Raya Aidilfitri 20266

Raya tahun ini turn Raya di rumah mama aka opah di Chini 3.

Balik sana pagi Khamis selepas solat subuh.. erm ambik ko 9 jam perjalanan dari Shah Alam.

Sakit pinggang.. ?

Alhamdulillah esoknya belum raya. Sempat berehat.

Malam raya kitaorang main bunga api. Rumah Opah paling tinggi di blok ni, jadi seronoknya tengok pelbagai jenis bunga api yang diorg main semua. Meriah lain macam!

Raya pertama. Lepas makan, pergi beraya rumah kakcek. Pastu balik lepak rumah sampai malam. Layan budak2 datang beraya aje.

Ramai juga bebudak dtg beraya. Bagus ?

Raya kedua kami semua ke rumah MakDo. Kemudian keluarga kecil kami ke Muadzam Shah. Rumah IzanPyus. Dah lama tak melawat makcik. 🙂

Raya ketiga, semua kami balik ke Jengka 8. Rumah Mokmek. Ada perjumpaan besar keluarga, ada perbincangan sikit antara adik-beradik Mama.

(^-^)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.