Raya Korban 2023

Hari raya tahun ini jatuh pada 29 June. Hari Khamis. Seperti tahun lepas, sehari sebelum raya, kami ke rumah mentua Asid di seksyen4. Tolong bungkuskan ketupat palas aje.

acah2 rajin aje ni.. haha

Pagi raya, macam tahun lepas juga.. raikan korban lembu di Masjid Nahdah.. dengan kawan-kawan dan kariah. Lepas siap, then lepas solat zohor.. kami balik kampung Chini 3, rumah Opahnya. Alhamdulillah tahun jumpa semua adik-beradik. Bertentang mata, minta maaf dan memaafi.

Petang esok (hari ke2 raya), buat bakar2..barbeku.. ayam,ikan,sosej dan udang. Makan ramai2. ^_^ so happy.

Sabtu pagi balik semula Shah Alam. Takut jem teruk macam kelmarin tu, kami gerak awal. Tak sempat singgah Jengka 8 jumpa mokmek. Semoga mokmek sentiasa sehat walafiat. InsyaAllah nanti balik Jengka pula.

Anda Mungkin Meminati: