Hari ini dah 13 hari Asid melahirkan Baby Ash dan begitu juga lah umur Baby Ash ni. Selama ini jugalah tempoh berpantang, aiseh baru 2 minggu, nampaknya lama lagilah nak berpantang, ini tak boleh makan itu tak boleh minum. huhuhu masa 4 hari kat hospital hari tu, sume boleh makan. Yang mana masakan pedas dan banyak berempah tu Asid tak makanlah, kasi Abang makan.
Lepas keluar hospital, Asid terus ke Shah Alam rumah Mama Abang (Wan Wan). Actually nak duduk barang seminggu kat Sentul, kasi masa Mama Asid (Opah) jaga Baby Ash tapi disebabkan Mama Asid datang lewat sehari dan tiada siapa yang jaga, so Asid balik Shah Alam. So sekarang Wan Wan yang mandikan Baby Ash, masak untuk Mama Baby Ash. Badan Baby Ash masih lembik dan kecik, tak berani Mama nak mandikan. hehehe 🙂 macam adik Asid dulu, leher dia lembik tak berani nak pegang, sekarang anak sendiri, takut tak takut kena pegang jugak, kalau tidak mana dia nak menyusu ek.
Hmm ni pasal makanan yang Asid semasa pantang. 🙁 Hari2 makan ikan haruan, tahu jelah ikan tu tak sedap.. huhuhu kekadang rasa nak menangis rasanya sebab makan ikan haruan ni, namun apakan daya.. nak cepat sihat kenalah makan juga. Ikan haruan yang dimasak ni bolehlah juga tekak Asid menelannya kalau dibandingkan dengan ubat Pati Haruan ni. Ya Allah rasanya.. memang prior ikan haruan di campur dengan Tongkat Ali. Kekadang berjam lamanya nak habiskan sekelas walaupun dah dicampur dengan air milo, still payah nak habiskan. Satu botol (70ml) sehari, macam kena mimun 700ml je. Aduh.
Lainlah citer minum Air Gamat dan Jelly Gamat Healin ni. Senang sikit nak ditelannya. hehe Walaupun begitu Alhamdulillah 1st checkup selepas bersalin hari tuh, luka kesan surgery tu dah bertangkup dan bengkaknya pun dah kurang. Cuma satu je masalah, darah beku dalam rahim still banyak. Nak kata baby Ash kurang menyusu tak adalah, tapi nape darah beku ni tak keluar ek. huhu 🙁 . So Dr. kasi ubat untuk serapkan darah beku ke dalam darah. Dalam erti kata lain ‘larutkan’ (pandai2 je Asid beri istilah lain dekat ubat ni ; macam dia pulak dr. nya)
Walaupun makan kena pantang dan minum kena pantang, mandi pun kena pantang. Pantangnya jangan mandi air sejuk, jangan mandi lama, lap badan je, jangan mandi lewat malam, kalu dah lewat tu dah magrib baik tak usah mandi langsung nanti kan urat mengembang. Macam yang terjadi kepada Asid dua malam lepas, mengigil satu badan sebab mandi lewat. Nasib baik Abang kasi minum air panas dan pakai baju tebal. Baru boleh tidur.
Waktu berpantang nilah kita kena jaga betul2, kalau tak susah nanti. Dah tua karang badan tak sihat asyik sakit2 dan yang paling teruk kena penyakit meroyan. hmm itulah moral of the story. Berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian, Bersakit2Â dahulu bersenang-senang kemudian. Karam Singh melaporkan dari bilik berita Shah Alam.
