Dia Pergi Jua
July 22, 2008Dia Pergi Jua 3
July 27, 2008Dia Pergi Jua 2
Bahagian 2:
18:00 Visitor masih bersilih ganti menatap wajah arwah buat kali terakhir. Menghalalkan apa sahaja terhadap arwah. Sayu seakan remuk jiwa Asid bila melihat wajah arwah. “Pergilah Pak Jang dengan tenag. Ida sayangkan Pak Jang”. al-Fatihah hadiahkan. Halal kan apa yang ada.
Sanak saudara meratap sayu dan menangis bersama di tepi koridor wad tersebut. Fikiran melayang-layang mencari-cari semua kenangan bersama arwah. Terkenang masa-masa riang dan gembira ketika adanya arwah dahulu. Terkadang sedih bila melihat isteri dan anak-anak yang arwah tinggalkan. Bagaimana nanti hidup mereka? Insyaallah dengan adanya iman di dada dan bahu tumpangan saudara mara, dapatlah di ringankan beban mereka.
19:00 Visitor masih juga di situ menanti segala persiapan yang dilakukan oleh pihak hospital. Dikapan dan dimandikan sudah. Disembahyangkan oleh kawan-kawan. Dan kini hanya menunggu kaum kerabat, sahabat handai datang sebelum jenazah di bawa pulang dengan ambulance.
19:30 Hari semakin gelap teringat anak di rumah mentua. Bersalam dengan sanak saudara sebelum pulang ke rumah. Di dalam kereta berbincang dengan abang, macam mana nak balik kampung. Nak atau tak nak kena balik juga.
20:00 Bersiap untuk balik ke Jengka seterusnya ke Sungai Tekam. Rancangan asalnya majlis perkebumian pukul 10 pagi. So, oklah kiranya balik malam ni. Alhamdulillah Asid dapat cuti pada esok hari. Nak cuti lebih kesian pulak budak-budak kerja itu nanti. Abang pulak tak boleh ambil cuti sebab ada project yang perlu disiapkan. Katanya hendak balik tengahari esok.
20:30 Pergi ke Port Klang ambil Duwan (Adik Asid) dekat rumah Poksu. Selepas itu, balik rumah dekat Sentul, ambil baju untuk pakai masa tahlil arwah nanti. Gerak dari Sentul jam 21:56.
22.30 Dapat panggilan dari Pijun, katanya arwah ayah nak dikebumikan lagi setengah jam lagi. Terkejut dengar berita itu, “kata nak kebumi esok pagi?”.”entah.. nak kebumi kejap lagi, mana mok mek.. telephone tak dapat?”. “Tak pelah nanti Kak ida telephone diorang.” Lepas itu, call ke Jengka. Mok mek cakap nak pergi terus ke Sungai Tekam. Tunggu katanya.
23:30 Poksu dan Abg Mezah sekeluarga tunggu kitorang depan simpang Jengka 8. Bergerak sama-sama ke Sungai tekam untuk majlis tahlil. Sampai-sampai dah ramai orang. Jenazah dah dikebumikan sejam yang lalu. Sanak saudara sebelah arwah berkumpul. Tahlil akan dibuat selepas asar esok. Tak boleh buat pagi sebab ada tahlil yang lain sebab hari ini pun ada orang meninggal di situ. 🙁 Kalau petang memang tak sempat.
21hb Julai 2008, balik ke Shah Alam selepas makan tengahari.
Selepas asar majlis tahlil di buat di Sungai Tekam. Dengar citer hanya beberapa kerat je penduduk yang datang. Katanya tak ada orang inform ada majlis tahlil selepas asar. huhuhu ada lak orang tak tahu.
22hb Julai 2008, Mok mek dan sanak saudara kami adakan majlis tahlil sekali lagi. Alhamdulillah cukup ramai orang yang datang. Hampir 100 lebih yang datang. Terima kasih diucapkan kepada penduduk Jengka 8.
23hb Julai 2008, tahlil dilakukan lagi. Semoga arwah tenang dan mendapat syafaat darinya.
——————————————————-
Tadi call Kak Na saja nak dengar khabar makcik sekeluarga. Kalau telephone nenek risau pulak nangis nanti. Kak Na kita pun dah balik kerumah sendiri hari ini. Makcik dan anak-anaknya balik ke Selangor. Nak uruskan pertukaran sekolah si Pijun dan Huda. Harap-harap bolehlah tukar sebab periksa pun lagi 2 bulan. Anak sulong arwah pulak bulan 8 baru masuk study. Oklah kan ambil masa sikit nak hilangkan sedihnya itu.
Tadi Kak Na cakap Mak Jang adalah citer, benda-benda pelik yang arwah kata sebelum ni. Manusia akan melihat dan merasai mati 100 hari sebelum hari kematiannya. Mungkin sebab itulah kalau diingat balik kata-kata arwah, ” Macam manalah awak nanti kalau saya tak de?” kata arwah kepada Mak Jang. Geran tanah dan rumah semuanya arwah uruskan hak milik atas nama Mak Jang. Beli sejadah untuk didermakan ke 3 masjid di Jengka, Sungai tekam dan Bukit Canggang. Banyak mendiamkan diri daripada kebiasaannya suka berjenaka. Berulang alik ke klinik kerana sakit perut katanya. Tak sangka Mak jang kita apabila doktor beritahu arwah sebenarnya ada kanser perut. Maybe sebab itu arwah uruskan semuanya sebelum dia pergi…
——————————————————-