Menuju Allah

Sesungguhnya petunjuk Allah itulah (yang sebenarnya) petunjuk; dan kita disuruh agar menyerahkan diri kepada Tuhan semester alam.” (Al an’aam: 71)

Hari ini bangun awal sikit… sikit laa. Bangun mandi then breakfast sekeluarga. Lepas makan duduk relax kat ruang tamu. Pastuh sesi bermaafan sekeluarga sempena keberangkatan Mama dan Baba ke tanah suci Makkah.. kejap lagi…..

Pukul 9 pagi, Mak Lang dan Pak Lang sampai. Nak hantar Mama dan Baba. Hantar pun sampai Kelana Jaya je. Semua jemaah kena berkumpul di sana. Terus gerak ke KLIA dengan bas. Nak follow ke KLIA pun boleh tapi sampai sana dah tak leh jumpa Mama dan Baba. So kitorang just hantar dekat Kelana Jaya je. Keluarga UK(Ulu Klang) tunggu kat Kelana Jaya.

Sampai di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya lebih kurang 1/2 jam kemudian. Dah ramai orang kat sana. Ada yang dari dekat dan dari jauh. Ada juga yang dah bermalam di Tabung Haji ni seperti jemaah dari Kelantan dan Terengganu. Semua sanak saudara duduk di khemah2 yang disediakan sementara menunggu masa nak register pukul 1230 tgh nanti.

Dari pukul 1230 hingga pukul 230 pm, jemaah still beratur untuk register. Masa delay lama sangat sebab passport haji belum sampai. Aiseh sian jugak kepada jemaah2 yang basah terkena hujan lebat sebab beratur hingga ke luar khemah. Lepas tue jemaah2 disuruh sembahyang zohor dulu. Nampak gayanya lambat lagi lah nak gerak. Then group Mama dan Baba (KT 13) dibenarkan masuk untuk registration. Lepas Mama dan Baba masuk, kami pun berangkatlah pulang ke rumah masing2. Mata si ieza dah merah2, tapi tengok Nana oklah pulak tak nangis pulak. Entahlah balik rumah, time duduk sorang2 tu dia nangis..

Apapun semoga Mama dan Baba sihat walafiat dalam menunaikan ibadah haji di sana. Selamat pergi dan balik. Aminn…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *