
Merancang Zuriat Soleh
December 16, 2012Jersi Selangor 2013
January 5, 2013Muzik Untuk Bayi Dalam Kandungan
Untuk bayi menjadi aktif, ada saranan supaya ibu memperdengarkan janin dalam kandungannya dengan muzik. Adakah perbuatan sedemikian dibolehkan dalam Islam?
Setiap ibu meinginkan yang terbaik untuk bayinya. Ada kajian mendapati bahawa dengan alunan muzik mapu merangsang kecerdasan otak dan minda bayi di dalam kandungan. Maka Tidak salah bagi ibu-ibu mengandung untuk meletakkan alat-alat yang mengeluarkan bunyi di bahagian perut mereka bagi tujuan tersebut. Cuma diingatkan agar tidak keterlaluan sehingga memudaratkan kandungannya.
Seperkara lagi, para ibu mengandung dinasihatkan supaya memperbanyakkan membaca atau mendengar ayat-ayat suci al-Quran kerana ia merupakan pengubat bagi segala menyakit dan pelindungan bagi mereka yang mendengar.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: ”Dan Kami turunkan al-Quran yang mampu menjadi penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman kepadanya.” (Surah Al-Isra’: 82)
Oleh sebab itu, ustaz menasihatkan agar bayi dalam kandungan lebih banyak diperdengarkan dengan ayat-ayat suci al-Quran sama ada ia dibaca oleh si ibu sendiri atau dibaca oleh qari qari terkemuka menerusi kaset dan CD. Amalan seperti ini lebih mulia berbanding lagu-lagu dan muzik-muzik yang sangat melalaikan.
Menurut Prof Dr.Yusuf al-Qaradawi, muzik-muzik yang dibenarkan ialah :
- Muzik-muzik yang tidak bercanggah dengan syariat Islam sehingga meyerabutkan pendengarnya.
- Lagu-lagu yang didendangkan tidak menghina Islam sama ada dari aspek lirik mahupun alunannya.
- Perbuatan tersebut tidak menyebabkan si ibu lalai hingga meninggalkan solat atau berzikir kepada Allah.
Credit To : Majalah Al-Ustaz
p/s: Tambahkan ilmu mengenai kehamilan dengan BUKU DAIRI HAMIL ini.