“Megah Bahasa” perlu ada,jangan hina bangsa sendiri

Asid baca satu kisah ni dekat harian Metro hari ni lah. Pasal Syarifah Amani hina bangsa kita bangsa melayu lah katanya. Memang asid pun berang jugak dengan dia semalam. Berlagak semacam kerana pandai speaking. Kalu dia terror sangat pun janganlah memperlekehkan bangsa sendiri bangsa melayu nie.

Dia atau sesiapa sahaja perlu tahu, tamadun sesuatu bangsa ditunjukkan melalui kemajuan bahasa yang digunakan bangsa itu sendiri, seperti kata pepatah, “bahasa menunjukkan bangsa”

“Sebab itu, jika dilihat negara2 besar yang lain seperti Rusia, China dan Jepun, mereka lebih bangga dan tidak segan silu untuk menuturkan bahasa ibunda masing2”

“Megah Bahasa patut ada pada setiap anak melayu dan anak bangsanya sendiri kerana bahasa melambangkan martabat sesuatu bangsa”

Asid memang tak berapa suka ngan dia. Semenjak dalam citer sepet lagi, dia bukan sekadar memperlekehkan bangsa melayu tapi cara hidup dan tingkah laku budaya kita. Ada pulak pakai baju kurung terselak sampai nampak seluar dalam then happy semacam bila di peluk dek Hero dalam citer Sepet (org cina). Boleh pulak citer Sepet nie menang. Ni tahun lepas, yang tahun ni pulak citer Gubra.

Bukan salah penerbit yang buat citer pelik2 tapi entahlah.Aku pun tak paham asal citer ni boleh mengalah citer Pontianak Harum Sundal Malam 2. Aku pun tak pernah dengar pun citer Gubra nie, then tak pernah tgk pun, alih2 boleh menang. Pelik tapi benar.

Kalau citer Aflin Shauki tu aku tahulah. Macam buli balik. Aku pun tengok.Kira best lah kan that’s why dia ada memang, aku boleh terima .Tapi citer Gubra nie. Maybe ramai yang kata citer ni best. Maybe…….tapi ramai jugak yang kutuk ek. Boleh pulak si Syarifah Amani ni boleh menang pelakon pompuan terbaik mengalahkan Fasha sanda, Erra Fazira dan artis2 lain yang sememangnya best dari dia.

Pening kepala. Sabar jelah. Aku sebenarnya memang tak berapa suka dengan orang yang suka berlagak nie. Bukan apa meluat sangat. Macam ada sorang member aku nie, memang suka berlagak dari belum kawin sampailah dah jadi bini orang dan ibu orang. (asal lak aku mengarut sampai ke dia, buat rosak mood je)

Ni baru kisah hina bangsa sendiri, belum kisah Siti menguris hati Tengku Zawyah. Kononnya dia terasa hati sebab Siti sanggup jaga anak2 dia. Dia sepatutnya tak nyah terasa hati, Siti terpaksa lah cakap macam tuh sebab wartawan tanya “sanggup ke Siti terima anak2 dato K ngan bekas isteri nya”. Takkkan lah nak cakap tak sanggup terima,tak sanggup jaga.

Tapi kesian jugaklah kat Tengku, dah hilang suami takut pulak hilang anak2. Kasih suami boleh hilang tapi kasih ibu dan anak takkan “lengkang dek panas takkan lapuk di hujan”. So tak payahlah nak takut2. Lagi satu, selagi kita menjawab soklan2 wartawan nie lagi tuuuuuuuuuuuu lah kisah ni takkan habis2. Biasalah wartawan ni, bukan citer betul selalu di siarkan. Cukup pandai putar belitkan fakta. Nak isu hangatlah katakan. kalu tak mana nak lagku surat kabo nya ek. Apapun banyakkan bersabar ek kepada Tengku dan Siti. Memang dah suratan jodoh.

  1. Sebab kau bukan melayu tulen sebab tuh kau cakap macam tuh ‘Lalat’… Kau sama je ngan Amani. hahahaha. Aku walaupun kerja hari2 kena speaking sepanjang masa, Tak de lah sampai nak kutuk2 bhs melayu. Aku rasa topic nie sepatut nya tak buat ko berang. Kau bukan macam kitorang melayu tulen… Aku Bangga Anak Melayu.anak melayu tulen lagi… Aku.. Anak.. Malaysia.. aku anak malaysia 100000000……x

  2. kecoh betol pasal si amani ni…padahal itu resam dunia seni…byk yg silap dari yg betol.org melayu sebab tu tak maju2 sampai sekarang…asyik kata nak perjuangkan bahasa melayu tp takde buat pun.lgpun aku bukan melayu 100%…mak aku chinese,dia pun cuba cakap melayu walaupun tak berapa pandai.tapi sbb lmbt sgt nk ckp melayu,dia ckp B.I, lg cepat.mujur aku pandai cakap melayu.bapak aku pun melayu tp terpaksa ckp B.I utk senangkan komunikasi dgn mak aku.jadi bab2 bahasa ni…kita kena tolak ansur.tak semua kita ni tulen melayu…

  3. Boleh arr dia ckp mcm tuh.. like stupid when i speak malay. sebab dia bukannya seratus peratus orang malay, org kacukan. Kita yg 100% malay ni kena bangga dengan bahasa ibunda kite. Nenek moyang kita dah berkurun lamanya guna bhs nie, tak ade lah bodoh. Kalu bodoh tak adalah kita hidup sampai lerr ni. Mmg kat FFM dah byk diutarakan, rata2 org kutuk dia. Bangsa melayu tetap unggul. “Pada Lalat”, hang pun riak jugak sebab guna bahasa rojak ni. wakakaka

  4. Setiap org ade pendapat dia sdr. Biasalah ada yang putih still ada yg hitam. Memang kebanyakkan org suka berlagak. cuma tak ngaku je. Kalu artis nie, aku mmg tahulah. Tak dgr dia ckp pun dah tahu dia berlagak. lantak dialah dngan dunia fana dia. Kalu org sll berlagak ni tak kemana perginya. ye tak?

  5. biasalah manusia…kita dok selalu tgk salah org je…tapi kiter pun sebenarnyer lebey kurang jer…jgn hiraukan org…lantak p depa tu…tgk diri sendiri dulu…berlagak ke,tak ke…amani tetap dah kaya…B.I dia power…kita ni…B.I pun hancus…nak sgt tulis n ckp B.I tp salah gak…tu sbb tak praktik arr tu…kes2 berlagak ni kes biasa.kita pun berlagak jugak tp sendiri tak perasan…biarkan je…ntah2 esok kita mati…dah tak sempat nk mintak maap dgn org tu…fening2…

Your email address will not be published. Required fields are marked *