Hari ini seperti yang dijanjikan pada semalam, Asid menjejakkan kaki semula ke tempat kerja lama. Hanya satu niat menyiapkan kerja khususnya kiraan gaji bagi staf di sana. Mereka harapkan sangat Asid menyiapkan kiraan tersebut, yelah takut terlewat pulak gaji diorang.
Asalnya husband Asid kata, kalau dia jadi Asid. Takkan jejak kaki lagi ke sana setelah apa yang terjadi. Tapi terpulang pada diri Asid. Pokok pangkal hati. Hati Asid berkata… pergi lah Asid.. kesian pada budak-budak tuh. Lagipun tinggalkan kerja Asid tuh, tak ada siapa yang paham (kecuali Bos lah kan). So, tadi Asid tunjukkanlah serba sedikit apa-apa yang kurang jelas, harap2 selepas ini kerani yang bakal masuk next month tuh dapat memikul kerja yang dulu diamanahkan kepada Asid. Especially bab cari DR tuh. 🙂
Kepada sahabatku Hasni, tabahkan hati anda sedaya yang boleh. Sesusah mana atau seberat mana beban/amanah terpikul tuh…insyaAllah akan ada rewards ke atasnya. Tak kisahlah kalau tak ada sesiapa perasan pun.. Yang pasti Dia yang di atas sana… Mengetahuinya kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segalanya samaada di langit ataupun di bumi. 🙂
