Makanan Pertama Baby Ash

Selepas mencuba beberapa jenis susu akhirnya baby Ash menunjukkan keserasian dia dengan Susu NURSOY iaitu susu yang berasaskan Soya. Terpaksalah memilih susu soya untuk susu tambahan Baby Ash selain dari susu ibu sebab alergi.

Sekarang pemilihan bijirin sebagai makanan pertama baby Ash. Asid kasi bijirin Nestle Beras Meras untuk Baby Ash. Nampaknya Baby Ash suka. Baby Ash makan 3 kali sehari. Kalau time makan tu asyik nak cepat je, risau jugak kalau Baby Ash tersedak. hmm baby lah katakan, bukannya dia pandai makan lagi. Asid bancuh bijirin cair sikit supaya mudah dihadam. Baby Ash sekarang rasanya dah cepat membesar. Harap2 dia membesar dan tinggi. Biar dia lagi tembam. Biar lebih tembam dari baby yang seumur dengan dia. hehehe 🙂