Hari ini pergi Pertama Kompleks. tapi misunderstood sket bila tersalah pergi ke Plaza Pertama dekat Titiwangsa. Ini dah satu hal salah tempat, pastuh dah satu round cari $$$$ tapi tak jumpa. Tanya lah sorang gurl ni,” tumpang tanya adik, cam ner nak pergi Pertama Kompleks?”. ” Kalau naik bus saya tak tahu, tapi LRT bolehlah. Akak naik Star turun Bandaraya. Pertama Kompleks sebelah SOGO” Jawabnya. “Thanks”.
Sampai Bandaraya Station, main larro je cari Pertama Kompleks. Dah pernah pergi dulu beli hanset kat sini, tapi tulah 2 3 tahun yang lepas. Mana lah nak ingat ek. Dah sampai Pertama, satu hal lagi cari tempat. Tipon tanya Abang guna public phone sebab handphone tak bawak, lagipun mana ada kredit kan… hehehe. Cari .. cari.. tak jumpa jugak tempat yang hendak di tuju tu. Last2 tanya posmen yang lalu kat situ. Ni yang bagi tahu.. kat tingkat 2.. tengah2 sekali. Cari2 tak jumpa lagi. Kaki jangan cakap lah.. pedih .. penat.. semua ada…
Tanya seorang Akak ni.. Siap tunjuk kan tempat dan cara nak pergi situ.. Time kasih banyak lah kat Akak tuh.. Masih ada insan yang peramah rupanya kat Malaysia ni. hehehe. Bila dah sampai tempat tu.. lega rasa…. walaupun ramai giler orang tengah beratur. Time sembahyang jumaat pun ramai orang?? Aiseh…
Time balik pulak.. senang pulak cari jalan pulangya.. senang je sampai LRT station. Singgah beli teh ais untuk hilangkan dahaga. Kat sini teh ais lebih murah berbanding kat Sentul yang depan Court Mammont.. hehehe.. dan kini lega. Dah samapi rumah.. dah lunch. Pasni nak tidur. Rehatkan badan sebab malam kang nak jalan jauh.. Balik Kampung.. hehehe 🙂
