sepenuh masa, cuma semenjak PC Asid diserang virus, dah tak boleh guna. Kenalah beli hardisk baru. huhuhu Entahlah bila nak beli tu.Duduk rumah tak boring ke? vv ada blog sendiri ke? 🙂
    Tentang rempah untuk mengubati kuning tu, Abang Asid beli dekat kedai cina yg jual ubat2 tu, ckp je kat dia nak ubat kuning. Pastu mandikan baby dengan rempah tu. sambil tu jemur baby mentari pagi.
    Lepas bersalin, duduk di mana? i mean rumah mak ke mak mentua?

  4. hehehe…vv xde pla high blood :)…brgkali sb banyak fikir.huhuhu….vv ni tak keja..sb tu la ada masa surfing internet..Asid pula? hehehe…happy betul kalu ada baby dkt ruma :)…huhuh…sabar jela…eh, ni ha..baby Ash ada kuning kan? Apa Asid guna untuk kurangkan kuning tu?huhuh….share la sket :)….

  5. Pening? tekanan darah tinggi sikit kot, mesti banyak fikir. Yelah pelbagai perasaan yg timbul tambahan lagi due semakin dekat. Apapun vv jgn fikirkan bnde2 tu semua, cuba cr perkara yg mengembirakan utk diingati. At least ianya buat hati kite tenang dan hilang penin kepla. cth nya teringat ms kahwin. Asid sll jgk tgk pic2 khwin, hepi skt rs. Vv kerja ke?

    Baby Ash da besa sket. Muka da pjg sket. Kuning dia da kurg lps 2 3 hari air rempah tu. 🙂

  6. waa..comelnya baby Asid kan ;)..hehehe baru lahir da pndi bukak mata besar2 ;p..heheheh apa2 pun tahniah! …hmmm..tempoh pantang ni agak panjang juga ye..segala mkn minum pun kena control..tp itupun utk kebaikan kita kan.. ;)..hehehhe vv msh wondering mcmna besar da baby Asid karang ni ;).sbb,baby yg baru lahir cepat membesar :)…huhuhuuh vv masih lg waiting for my first baby :)..tak lama lg da :(..huhuh takut sket..skg ni vv slalu pening.ntah kenapa ni..tp masih ok jg lar..hehehhe

Your email address will not be published. Required fields are marked *