5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik
July 16, 2010Babang 3T, 3B, 3M & 3H
July 20, 2010Pasar Bandar Baru Tukar Tempat
Sudah sekian lama, Pasar Malam Bandar Baru Sentul diadakan di simpang empat berdekatan dengan Apartment Mawar. Dekat tempat tinggal aku. Nak pergi pasar pun tak susah2, dekat sangat kalau nak tolak stroller Arisha ni sangat senang, sebab betul2 depan pintu gate. Cumanya ia bagi kesukaran sikit buat kenderaan untuk keluar masuk. Susah. Susah pun seminggu sekali kan?.
Namun, bermula semalam.. pasar malam ini dah berubah tempat ke simpang 3 traffic light belakang Sekolah Bandar Baru. Berdekatan dengan Villa sebelah ni. Sekarang dah susah sebab kena berjalan jauh. Nampaknya kali ini kali pertama dan terakhir aku ke pasar malam ni.
Bawa Babang jalan jauh, malam2 time tidur menangis sakit kaki. Jam 2 pagi pun aku tolong urutkan kaki dia. Kesian dia. Jalan jauh satu hal, bila sampai sana jalan sempit gila.. sesuai untuk jalan sehala jerk. Stroller Arisha ni muat2 je jalan. hmm nampak gaya petang Jumaat lepak di rumah saja.
Walaubagaimanapun, aku tak lama kat sini. Nak berpindah ke Shah Alam pula. Adakah aku akan ke Pasar Malam lagi? kena tengok masa, tempat di sana dulu.. kuang2x.
Kepada penduduk Pangsapuri Mawar, semoga gate baru akan dibuka di tapak permainan tuh. Kata auntie, kena ramai kasi surat dan sign untuk permintaan tuh, kalau tak.. takkan di layan. 🙂