Raya Aidilfitri 2009 I
September 20, 2009Raya Aidilfitri 2009 III
September 22, 2009Raya Aidilfitri 2009 II
Hari Raya Kedua
Raya kedua, kami sekeluarga berpakaian hijau. Baju anak2 aje baru, mama dan papa just pakai baju raya tahun lepas. Raya kedua ini kami bergerak ke Jengka 8 dari Sri Malaysia, Bagan Lalang. Bersarapan pagi nasi lemak, nescafe, orange dan roti bakar. Lepas sarapan, bawak Mok Su Ash ke tepi pantai. Sempat jugalah snap beberapa photo di tempat terlarang nih. hehe klik untuk tengok gambar lagi
Dalam perjalanan ke jengka, sempat juga singgah Hospital Temerloh. Melawat dan beraya dengan Tok Cek dan Mok Mek. Semoga Tok Cek cepat sembuh dan bolehlah beraya di rumah pada hari Raya Haji nanti. InsyaAllah
Masa ini Tok Cek sudah dua hari ditukarkan ke wad biasa dari ICU. Alhamdulillah. Kali ini, Mok Mek cakap, semua kena jaga Tok Cek sendiri. 24 jam kena berjaga sebab setiap 5 minit atau kurang, kena sedut kahak dari leher Tok Cek. Kalau tidak, Tok Cek akan sesak nafas. Maybe sebab Tok Cek tidak dapat menelan kahak sendiri macam kita. Kesian tengok Tok Cek. Mok Mek, Pok Su dan Mak Jang lah yang bergilir2 menjaga Tok Cek.
Biasanya kalau sebelum ini, kedua2 tangan Tok Cek diikat, kerana Tok Cek selalu meronta2 dan mengamuk. Mesti Tok Cek sakit dan sangat2lah tidak selesa. 🙁
Masa datang salam dan cium tangan berhari raya dengan Tok Cek, kita nampak Tok Cek gembira sikit. Pastu Tok Cek tak nak lepaskan tangan kita. Rasa nak menangis juga time tuh tapi kita kuatkan semangat, tabah dan cuba menahan air mata kita keluar. Kita tak nak Tok Cek kita nampak kita menangis depan dia. Kita kena tunjukkan yang kita tabah, dan dia juga harus tabah. Kalau nak menagis juga, nangislah puas2 bila keluar wad tu nanti.
Kini hampir sebulan Tok Cek di Hospital Temerloh. Keadaan Tok Cek semakin baik. Namun, Tok Cek masih lemah. Asyik demam saja. Kesian Tok Cek. Kita hanya mampu mendoakan semoga Tok Cek cepat sembuh seperti sediakala, diringankan kesakitan dan kesengsaraan yang dialaminya, diampuni dosa-dosanya, dan ditabahkan hatinya di atas dugaan ini. Kita doakan Tok Cek setiap kali selepas kita sembahyang dan sebelum kita tidur. Amin.
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]