Pagi hari semasa nak bersiap dan masak untuk anak2 transit, terima satu berita dari group wasap jiran tetangga. hmm mengenai satu berita sedih, perginya seorang kawan kepada Ashraf. Kawan semasa sekolah rendah. Kawan baik. Rasanya cuti balik bermalam dulu, dia ada jumpa dengan arwah ni. Mereka berdua aje, lepak di taman belakang sekolah agama rendah mereka dahulu.
Berita ini membuatkan hati Asid terpalit pilu, air mata menitis2.. yelah dia pergi sewaktu muda, membayangkan jika anak sendiri yang pergi dulu sebelum kita.. Yang kita harapkan masih jauh perjalanan hidupnya. Kalau kita rasa begitu sedih, apantah lagi makbapaknya dan adik-beradiknya kan?. Allahuu baik budaknya. Diorang kata, yang baik pasti pergi dulu. ya mungkinnn…
Apapun, makcik doakan semoga roh anakanda Hariz ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Aamiin.



