Persiapan Menjelang Kelahiran
April 26, 2007Nyamuk Yang Jahat
May 1, 2007Masalah Selepas Bersalin
“Sakit selepas bersalin tidak sepatutnya diambil ringan dan dibiarkan begitu sahaja”.
a)Pendarahan dan luka rahim
Ada dua jenis pendarahan yang dialami oleh wanita selepas bersalin iaitu pendarahan akibat luka dan pendarahan kelahiran anak. Pendarahan akibat luka dilakukan oleh doktor antara pangkal faraj dengan dubur, ini kerana mungkin kesukaran dalam kelahiran anak pertama.Ini juga mungkin akan menyebabkan kesukaran untuk membuang air kecil atau besar, kerana akan terasa pedih. Pendarahan akibat luka juga dialami oleh wanita yang bersalin secara pembedahan. Cara mengatasi adalah dengan menyediakan air suam. Air suam disiram ditempat berkenaan serentak dengan keluar air kecil. Untuk memulih luka jahitan , boleh dicuba dengan mendapatkan daun dan kulit pokok tanjung secukupnya dan rebus. Air rebusan tersebut digunakan untuk membasuh tempat luka. Selain itu, air suam dicampur garam juga boleh digunakan untuk membasuh luka khususnya luka akibat caeser.
Pendarahan melahirkan anak adalah pendarahan yang normal yang dihadapi oleh ibu bersalin iaitu darah nifas. Pendarahan ini berlaku kira2 enam minggu. Sepanjang tempoh itu, anda akan mengalami keadaan yang kurang menyenangkan.
1-Rasa letih dan lesu
Ini kerana bersalin memerlukan banyak tenaga yang menyebabkan badan jadi lemah,lesu dan sakit. Selera makan berubah, terasa mual dan terasa mengantuk yang amat sangat.
2-Rasa pedih dan dakit pada perut
Ini disebabkan rahim sedang memproses untuk mengeluarkan sisa2 darah dan uri. Ini adalah proses biasa untuk mengurangkan pendarahan akibat dari pemakanan ubat.
3-Kesukaran membuang air kecil
kesan daripada kekejangan saluran kencing, otot2 pundi lumpuh dan luka akibat kesukaran melahirkan anak.
4-Keluar cecair dari vagina
selepas tiga atau empat minggu selepas bersalin, anda akan mengalami terkeluar cecair berupa darah cair atau ketulan darah dari vagina. Mulanya darah itu berwarna merah muda dan samar2 kemudian lendir berwarna merah dan keputihan. Ini mungkin disebabkan uri yang tertinggal atau jangkitan pada rongga punggung.
b)Sakit dan Pening Kepala
Jika sakit dan pening akibat kurang tidur, anda boleh merawatnya dengan buah limau atau limau kasturi. Potong buah tersebut dan basahkan kekulit kepala. Biarkan ianya sehingga kering sebelum mandi pagi.
Jika sakit dan pening kerana suhu badan, dandan rambut dan ikatkan dengan getah gelang. Ikat rambut sehingga tegang dan dengan cara ini muka anda akan juga turut tegang.Buat demikian sehingga 44 hari berpantang.