KETERANGAN TENTANG MASUKNYA WAKTU BERPUASA IAITU DIMULAI DENGAN TERBIT FAJAR DAN KETERANGAN TENTANG SESEORANG DIBOLEHKAN MAKAN DAN SEBAGAINYA SEHINGGA TERBIT FAJAR , DAN JUGA KETERANGAN TERHADAP KEADAAN FAJAR YANG ADA KAITAN DENGAN HUKUM HAKAM TENTANG MASUKNYA WAKTU BERPUASA, WAKTU SEMBAHYANG SUBUH DAN SEBAGAINYA.
Diriwayatkan daripada Adiy bin Hatim r.a katanya:
“Ketika turunnya ayat: (a) Yang bermaksud: Sehingga nyata bagimu benang yang putih iaitu cahaya siang dari benang yang hitam iaitu kegelapan malam atau fajar. Adiy bin Hatim berkata kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah! Aku telah meletakkan dua tali igal, satu berwarna putih dan satu lagi berwarna hitam, sama-sama di bawah bantalku supaya aku dapat mengenali antara waktu malam dan waktu siang dengan mudah. Rasulullah s.a.w bersabda: Bantalmu itu sangat lebar. Sesungguhnya maksud benang putih dan benang hitam itu adalah waktu menjelang pagi dan waktu menjelang malam iaitu gelapnya malam.”
a)
——Petikan dari http://www.pmo.gov.my
