Semalam ada tengok Ar-Rayyan di Oasis bersama Ustazah Dr Fatimah. Tajuk perbincangannya mengenai sihir ataupun buatan orang. Adalah seorang budak menjadi jemputan. Budak ini pernah di sihir oleh seorang lelaki yang menyukainya. Lamarannya di tolak oleh keluarga budak perempuan. Lama juga dia menderita sebab itu. Macam-macam dukun, bomoh dah keluarga si budak ini jumpa. Semua tak menjadi.
Akhirnya budak perempuan ini berjumpa seorang ustaz. Diajar dan disuruh amalkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran seperti Fatihah, Tiga Qul, Kursi dan doa-doa yang lainnya. Alhamdulillah selepas sebulan lebih dia sihat dan terlepas dari buatan orang tu.
——————————————-
Itulah dia Sihir ini memang wujud dari zaman Nabi Sulaiman lagi. Sihir ini jadinya adalah berpunca dari Syaitan. Dan ubat yang paling mujarabnya adalah Al-Quran itu sendiri. Untuk mengelak dari terkena sihir ini, kita hendaklah selalu membaca ayat-ayat Al-Quran, membaca doa sebelum melakukan sesuatu. Contohnya ketika hendak makan, selepas makan, masuk tandas, keluar tandas, pakai baju dan sebagainya. Dan yang paling penting solat 5 waktu tuh jangan lengah2 apantah lagi tinggalkan.
——————————————-


