Mama @ Ibu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

————————————————————————————-

Ibu.. Mama.. Ummi.. Mummy.. Bonda.. Mok.. Mom.. Mother.. Semua ini hanya membawa satu makna buat Asid iaitu Mama. Insan yang melahirkan Asid. Terlalu besar pengorbanan Ma mengandungkan, melahirkan dan membesarkan Asid sampai Asid dah jadi Ibu sekarang ni. hhuhuhu 🙁 bukan senang nak melahirkan. Menjaga pun susah. Macam BabyAsh, sampai sekarang pun blum tido. Tengah meriba dia sambil menaip ni.

Hanya satu yang Asid harapkan semoga Mama dan Mama(ibu mentua) sihat sentiasa, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Hepi mother’s day…Birthday pun tak lama lagi 16hb dan 24th May ini. hehe 🙂

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama “Huraisy” berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : “Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?”Huraisy pun menjawab, “Aku mahu mencari lima orang. 1. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. 2. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. 3. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. 4. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid 5. Kelima, orang yang suka minum arak.” !!.

Anda Mungkin Meminati: