Alhamdulillah. Rezeki bakal bertambah dalam kehidupan kami sekeluarga. Tahun depan Baby Ash (dah tak boleh panggil baby) akan mendapat adik. hehe
Kalau dihitung dari tarikh last period Asid, bermakna sekarang Asid dah mengandung 2 bulan. Baby boy or baby girl.. belum tahu lagi. Kalau boleh anak yang kedua ini tak nak tahu jantinanya. Biarlah rahsia. 🙂
Maybe next week baru start nak jumpa doktor. Kata Papa, biar PUSRAWI lagi. Senang nak pergi, parking dan sebagainya. Biar dengan doktor yang sama masa Ash lahir dulu. Kebarangkalian anak kedua ini akan bersalin ceaser lagi, so better dengan doktor sama iaitu Dr Adilah. 🙂
Mengandung dua bulan ini tak adalah rasa mabuk-mabuk lagi, cuma kekadang perut rasa serbu. Nak bergerak pun tak larat, ikutkan hati hendak tidur je.. Kalau dulu bolehlah tidur sesuka hati. Ini dengan Ash lagi.. hmm tak adalah. Semua kena ikut time dia.
Kekadang risau juga bila memikirkan, Ash baru nak masuk dua tahun.. ini dah mengandung lagi. Sepatutnya 3 tahun jaraknya. Entahlah. Apapun berserah kepada Yang Maha Esa.
