20 Amalan Murah Rezeki
October 15, 2009Open House Rumah Mak Lang
October 17, 2009Pemakanan Ibu Hamil 3
Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielak untuk mengelak dari kesan sampingan ketika hamil.
Makanan Mentah
Anda gemarkan makanan mentah seperti sushi? Jauhi makanan ini sementara waktu. Pengambilan makanan mentah atau separa masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti:
1. Toxoplasmosis
Penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah dan sayuran yang tidak dicuci sempurna. Ia boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius pada bayi
2. Cirit-birit
Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit-birit yang anda alami secara langsung akan memudaratkan bayi sekiranya tidak dirawat segera
3. Jangkitan cacing
Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Ia tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetapi cacing akan memakan segala zat yang diperlukan bayi
4. Keguguran, kelahiran pra-matang dan keracunan
Salah satu penyebabnya ialah berpunca daripada bakteria listeria yang banyak terkandung di dalam keju yang tidak dipasteur dengan baik
Vitamin A
Apa jua bentuk vitamin A yang diambil melebihi 5000iu boleh menyebabkan kecacatan muka, kapala, jantung dan saraf bayi. Sebagai langkah selamat, anda boleh mengambil beta karotena yang banyak terkandung dalam lobak merah. Makanan yang mengandungi banyak vitamin A seperti hati daripada sumber haiwan perlu dielak.
Alkohol
Alkohol mampu memusnahkan kandungan asid folik yang amat penting dalam pertumbuhan janin dan dalam masa yang sama akan menyebabkan masalah lain seperti kecacatan fizikal dan mental bayi.
Kafein
Makanan atau minuman yang mengandungi kafein tidak baik perkembangan bayi. Ia sering dikaitkan dengan masalah kurang berat badan bayi ketika dilahirkan. Lebih dari tu, kafein boleh merosakkan kandungan kalsium terkumpul selama ini.
(Panduan Kehamilan, Kelahiran dan Penjagaan Si Manja)