Teka Gambar
September 16, 2009Why Breast Milk is Good for Baby
September 18, 2009Dadih Oh Dadih
Oleh kerana ketiadaan bahan-bahan yang lalu, Papa belikan mende alah ini semua dekat Giant malam semalam. So, hari ini tak ada sebab aku tak boleh buat dadih ke, puding ke atau agar-agar. Semua Papa dah beli. Kalau tak buat, nanti dia tanya pula.
So, bermulalah operasi aku pada jam 230 petang tadi. Nasib baik jugalah adik ada Mok Su dia jaga. Seminggu aku import dari kampung masa aku balik itu hari. Tak sia-sia aku ambil pengasuh ni. Reward untuk dia, aku kasilah duit raya lebih sikit. hehe
Alhamdulillah. Menjadi juga aku buat dadih ni. Perisa oren. Satu paket serbuk dadih tu aku dapat buat 30 lebih bekas. Senang aje caranya kalau nak buat. Baca aje cara masakan dekat belakang paket dadih tuh. Untuk dadih ni aku guna susu cair ideal. Pekat sikit kot.