Papa Tengok Bola Sampai ke Vietnam
April 20, 2010Hari Pekerja, Pekerja Kahwin
May 1, 2010Susu Anmum
Masa aku mengandungkan Arisha, aku minum susu Anmum Materna dan selepas itu aku minum susu Anmum Lacta sebab rasanya best.Tapi apa yang penting, ia memberi khasiat untuk anak aku tuh.
Kalau beli produk ini, kenalah simpan hujung sudu dia untuk redeem barang yang diorang nak kasi. Mula2 aku tak perasan, dah habis guna satu tin or kotak, aku buang ajer hingga lah aku terjumpa satu website.. apantah dah tak ingat. Macam2 barang dia redeem. Masa tuh baru aku start simpan.
Baru-baru ni dalam majalah Ma & Pa ada pulak borang untuk redeem. 3 hujung sudu dia, boleh redeem dengan satu tuala mandi baby. 7 hujung sudu pulak boleh redeem dengan alat pengesan tekanan darah. Memang nak sangat redeem alat ni sebab aku asyik pening kepala ajer kot2 darah tinggi.
Tup2 aku check ada 6 sudu jerk. huhuhu menyesal pulak aku dah berhenti minum. Berhenti masa Arisha dah tak minum susu badan daa.. Ada extra satu kotak susu, tapi aku dah bagi kakak aku minum. wakaka patutnya aku amik sudu tuh. LOL
Ada juga susu untuk kanak2.. Anmum Essential tapi tak beli sebab budak2 sudah serasi dengan susu Dumex. Lagipun aku rasa susu Anmum tuh mahal sangat. Susu yang aku minum tuh pun rasa macam mencekik darah. wakaka itu pasal ada lebih kena kasi orang, membazir pulak nanti. 🙂
So, nahtijah terpaksalah aku redeem ajer tuala mandi ni. No bad lah..cantik juga. 🙂
Bulan ni asyik dapat kain purple jerk. Papa pergi Vietnam pun beli kain pasang semuanya purple pasal rombongan Cik Kiah dari Malaysia dah rembat semua kain2 pasang yang cantik2. Itulah… nak shopping2 ni kena pergi awal2 ni tidak.. pergi pukul 830. Diorang ntah2 pergi pukul 7 sebab pukul 830 diorang dah nak balik hotel. LOL. Apa2 pun terima kasih untuk ole2 tuh. 🙂